MENARA PENGAWAL—EDISI PEMBELAJARAN Ogos 2014

Terbitan ini mengandungi rencana pembelajaran bagi 29 September hingga 26 Oktober 2014.

Adakah Anda Menerima ‘Makanan pada Waktu yang Ditentukan’?

Haruskah seseorang mendapatkan semua bahan yang disediakan oleh hamba yang setia untuk tetap kuat secara rohani?

Apakah Peranan Wanita dalam Kehendak Yehuwa?

Belajar bagaimana pemberontakan terhadap Tuhan membawa kesan buruk ke atas lelaki dan wanita. Perhatikan contoh wanita yang setia pada masa lampau. Ketahuilah peranan wanita Kristian dalam kehendak Tuhan hari ini.

Gunakanlah Firman Tuhan yang Hidup!

Semua Saksi-Saksi Yehuwa ingin menjadi mahir dalam kerja penyebaran. Pelajarilah beberapa cara untuk menggunakan Firman Tuhan yang berkuasa bersama risalah-risalah kita untuk mengadakan perbincangan dengan orang.

Bagaimana Yehuwa Menghampiri Kita

Kita harus memiliki hubungan yang erat dengan Yehuwa. Pelajarilah bagaimana Yehuwa membantu kita menghampiri-Nya melalui tebusan dan Bible.

Selalu Dengar Suara Yehuwa

Belajar betapa pentingnya untuk mendengar suara Yehuwa dan berdoa kepada-Nya. Rencana ini membantu kita untuk menghindari muslihat Syaitan dan keinginan berdosa supaya kita dapat mendengar suara Yehuwa.

‘Balik dan Kuatkan Saudara-saudaramu’

Jika seorang saudara tidak lagi berkhidmat sebagai penatua, dapatkah dia berusaha untuk memikul tanggungjawab itu lagi?

Pertanyaan Pembaca

Semasa Yesus berkata bahawa mereka yang dibangkitkan “tidak berkahwin,” adakah dia sedang merujuk kepada pembangkitan di bumi?

KHAZANAH ROHANI KITA

“Drama Eureka” Membantu Ramai Menemui Kebenaran

Tayangan singkat ini yang diambil daripada “Drama-Foto Penciptaan” boleh ditunjukkan di kawasan terpencil yang tidak mempunyai bekalan elektrik.