Cara Kita Menunjukkan Kasih kepada Yehuwa
“Kita menunjukkan kasih, kerana Tuhan menunjukkan kasih kepada kita terlebih dahulu.”—1 YOH. 4:19.
LAGU: 56, 138
1, 2. Bagaimanakah Yehuwa mengajar kita cara untuk mengasihi-Nya?
CARA terbaik bagi seorang bapa untuk mengajar anaknya adalah melalui teladan sendiri. Apabila bapa menunjukkan kasih kepada anak, dia mengajar anaknya cara untuk menunjukkan kasih. Tiada seorang pun yang mengasihi kita sepertimana Bapa Yehuwa mengasihi kita. Kita menunjukkan kasih “kerana Tuhan menunjukkan kasih kepada kita terlebih dahulu.”—1 Yoh. 4:19.
2 Bagaimanakah Yehuwa “menunjukkan kasih kepada kita terlebih dahulu”? Bible berkata, “Beginilah caranya Tuhan menunjukkan kasih-Nya kepada kita: Kristus telah mati untuk kita semasa kita masih berdosa.” (Rm. 5:8) Bapa Yehuwa yang pengasih telah memberikan nyawa Anak-Nya untuk menebus kita daripada dosa dan kematian. Dengan demikian, kita dapat menghampiri Yehuwa dan menunjukkan kasih kepada-Nya. Yehuwa menetapkan contoh yang baik dengan membuat pengorbanan yang besar itu. Teladan Yehuwa mengajar kita untuk menunjukkan kasih dengan murah hati, tanpa mementingkan diri.—1 Yoh. 4:10.
3, 4. Bagaimanakah kita menunjukkan kasih kepada Tuhan?
3 Kasih merupakan sifat utama Yehuwa. Oleh itu, Yesus Mrk. 12:30) Yehuwa menginginkan kita untuk mengasihi-Nya dengan “segenap hati.” Jika kita mengasihi-Nya dengan separuh hati, hal ini akan menyedihkan Yehuwa. Namun, kasih kita kepada Yehuwa juga merangkumi jiwa, akal, dan kekuatan kita. Maksudnya, kasih kepada Yehuwa bukan sekadar perasaan sahaja. Kita perlu menunjukkan kasih melalui pemikiran dan tindakan kita.—Baca Mikha 6:8.
berkata bahawa perintah yang terpenting ialah: “Kamu mesti mengasihi Yehuwa, Tuhanmu, dengan segenap hati, dengan segenap jiwa, dengan segenap akal, dan dengan segenap kekuatan.” (4 Kita harus mengasihi Yehuwa dengan sepenuh hati tanpa had. Dengan mengutamakan Yehuwa dalam kehidupan, kita menunjukkan bahawa kita benar-benar mengasihi-Nya. Dalam rencana sebelum ini, kita telah membincangkan empat cara Yehuwa menunjukkan kasih kepada kita. Sekarang, mari kita bincangkan cara kita dapat menunjukkan kasih kepada Yehuwa dan cara menguatkan kasih itu.
BERSYUKUR KEPADA YEHUWA
5. Apabila anda merenungkan segala pemberian Yehuwa, apakah perasaan anda?
5 Apabila anda menerima sebuah hadiah, sudah tentu anda berasa syukur terhadap pemberinya. Oleh sebab anda menghargai hadiah itu, anda akan menggunakannya dengan baik. Yakobus menulis: “Setiap kurniaan yang baik dan setiap pemberian yang sempurna berasal dari syurga dan diturunkan oleh Sumber segala cahaya. Dia tidak berubah-ubah seperti bayang-bayang.” (Yak. 1:17) Kita bersyukur kerana Yehuwa memenuhi segala keperluan kita supaya kita dapat menikmati hidup. Kita sedar bahawa Dia sangat mengasihi kita. Tidakkah anda ingin membalas kasih-Nya?
6. Apakah yang harus dilakukan oleh orang Israel jika mereka ingin diberkati oleh Yehuwa?
6 Orang Israel menerima banyak kurniaan yang baik daripada Yehuwa. Selama ratusan tahun, Yehuwa memenuhi keperluan jasmani dan rohani mereka. (Ul. 4:7, 8) Orang Israel boleh menunjukkan kesyukuran mereka dengan mentaati perintah yang diberikan oleh Yehuwa. Contohnya, apabila mereka memberikan persembahan kepada Yehuwa, mereka harus membawa “hasil pertama yang terbaik daripada tanaman.” (Kel. 23:19) Orang Israel tahu bahawa mereka akan diberkati jika mereka memberikan yang terbaik kepada Yehuwa dan mentaati-Nya.—Baca Ulangan 8:7-11.
7. Bagaimanakah kita boleh menggunakan “harta benda” kita untuk menunjukkan kasih kepada Yehuwa?
7 Kita boleh menunjukkan kasih kepada Yehuwa “dengan memberi Dia persembahan daripada harta benda.” (Ams. 3:9) Apakah caranya? Kita boleh memberikan sumbangan untuk menyokong sidang tempatan dan kerja sedunia. Tidak kira kita mempunyai banyak harta benda atau sedikit sahaja, kita boleh menggunakannya untuk menunjukkan kasih kepada Yehuwa. (2 Kor. 8:12) Namun, ada cara lain yang boleh membuktikan kasih kita kepada Yehuwa.
8, 9. Apakah cara lain yang boleh membuktikan kasih kita kepada Yehuwa? Apakah yang dilakukan oleh Mike dan keluarganya?
8 Yesus mengajar kita untuk mengutamakan Kerajaan Tuhan dan tidak berasa risau tentang makanan atau pakaian. Bapa Yehuwa berjanji untuk memenuhi segala keperluan kita. (Mat. 6:31-33) Semakin dalam kasih kita terhadap seseorang, semakin kukuh kepercayaan kita kepadanya. Begitu juga, sejauh mana kita mempercayai janji Yehuwa, sedalam itulah kasih kita terhadap-Nya. (Mzm. 143:8) Maka kita boleh tanya diri: “Adakah matlamat dan cara hidup saya menunjukkan bahawa saya mengasihi Yehuwa? Hari demi hari, adakah saya bergantung pada Yehuwa untuk memenuhi keperluan saya?”
9 Mike dan keluarganya mempercayai Yehuwa. Apabila Mike masih muda, dia ingin berkhidmat di negara yang memerlukan bantuan. Kemudian Mike berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Namun Mike masih mempunyai keinginan itu. Apabila Mike dan keluarganya membaca tentang saudara saudari yang berpindah ke tempat yang memerlukan bantuan, mereka mula menyederhanakan hidup mereka. Mereka menjual rumah dan berpindah ke tempat tinggal yang lebih kecil. Mike juga mengurangkan perniagaan pembersihannya dan belajar untuk mengurus perniagaan itu menerusi Internet. Hasilnya, Mike dan keluarganya dapat berpindah ke negara lain. Mereka sangat menikmati khidmat mereka di sana. Mike berkata, “Kami benar-benar mengalami apa yang dikatakan Yesus di Matius 6:33.”
MERENUNGKAN KEBENARAN YANG DIAJAR YEHUWA
10. Seperti Raja Daud, mengapakah penting bagi kita untuk merenungkan apa yang kita pelajari tentang Yehuwa?
10 Raja Daud pernah menulis: ‘Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Tuhan! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya!’ Kemudian dia menambah: ‘Taurat Yehuwa itu sempurna, menyegarkan jiwa. Perintah Yehuwa dapat dipercayai, memberikan kebijaksanaan kepada orang yang memerlukannya.’ Apabila Daud merenungkan perintah dan ciptaan Yehuwa, dia semakin mendekat kepada Yehuwa dan ingin menunjukkan kasih kepada-Nya. Daud berkata, ‘Semoga kata-kata dan renunganku diterima oleh-Mu, ya Yehuwa, pelindung dan penebusku!’—Mzm. 19:2, 8, 15.
11. Bagaimanakah kita menggunakan pengetahuan yang diberikan oleh Yehuwa untuk menunjukkan kasih kepada-Nya? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
11 Hari ini, Yehuwa telah mengajar kita banyak perkara tentang diri-Nya, tujuan, ciptaan, dan Firman-Nya. Dunia ini menggalakkan orang untuk mengejar pengetahuan, tetapi pendidikan tinggi biasanya menyebabkan orang kehilangan iman dan kasih kepada Tuhan. Sebaliknya, Yehuwa bukan hanya ingin kita menimba pengetahuan, Dia juga membantu kita untuk menjadi bijak. Dia ingin kita menggunakan apa yang dipelajari demi manfaat sendiri dan orang lain. (Ams. 4:5-7) Contohnya, “Dia menghendaki agar segala macam orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan yang tepat tentang kebenaran.” (1 Tim. 2:4) Kita menunjukkan kasih kepada Yehuwa dengan mengajar orang lain tentang Kerajaan Tuhan dan tujuan-Nya bagi manusia.—Baca Mazmur 66:16, 17.
12. Apakah yang dikatakan oleh seorang saudari muda mengenai pemberian Yehuwa?
12 Kaum muda juga boleh merenungkan segala pemberian rohani daripada Yehuwa. Shannon masih ingat apa yang berlaku di sebuah konvensyen semasa dia berumur 11 tahun dan adik perempuannya berumur 10 tahun. Semasa konvensyen itu, semua kaum muda, termasuk Shannon dan adiknya, diminta untuk duduk di bahagian yang dikhaskan. Pada mulanya, dia berasa gementar. Tetapi dia berasa teruja apabila setiap orang muda diberikan buku “Pertanyaan Kaum Muda” (Questions Young People Ask—Answers That Work). Apakah perasaannya terhadap Yehuwa mengenai hadiah ini? Dia berkata, “Pada masa itu, saya sedar bahawa Yehuwa benar-benar wujud dan Dia sangat, sangat mengasihi saya. Saya sangat gembira kerana Yehuwa memberi kita hadiah-hadiah yang indah!”
MENERIMA NASIHAT DAN DISIPLIN YEHUWA
13, 14. Bagaimanakah kita harus memandang disiplin daripada Yehuwa, dan mengapa?
13 Bible memberitahu kita, ‘Yehuwa menegur ajar orang yang dikasihi-Nya seperti seorang bapa menegur ajar anak yang disayanginya.’ (Ams. 3:12) Apabila kita menerima disiplin dan latihan daripada Yehuwa, kita belajar untuk melakukan apa yang betul dan menikmati keamanan. Sudah tentu, “semasa disiplin diberikan, hal itu memedihkan hati dan tidak membawa sukacita.” (Ibr. 12:11) Namun, apakah reaksi kita apabila diberikan disiplin? Jika kita mengasihi Yehuwa, kita akan menerima disiplin itu dan tidak berasa kecewa. Kita akan membuat perubahan yang diperlukan dengan rela.
14 Pada zaman Maleakhi, ramai orang tidak mengikut nasihat Yehuwa. Persembahan mereka kepada Yehuwa tidak menyenangkan hati-Nya. Maka Yehuwa menegur mereka. (Baca Maleakhi 1:12, 13.) Sebenarnya Yehuwa berulang kali menasihati mereka, tetapi mereka enggan mendengar-Nya. Maka Dia memberitahu mereka, “Aku akan mengutuk segala sesuatu yang kamu terima sebagai rezeki. . . kerana kamu tidak mengendahkan perintah-Ku.” (Mal. 2:1, 2) Jika kita enggan mendengar atau memandang remeh nasihat Yehuwa, hubungan kita dengan-Nya akan terjejas.
15. Apakah yang harus dielakkan oleh orang Kristian hari ini?
15 Dunia Syaitan menggalakkan orang untuk mementingkan diri dan bersikap angkuh. Maka ramai orang tidak suka menerima nasihat daripada orang lain. Sesetengah orang mendengar nasihat hanya kerana mereka terpaksa berbuat demikian. Kita tidak harus meneladani orang sebegini. Bible memberitahu kita: “Jangan lagi dibentuk mengikut sistem dunia ini.” Sebaliknya, Rm. 12:2) Yehuwa menggunakan organisasi-Nya untuk memberikan nasihat pada masa yang sesuai. Contohnya, kita menerima nasihat mengenai pergaulan, rekreasi, dan cara memperlakukan orang yang berlawanan jantina. Dengan menerima nasihat Yehuwa dan membuat perubahan yang diperlukan, kita menunjukkan bahawa kita bersyukur dan benar-benar mengasihi-Nya.—Yoh. 14:31; Rm. 6:17.
kita harus “mengetahui kehendak Tuhan” dan melakukan apa yang “menyenangkan hati-Nya.” (BERGANTUNG PADA BANTUAN DAN PERLINDUNGAN YEHUWA
16, 17. (a) Mengapakah kita harus mengambil kira pandangan Yehuwa sebelum membuat keputusan? (b) Apakah yang dilakukan oleh orang Israel yang tidak bergantung pada Yehuwa?
16 Kanak-kanak bergantung pada ibu bapa mereka untuk membantu dan melindungi mereka. Malah orang dewasa pun meminta bantuan daripada ibu bapa. Mereka boleh membuat keputusan sendiri, tetapi mereka sedar bahawa ibu bapa dapat memberikan nasihat yang baik. Begitu juga dengan Bapa kita di syurga. Dia akan memberi kita daya aktif supaya kita mempunyai “keinginan dan kekuatan untuk bertindak.” Jika kita mempercayai dan mengasihi Yehuwa, kita akan sentiasa mengambil kira pandangan-Nya sebelum membuat keputusan.—Flp. 2:13.
17 Pada zaman Samuel, tentera Israel kalah semasa berlawan dengan tentera Filistin. Umat Tuhan sangat memerlukan bantuan dan perlindungan. Jadi apakah yang dilakukan mereka? Mereka berkata, ‘Marilah kita membawa Tabut Perjanjian Yehuwa dari Silo, supaya Dia akan menyertai kita dan menyelamatkan kita daripada musuh.’ Hasilnya, ‘sebanyak 30,000 orang askar Israel terbunuh. Tabut Perjanjian Tuhan dirampas oleh musuh.’ (1 Sam. 4:2-4, 10, 11) Orang Israel berfikir bahawa dengan membawa Tabut Perjanjian bersama mereka, Yehuwa akan membantu dan melindungi mereka. Tetapi mereka tidak meminta bimbingan Yehuwa. Sebaliknya, mereka mengikut pandangan sendiri dan melakukan apa yang disangka betul. Akhirnya mereka menderita.—Baca Amsal 14:12.
18. Apakah yang diajar oleh Bible tentang mempercayai Yehuwa?
18 Terdapat seorang pemazmur yang sangat mengasihi Yehuwa dan bergantung pada-Nya. Dia menulis: ‘Aku akan berharap kepada Tuhan dan sekali lagi aku akan memuji Dia, Tuhanku dan penyelamatku. Di tempat pembuangan ini hatiku hancur, oleh itu aku ingat kepada Yehuwa.’ (Mzm. 42:6-8) Adakah itu perasaan anda terhadap Yehuwa? Adakah anda mempercayai Yehuwa dan berasa rapat dengan-Nya? Anda boleh terus menguatkan kepercayaan anda terhadap-Nya. Bible memberitahu kita: ‘Percayalah kepada Yehuwa dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan Yehuwa dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.’—Ams. 3:5, 6.
19. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan kasih kepada Yehuwa?
19 Dengan menunjukkan kasih-Nya kepada kita terlebih dahulu, Yehuwa telah mengajar kita cara untuk membalas kasih-Nya. Marilah kita sentiasa merenungkan segala yang dilakukan oleh Yehuwa bagi kita kerana Dia mengasihi kita. Semoga kita menunjukkan kasih kepada-Nya dengan segenap hati, jiwa, akal, dan kekuatan.—Mrk. 12:30.