Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Penemuan Arkeologi Membuktikan Kewujudan Raja Daud

Penemuan Arkeologi Membuktikan Kewujudan Raja Daud

 Menurut Bible, Raja Daud dari Israel hidup pada abad ke-11 Sebelum Masihi, dan keturunannya memerintah selama ratusan tahun. Tetapi ada orang yang mendakwa bahawa Daud hanyalah watak rekaan dalam cerita dongeng. Adakah Raja Daud benar-benar wujud?

 Pada tahun 1993, seorang ahli kaji purba yang bernama Avraham Biran menemui sekeping pecahan batu di Tel Dan, di utara Israel. Pecahan batu itu bertarikh abad kesembilan Sebelum Masihi, dan di atasnya, terpahat ungkapan “Rumah Daud” dalam tulisan Semitik kuno. Nampaknya pecahan batu itu merupakan sebahagian daripada tugu yang dibina oleh orang Aram untuk merayakan kemenangan mereka atas orang Israel kuno.

 Sebuah rencana daripada Bible History Daily menyatakan, “Ada orang yang meragui kesahihan ungkapan ‘Rumah Daud’ . . . Tetapi, kebanyakan cendekiawan Bible dan ahli arkeologi mempercayai bahawa pecahan batu di Tel Dan ialah bukti kukuh akan kewujudan Raja Daud yang disebutkan dalam Bible. Pecahan batu itu merupakan salah satu penemuan arkeologi terpenting yang dilaporkan dalam majalah BAR [Biblical Archaeology Review].”