Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Mencuba Memperoleh Penyelamatan dengan Menginjil dari Rumah ke Rumah?
Tidak. Kami sering menginjil, namun kami tidak percaya bahawa kerja ini akan menjamin penyelamatan kami. (Efesus 2:8) Mengapa?
Cuba bayangkan: Seorang lelaki yang murah hati menjanjikan hadiah yang lumayan kepada sesiapa yang berada di tempat tertentu pada masa yang ditetapkannya. Jika anda mempercayai janjinya, anda pasti akan mengikut arahannya. Barangkali, anda akan memberitahu keluarga dan rakan anda agar mereka turut mendapat hadiah ini. Namun hadiah ini bukanlah bayaran yang diberikan atas usaha anda. Lelaki itu mahu memberikan hadiah ini dengan hati yang ikhlas.
Begitu juga, Saksi-Saksi Yehuwa percaya bahawa Tuhan menjanjikan hidup abadi kepada semua orang yang mematuhi-Nya. (Roma 6:23) Kami mencuba untuk berkongsi kepercayaan kami dengan orang lain, dan berharap agar mereka turut mendapat manfaat daripada janji Tuhan. Tetapi kami tidak percaya bahawa kami memperoleh penyelamatan hanya kerana melakukan aktiviti penyebaran. (Roma 1:17; 3:28) Sebenarnya, hidup abadi ialah hadiah daripada Tuhan. Hadiah ini bukanlah bayaran yang diberikan atas usaha kami. “Dia menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik kita, tetapi kerana belas kasihan-Nya.”—Titus 3:5.