Seratus Tahun Di Bawah Pemerintahan Kerajaan Tuhan!
“Semoga Tuhan kedamaian melengkapi kamu dengan segala perkara baik yang diperlukan untuk melakukan kehendak-Nya.”—IBR. 13:20, 21.
LAGU: 136, 14
1. Seberapa pentingkah kerja menginjil bagi Yesus? Jelaskan.
YESUS sangat suka bercakap tentang Kerajaan Tuhan. Apabila Yesus di bumi, dia kerap bercakap tentang Kerajaan Tuhan berbanding topik yang lain. Dia menyebut tentang Kerajaan itu lebih daripada 100 kali. Sudah tentu, Kerajaan Tuhan sangat penting bagi Yesus.—Baca Matius 12:34.
2. Berapakah orang yang mungkin mendengar perintah Yesus yang tercatat di Matius 28:19, 20? Mengapakah kita boleh berkata demikian?
2 Tidak lama selepas dibangkitkan, Yesus berjumpa dengan lebih daripada 500 orang. (1 Kor. 15:6) Mungkin inilah masanya Yesus memberikan perintah: “Pergilah kepada semua bangsa dan jadikanlah mereka pengikutku.” Sudah tentu kerja ini tidak senang. * Yesus memberitahu mereka bahawa kerja menginjil akan berlangsung “sehingga penghujung sistem ini.” Apabila anda menginjil pada hari ini, anda sedang melaksanakan nubuat Yesus.—Mat. 28:19, 20.
3. Apakah tiga perkara baik yang membantu kita untuk menginjil?
3 Selepas Yesus memberikan perintah untuk menginjil, dia berkata, “Aku akan sentiasa menyertai kamu.” (Mat. 28:20) Maka Yesus berjanji bahawa dia akan memimpin kerja menginjil dan membantu pengikutnya untuk melakukan kerja ini di serata dunia. Yehuwa juga sedang menyertai kita. Dia ‘melengkapi kita dengan segala perkara baik’ supaya kita dapat menginjil. (Ibr. 13:20, 21) Dalam rencana ini, kita akan bincangkan tiga perkara baik itu: (1) alat yang diberikan, (2) cara yang digunakan, dan (3) latihan yang diterima. Sekarang, marilah kita bincangkan alat yang telah digunakan untuk menginjil sepanjang 100 tahun yang lepas.
ALAT YANG MEMBANTU HAMBA TUHAN UNTUK MENYEBAR
4. Bagaimanakah pelbagai alat membantu kita dalam kerja menginjil?
4 Yesus membandingkan mesej Kerajaan dengan benih yang ditanam di tanah yang berbeza. (Mat. 13:18, 19) Untuk menyediakan tanah, seorang petani akan menggunakan pelbagai alat. Begitu juga, Raja kita telah memberi kita alat untuk membantu orang menerima mesej kita. Sesetengah alat ini berguna untuk jangka masa yang pendek, manakala yang lain pula masih digunakan hari ini. Namun, semua alat ini membantu kita untuk meningkatkan kemahiran menginjil.
5. Apakah kad mesej Bible, dan apakah cara menggunakannya?
5 Pada tahun 1933, penyiar mula menggunakan kad mesej Bible. Alat ini telah membantu ramai penyiar untuk mula menginjil. Kad ini kecil dan mengandungi mesej Bible yang ringkas dan mudah difahami. Ada kalanya kad baru yang mengandungi mesej baru akan dicetak. Semasa Saudara Erlenmeyer berusia kira-kira 10 tahun, dia telah menggunakan kad mesej Bible buat kali pertama. Dia menjelaskan, “Biasanya, pengenalan kami ialah, ‘Bolehkah anda membaca kad ini?’ Selepas penghuni rumah membaca kad itu, kami akan menawarkan bahan bacaan dan beredar.”
6. Mengapakah kad mesej Bible berguna?
6 Kad mesej Bible telah membantu penyiar dalam pelbagai cara. Misalnya, sesetengah penyiar sangat pemalu. Walaupun mereka ingin menginjil, mereka tidak tahu apa yang harus dikatakan. Penyiar yang lain pula sangat berani. Mereka akan memberitahu penghuni rumah semua yang mereka ketahui dalam beberapa minit sahaja. Tetapi apa yang dikatakan mereka mungkin menyinggung perasaan orang. Kad mesej Bible telah membantu semua penyiar untuk menyampaikan mesej yang jelas dan mudah difahami.
7. Apakah cabarannya menggunakan kad mesej Bible?
7 Cara ini mempunyai cabaran. Saudari Grace Estep berkata, “Ada kalanya, kami akan ditanya, ‘Apakah yang dikatakan di sini? Beritahu sahajalah kepada saya.’” Sesetengah penghuni rumah juga tidak dapat membaca apa yang terkandung dalam kad itu. Ada pula yang mengambil kad itu dan menutup pintu. Sesetengah orang pula tidak suka mesej kita, jadi mereka mengoyakkan kad itu. Walaupun terdapat cabaran, kad mesej Bible telah
membantu para penyiar untuk dikenali sebagai penginjil Kerajaan Tuhan.8. Bagaimanakah peti nyanyi digunakan? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
8 Satu lagi alat yang digunakan selepas tahun 1930 ialah peti nyanyi mudah alih. Sesetengah Saksi memanggilnya Harun kerana mesin itu yang bercakap bagi pihak mereka. (Baca Keluaran 4:14-16.) Jika penghuni rumah setuju, penyiar akan memainkan ceramah Bible yang ringkas dan menawarkan beberapa bahan bacaan. Ada kalanya, seluruh keluarga akan berkumpul dan mendengar ceramah itu! Pada tahun 1934, Watch Tower Society mula menghasilkan peti nyanyi mudah alih untuk aktiviti penyebaran. Lama-kelamaan, saudara-saudara kita telah merakamkan 92 ceramah.
9. Seberapa berkesankah peti nyanyi?
9 Apabila Hillary Goslin mendengar salah satu ceramah, dia meminjam peti nyanyi selama seminggu untuk mengongsi mesej Bible dengan jirannya. Hasilnya, beberapa orang berminat terhadap kebenaran dan dibaptis. Dua orang anak perempuan Saudara Goslin juga menghadiri Sekolah Gilead dan menjadi mubaligh. Seperti kad mesej Bible, peti nyanyi telah membantu banyak penyiar untuk mula menginjil. Pada kemudian hari, Raja mengajar umatnya cara untuk menginjil melalui Sekolah Penyebaran Teokratik.
MENGGUNAKAN APA SAHAJA CARA UNTUK MENCAPAI ORANG
10, 11. Bagaimanakah surat khabar dan radio digunakan untuk menyebarkan berita baik? Mengapakah cara-cara ini berkesan?
10 Di bawah bimbingan Raja kita, umat Tuhan telah menggunakan pelbagai cara untuk mencapai orang melalui aktiviti penyebaran. Cara-cara ini sangat penting kerana kita hanya memiliki sedikit pekerja pada masa itu. (Baca Matius 9:37.) Contohnya, surat khabar telah digunakan untuk menyebarkan berita baik. Saudara Russell akan menghantar satu ceramah Bible kepada sebuah agensi berita setiap minggu. Kemudian, agensi itu akan menghantar ceramah itu ke syarikat akhbar di Kanada, Eropah, dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1913, ceramah Saudara Russell telah diterbitkan dalam 2,000 surat khabar dan dibaca oleh kira-kira 15,000,000 orang!
11 Radio juga digunakan untuk menyebarkan berita baik. Pada 16 April 1922, Saudara Rutherford telah menyampaikan salah satu ceramahnya melalui radio dan kira-kira 50,000 orang mendengarnya. Tidak lama kemudian, kita mula menggunakan stesen radio sendiri yang dipanggil WBBR. Program pertama disiarkan pada 24 Februari 1924. Pada 1 Disember 1924, Watch Tower berkata, “Kita yakin bahawa siaran radio merupakan cara yang paling jimat dan berkesan untuk menyebarkan mesej kebenaran.” Seperti surat khabar, radio telah membantu kita untuk menyebarkan kebenaran di kawasan yang kurang penyiar.
12. (a) Apakah jenis kesaksian awam yang paling anda suka? (b) Apakah yang dapat membantu kita untuk mengatasi ketakutan semasa melakukan kesaksian awam?
12 Selain itu, kesaksian awam merupakan satu lagi cara untuk menyebar. Banyak usaha telah dicurahkan untuk menginjil di perhentian bas, stesen kereta api, tempat letak kereta, dataran awam, dan pasar. Adakah anda berasa takut semasa 2 Korintus 12:9, 10.
menyertai kesaksian awam? Jika ya, berdoalah dan fikirkan kata-kata Saudara Manera, iaitu seorang penyelia lawatan. Dia berkata, “Kami memandang setiap cara baru untuk menginjil sebagai cara lain untuk berkhidmat kepada Yehuwa, serta membuktikan kesetiaan dan iman kami kepada-Nya. Kami ingin membuktikan bahawa kami rela berkhidmat kepada-Nya dalam apa sahaja cara.” Apabila kita mengatasi ketakutan dan menggunakan cara baru untuk menyebar, kita menguatkan kepercayaan kita kepada Yehuwa dan menjadi penyebar yang lebih mahir.—Baca13. Mengapakah menggunakan laman web kita merupakan cara yang berkesan? Adakah anda mempunyai pengalaman baik semasa menggunakannya?
13 Banyak penyiar suka memberitahu orang tentang laman web kita, iaitu jw.org. Mereka boleh membaca dan memuat turun bahan bacaan Bible dalam lebih daripada 700 bahasa. Setiap hari, 1.6 juta orang mengunjungi laman web kita. Pada masa lalu, orang yang tinggal di kawasan terpencil telah mendengar berita baik melalui radio. Hari ini, laman web kita juga membuahkan hasil yang sama.
MELATIH PENYEBAR BERITA BAIK
14. Apakah latihan yang diperlukan oleh para penyiar? Apakah sekolah yang ditubuhkan untuk membantu para penyiar?
14 Alat dan cara yang sudah kita bincangkan memang sangat berkesan. Namun, para penyiar juga perlu dilatih. Contohnya, sesetengah penghuni rumah tidak setuju dengan apa yang mereka dengar daripada peti nyanyi. Ada juga penghuni rumah yang sangat berminat dan ingin mengetahui lebih banyak. Maka para penyiar harus mengetahui cara untuk menangani situasi sebegini dan mengajar dengan lebih mahir. Dengan bantuan daya aktif Tuhan, Saudara Knorr sedar bahawa para penyiar perlu dilatih untuk bercakap semasa menginjil. Maka pada tahun 1943, Sekolah Penyebaran Teokratik telah diadakan di sidang. Sekolah ini membantu semua penyiar menjadi guru Bible yang mahir.
15. (a) Apakah pengalaman beberapa orang yang memberikan ceramah dalam Sekolah Penyebaran Teokratik? (b) Bagaimanakah janji Tuhan di Mazmur 32:8 menjadi kenyataan dalam hidup anda?
15 Ramai saudara tidak biasa bercakap Mazmur 32:8.
di khalayak ramai. Saudara Ramu mengenang kembali ceramah pertamanya pada tahun 1944 mengenai watak Bible yang bernama Doeg. Dia berkata, “Kaki dan tangan saya menggeletar, dan gigi saya menggelatuk.” Dia juga berkata, “Itulah kali pertama saya memberikan ceramah dari pentas, tetapi saya tidak putus asa.” Walaupun tugasan ini tidak senang, kanak-kanak pun menyertai sekolah ini. Saudara Manera menceritakan pengalaman seorang budak lelaki yang menyampaikan ceramah pertamanya: “Dia sangat gementar sehingga dia mula menangis semasa memberikan ceramah. Namun dia bertekad untuk menghabiskan ceramah itu. Jadi dia menangis sehingga tamat ceramahnya.” Mungkin anda tidak memberikan komen atau melibatkan diri semasa perjumpaan kerana anda malu atau berasa bahawa anda tidak dapat melakukannya. Jika demikian, mohonlah bantuan Yehuwa untuk mengatasi perasaan takut. Yehuwa boleh membantu anda sepertimana dia membantu pelajar Sekolah Penyebaran Teokratik masa awal.—Baca16. Apakah tujuan Sekolah Gilead (a) pada masa dahulu dan (b) sejak tahun 2011?
16 Organisasi Tuhan juga menyediakan latihan menerusi Sekolah GiIead. Salah satu tujuan sekolah ini adalah untuk menguatkan keinginan pelajar dalam menyebarkan berita baik. Sekolah Gilead dimulakan pada tahun 1943 dan setakat ini 8,500 pelajar telah dilatih dan dihantar ke sebanyak 170 negara. Sejak tahun 2011, perintis khas, penyelia lawatan, ahli Bethel, dan mubaligh yang belum menghadiri Sekolah Gilead telah dijemput untuk menghadiri sekolah ini.
17. Seberapa berkesankah latihan daripada Sekolah Gilead?
17 Adakah Sekolah Gilead berkesan? Ya. Fikirkan apa yang berlaku di negara Jepun. Pada Ogos 1949, terdapat kurang daripada 10 penyiar di negara itu. Pada akhir tahun itu, 13 orang mubaligh menginjil bersama penyiar tempatan. Hari ini, terdapat kira-kira 216,000 penyiar di Jepun, dan hampir separuh daripada mereka merupakan perintis!
18. Apakah beberapa sekolah lain yang diadakan?
18 Kita juga mempunyai sekolah-sekolah lain seperti Sekolah Bible untuk Saudara Terlantik, Sekolah Latihan Perintis, Sekolah Latihan Penginjil, Sekolah untuk Penyelia Litar dan Isteri Mereka, serta Sekolah untuk Ahli Jawatankuasa Cawangan dan Isteri Mereka. Sekolah-sekolah ini telah melatih saudara saudari dan menguatkan iman mereka. Jelaslah bahawa Yesus sedang melatih umatnya hari ini.
19. Apakah yang dikatakan oleh Saudara Russell mengenai kerja penyebaran? Bagaimanakah hal ini menjadi kenyataan?
19 Kerajaan Tuhan sudah memerintah untuk lebih daripada 100 tahun. Sepanjang masa itu, Raja kita, Yesus Kristus memimpin kerja penyebaran. Pada tahun 1916, Saudara Russell percaya bahawa kerja menyebarkan berita baik akan terlaksana di serata dunia. Dia berkata, “Kerja penyebaran sedang berkembang, dan akan terus berkembang kerana berita Kerajaan harus disebarkan ke seluruh dunia.” (Faith on the March, ditulis oleh A. H. Macmillan, muka surat 69) Kerja ini masih dijalankan hari ini! Kita bersyukur kepada Yehuwa, Tuhan kedamaian, kerana melengkapi kita untuk melaksanakan kehendak-Nya!
^ per. 2 Kemungkinan besar kebanyakan orang daripada kumpulan ini akhirnya menjadi orang Kristian. Paulus merujuk mereka sebagai “500 orang saudara.” Dia juga berkata, “Kebanyakan daripada mereka masih bersama kita, tetapi ada yang sudah tidur dalam kematian.” Nampaknya, Paulus dan orang Kristian lain mengenali mereka yang telah mendengar perintah Yesus.