TERUSLAH BERJAGA-JAGA!
Perang di Ukraine Memasuki Tahun Kedua—Apakah Harapan yang Bible Janjikan?
Sudah genap setahun sejak perang di Ukraine berlaku. Menurut sesetengah laporan, perang yang bermula pada 24 Februari 2022, telah menyebabkan kira-kira 300,000 tentera Ukraine dan Rusia cedera atau terkorban. Selain itu, kira-kira 30,000 orang awam dipercayai terkorban dalam perang ini. Tapi jumlah sebenar mungkin lebih tinggi daripada itu.
Sedihnya, perang ini nampaknya tidak akan berakhir dalam masa terdekat.
“Sudah hampir setahun sejak askar Rusia menyerang Ukraine. Tapi perang ini nampaknya akan berlanjutan dan kedua-dua pihak sukar untuk meleraikan konflik ini. Buat masa sekarang, tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa salah satu pihak akan menang.”—NPR (National Public Radio), 19 Februari 2023.
Perang ini dan konflik lain yang berlaku telah membawa banyak masalah dan penderitaan kepada orang di serata dunia. Apakah harapan yang Bible janjikan? Adakah peperangan akan berakhir?
Satu perang yang akan mengakhiri semua peperangan manusia
Bible sebut tentang satu perang yang akan melenyapkan semua peperangan dan kerajaan manusia. Perang itu yang dipanggil Armagedon “akan tercetus pada hari besar Tuhan Yang Maha Kuasa.” (Wahyu 16:14, 16) Perang itu akan membawa kedamaian yang kekal dan penyelamatan kepada umat manusia. Untuk tahu lebih lanjut tentang Armagedon, bacalah rencana berikut: