Elakkan Perangkap Syaitan!
Elakkan Perangkap Syaitan!
‘Pertahankan diri daripada muslihat Iblis yang jahat.’—EF. 6:11.
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Bagaimanakah umat Yehuwa boleh mengelakkan perangkap cinta akan kebendaan?
Bagaimanakah pasangan Kristian boleh mengelakkan perangkap perzinaan?
Pada pendapat anda, apakah manfaatnya jika kita menjauhi perangkap cinta akan kebendaan dan perbuatan seks yang tidak bermoral?
1, 2. (a) Mengapakah Syaitan membenci kaum terurap dan “domba-domba lain”? (b) Apakah yang akan dibincangkan dalam rencana ini?
SYAITAN SI IBLIS membenci manusia, terutamanya penyembah Yehuwa. Sebenarnya, Syaitan sedang berperang dengan baki kaum terurap. (Why. 12:17) Mereka mengambil pimpinan dalam kerja menginjil dengan berani dan mendedahkan identiti Syaitan sebagai pemerintah dunia ini. Syaitan juga membenci “domba-domba lain” yang menyokong kaum terurap. Mereka berpeluang untuk hidup kekal sedangkan dia tidak. (Yoh. 10:16) Tidak kira sama ada kita ada harapan untuk hidup selama-lamanya di bumi atau di syurga, Syaitan merupakan musuh kita dan dia mahu kita menjadi mangsanya!—1 Ptr. 5:8.
2 Untuk menjayakan matlamatnya, Syaitan memasang pelbagai perangkap. Dia mengelabui fikiran orang agar mereka tidak menerima berita baik dan tidak dapat melihat jerat-jerat ini. Namun, Iblis juga menjerat mereka yang menerima berita baik. (2 Kor. 4:3, 4) Rencana sebelumnya membincangkan cara untuk mengelakkan tiga perangkap Syaitan: (1) pertuturan yang tidak terkekang, (2) takut akan manusia dan tekanan, serta (3) rasa bersalah yang melampau. Sekarang kita akan lihat cara untuk mengelakkan dua lagi perangkapnya—cinta akan kebendaan dan godaan untuk berzina.
CINTA AKAN KEBENDAAN—JERAT YANG MENCEKIK
3, 4. Bagaimanakah kekhuatiran hidup boleh menjurus pada cinta akan kebendaan?
3 Dalam perumpamaan tentang benih yang jatuh di tengah semak, Yesus menjelaskan bahawa seseorang mungkin mendengar firman Tuhan, “tetapi kekhuatiran tentang hidup dan keinginan untuk hidup Mat. 13:22) Sememangnya, cinta akan kebendaan merupakan salah satu perangkap Syaitan.
mewah membantutkan perkhabaran itu sehingga tidak berbuah.” (4 Terdapat dua faktor gabungan yang boleh membantutkan kerohanian seseorang. Satu faktor ialah “kekhuatiran tentang hidup.” Pada “hari-hari terakhir” ini, terdapat banyak perkara yang boleh membuat anda bimbang. (2 Tim. 3:1) Oleh sebab kos hidup dan pengangguran semakin meningkat, anda mungkin risau tentang masa depan dan bahkan tertanya-tanya, “Adakah saya mempunyai wang yang cukup selepas bersara?” Pemikiran sedemikian menggerakkan sesetengah orang untuk mengejar kekayaan kerana mereka berasa bahawa wang menjamin masa depan yang baik.
5. Bagaimanakah “keinginan untuk hidup mewah” boleh menjerat kita?
5 Faktor kedua ialah “keinginan untuk hidup mewah.” Keinginan ini berserta kekhuatiran hidup boleh “mencekik” firman Tuhan. Bible mengaku bahawa wang memang berguna. (Pkh. 7:12) Tetapi, kita tidak patut mengejar kekayaan. Ramai mendapati bahawa semakin keras mereka berusaha untuk menjadi kaya, mereka semakin terjerat dalam cinta akan kebendaan. Ada yang bahkan menjadi hamba kepada harta milik mereka.—Mat. 6:24.
6, 7. (a) Apakah situasi di tempat kerja yang boleh menyebabkan seseorang ingin menjadi kaya? (b) Jika seorang Kristian diminta untuk bekerja lebih masa, apakah yang perlu difikirkannya?
6 Keinginan untuk menjadi kaya mungkin bercambah dalam diri kita tanpa disedari. Katakan majikan anda memberitahu anda, “Saya ada berita baik! Syarikat telah mendapat kontrak yang lumayan. Dalam beberapa bulan ini, kamu perlu kerja lebih masa. Tetapi gaji kamu juga akan berlipat ganda.” Apakah reaksi anda terhadap tawaran sebegini? Anda memang perlu menjaga keperluan fizikal keluarga anda, tetapi anda juga perlu menjaga keperluan emosi dan rohani mereka. (1 Tim. 5:8) Fikirkan: Berapa banyak masa lagi yang perlu anda luangkan untuk kerja anda? Adakah kerja anda akan mengganggu aktiviti rohani, seperti perjumpaan dan malam Penyembahan Keluarga?
7 Semasa menilai baik buruk keputusan anda, fikirkan apa yang lebih penting bagi anda: Lebih banyak wang atau hubungan anda dengan Tuhan? Adakah anda akan mengetepikan Kerajaan Tuhan semata-mata untuk menjadi kaya? Dapatkah anda lihat bagaimana cinta akan kebendaan boleh mempengaruhi kesihatan rohani anda dan keluarga anda? Jika anda dalam situasi ini, apakah yang boleh dilakukan agar 1 Timotius 6:9, 10.
anda tidak dicekik oleh cinta akan kebendaan?—Baca8. Apakah contoh Bible yang dapat membantu kita memeriksa gaya hidup sendiri?
8 Jika kita tidak mahu terjerat oleh perangkap cinta akan kebendaan, kita harus menguji gaya hidup kita dari masa ke masa. Janganlah menjadi seperti Esau yang membenci hal-hal rohani! (Kej. 25:34; Ibr. 12:16) Kita juga tidak mahu menjadi seperti pemuda kaya yang dijemput untuk menjual harta bendanya, memberikan wangnya kepada orang miskin, lalu mengikut Yesus. Dia tidak sanggup berbuat demikian, lalu “meninggalkan tempat itu dengan susah hati kerana dia sangat kaya.” (Mat. 19:21, 22) Oleh sebab pemuda itu dicengkam oleh perangkap kekayaan, dia kehilangan peluang untuk mengikut tokoh yang teragung dalam sejarah! Berhati-hatilah agar anda tidak mengulangi kesilapannya.
9, 10. Menurut Bible, apakah pandangan yang wajar terhadap harta benda?
9 Jika kita tidak mahu terjebak dalam perangkap kebendaan, dengarkanlah nasihat Yesus yang berikut: ‘Jangan khuatir tentang apa yang akan kamu makan, atau apa yang akan kamu minum, atau apa yang akan kamu pakai. Semua perkara itu sentiasa dikhuatiri orang yang tidak mengenal Tuhan. Bapa kamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua itu.’—Mat. 6:31, 32; Luk. 21:34, 35, ABB.
10 Adalah baik jika kita memupuk pandangan penulis Bible yang bernama Agur. Dia berkata, “Tolonglah aku supaya aku tidak kaya dan tidak miskin. . . . berilah aku hanya apa yang aku perlukan.” (Ams. 30:8) Agur sedar bahawa dia memerlukan wang. Tetapi dia tahu bahawa cinta akan kebendaan merupakan jerat Syaitan. Jadi ingatlah bahawa kekhuatiran hidup dan keinginan untuk menjadi kaya boleh memudaratkan kerohanian kita. Jika kita terlalu khuatir akan kebendaan, kita akan ketandusan tenaga dan masa, serta tidak bermaya untuk mengutamakan Kerajaan Tuhan. Jadi, bertekadlah untuk menghindari jerat cinta akan kebendaan!—Baca Ibrani 13:5.
PERZINAAN—LUBANG PERANGKAP YANG TERSEMBUNYI
11, 12. Bagaimanakah seorang Kristian boleh terjebak ke dalam jerat perzinaan di tempat kerjanya?
11 Pemburu yang ingin menangkap binatang yang kuat akan menggali sebuah lubang pada denai yang sering dilalui oleh mangsanya lalu menutupi lubang tersebut dengan ranting dan tanah. Salah satu godaan Syaitan yang paling berjaya dan yang serupa dengan jerat ini ialah perbuatan seks yang tidak bermoral. (Ams. 22:14; 23:27) Sebilangan orang Kristian terjebak dalam perangkap ini kerana mereka tidak menjauhi situasi yang menyebabkan mereka senang melakukan perbuatan seks yang tidak bermoral. Sesetengah orang Kristian berzina kerana menjalin hubungan romantik dengan orang lain padahal mereka sudah berkahwin.
12 Tempat kerja merupakan tempat yang subur bagi hubungan romantik yang salah. Lebih separuh daripada kaum wanita dan kebanyakan lelaki yang berzina berbuat demikian dengan rakan sekerja. Tanyalah diri, perlukah saya bekerja dengan orang yang berlawan jantina? Jika ya, bagaimanakah hubungan kami? Adakah saya menetapkan batas agar hubungan kami tidak bersifat romantik? Contohnya, seorang saudari yang selalu berbual dengan seorang lelaki di tempat kerja mungkin menjadi sangat rapat dengannya. Dia mungkin memberitahu lelaki itu tentang masalah perkahwinannya. Dalam situasi
lain pula, seorang saudara yang menjadi rapat dengan rakan sekerja wanita mungkin mula berfikir, “Dia menghormati pendapat saya dan betul-betul mendengar apabila saya bercakap dengannya. Dan dia menghargai saya. Alangkah baiknya jika isteri saya pun begitu!” Bolehkah anda nampak bagaimana kedua-dua orang dalam contoh di atas senang terjebak ke dalam kancah perzinaan?13. Bagaimanakah hubungan romantik yang salah boleh terjalin dalam sidang?
13 Hubungan romantik yang salah boleh terjalin dalam sidang juga. Berikut merupakan kisah benar sepasang suami isteri. Daniel dan isterinya Sarah * berkhidmat sebagai perintis biasa. Daniel berkata bahawa dia seorang penatua yang menerima apa sahaja tugasan yang diberikan kepadanya. Dia juga mempunyai lima pelajar Bible lelaki, dan tiga orang daripada mereka telah dibaptis. Mereka yang baru dibaptis memerlukan banyak bantuan. Tetapi memandangkan Daniel begitu sibuk menjalankan tugas di sidang, Sarahlah yang membantu mereka. Pada masa yang sama, isteri Daniel juga memerlukan perhatian, dan pelajar Bible Daniel memenuhi keperluannya. Lama-kelamaan, situasi ini menjadi perangkap yang berbahaya. Daniel berkata, “Bulan demi bulan, isteri saya menggunakan tenaganya untuk membantu orang lain. Dia ketandusan daya emosi dan rohani. Tambahan lagi, sepanjang masa ini saya telah mengabaikannya. Keadaan itu menjadi tapak yang subur bagi perbuatan yang salah untuk berlaku. Isteri saya telah berzina dengan bekas pelajar Bible saya. Saya begitu sibuk hingga tidak perasan bahawa isteri saya telah menjadi lemah secara rohani.” Bagaimanakah anda dapat mengelakkan bahaya ini?
14, 15. Apakah faktor-faktor yang membantu pasangan Kristian mengelakkan perangkap perzinaan?
14 Untuk mengelakkan perangkap perzinaan, fikirkan secara mendalam erti kesetiaan pada teman hidup anda. Yesus mengatakan, ‘Mereka yang telah disatukan oleh Tuhan, tidak boleh dipisahkan oleh manusia.’ (Mat. 19:6) Jadi, jangan sekali-kali anggap bahawa tugas di sidang lebih penting daripada pasangan anda. Jika anda sering menghabiskan masa tanpa pasangan anda, ikatan perkahwinan anda mudah terlerai dan anda senang digoda untuk berzina.
15 Rasul Petrus menulis, ‘Jagalah jemaah dengan senang hati sebagaimana yang dikehendaki oleh Tuhan. Janganlah lakukan tugas itu dengan berat hati. Jangan lakukan pekerjaan kamu untuk mendapat upah, tetapi lakukannya kerana kamu sungguh-sungguh ingin melakukannya.’ (1 Ptr. 5:2) Sebagai penatua, anda memang perlu menjaga keperluan sidang. Tetapi, janganlah ketepikan tanggungjawab anda sebagai seorang suami. Tidak masuk akal—dan sangat berbahaya—jika anda bertungkus lumus memberi makanan rohani kepada sidang tetapi isteri anda “kelaparan” di rumah. Daniel berkata, “Anda tidak patut membahayakan kerohanian keluarga semata-mata untuk menjaga keperluan sidang.”
16, 17. (a) Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu anda menghindari jerat perzinaan di tempat kerja? (b) Apakah maklumat dalam bahan bacaan kita yang dapat membantu orang Kristian menghindari perzinaan?
16 Banyak nasihat dalam bahan bacaan kita dapat bantu orang Kristian mengelakkan perzinaan. Sebagai contoh, majalah The Watchtower 15 September 2006 menyatakan, “Di tempat kerja dan di tempat lain, berwaspadalah terhadap situasi yang
boleh menggalakkan hubungan intim dengan orang berlawanan jantina, misalnya dengan bekerja lebih masa. Sebagai orang yang sudah bernikah, tunjukkan daripada pertuturan dan perbuatan bahawa anda tidak mahu terlibat dalam hubungan yang romantik. Jangan sekali-kali bermain cinta atau berpakaian menjolok mata. . . . Letakkan gambar suami atau isteri, dan anak-anak sebagai peringatan kepada anda dan orang lain bahawa keluarga anda penting bagi anda. Janganlah menggalakkan atau mengizinkan orang lain untuk menggoda anda.”17 Rencana tentang perkahwinan dalam majalah Awake! April 2009 menggalakkan kita supaya tidak mempunyai khayalan seks tentang orang lain selain pasangan sendiri. Khayalan seks akan menyebabkan anda mudah terjebak dalam perangkap perzinaan. (Yak. 1:14, 15) Bincangkanlah maklumat sebegini dengan teman hidup anda dari masa ke masa, contohnya bab 11 dalam buku Terus Hidup di Bawah Naungan Kasih Tuhan. Perkahwinan merupakan aturan suci daripada Yehuwa. Jadi pastikan bahawa anda dan teman hidup anda mempunyai masa untuk berbincang tentang perkahwinan anda. Hal ini menunjukkan bahawa anda menghargai aturan rohani daripada Tuhan.—Kej. 2:21-24.
18, 19. (a) Apakah kesan mudarat perzinaan? (b) Apakah manfaat jika anda setia kepada teman hidup anda?
18 Jika anda rasa tergoda untuk menjalin hubungan romantik yang salah, fikirkan tentang kesan mudarat yang boleh timbul akibat perbuatan cabul dan perzinaan. (Ams. 7:22, 23; Gal. 6:7) Mereka yang melakukan perbuatan yang tidak bermoral mengundang kemurkaan Yehuwa dan melukakan pasangan dan diri sendiri. (Baca Maleakhi 2:13, 14.) Sebaliknya, fikirkanlah manfaat yang boleh diraih jika anda bersahsiah murni. Anda akan mempunyai hati nurani yang bersih, menikmati hidup yang terbaik sekarang, dan kehidupan abadi pada masa depan.—Baca Amsal 3:1, 2.
19 Penulis mazmur bernyanyi, “Orang yang mencintai Taurat-Mu mendapat kesejahteraan; mereka tidak akan ditimpa malapetaka.” (Mzm. 119:165, ABB) Maka cintailah kebenaran dan “perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak” dalam dunia yang zalim ini. (Ef. 5:15, 16) Perangkap Syaitan untuk menjerat penyembah Tuhan terdapat di mana-mana sahaja. Tetapi kita boleh mengelakkannya kerana Yehuwa telah melengkapi kita untuk “memadamkan semua anak panah berapi daripada Si Jahat.”—Ef. 6:11, 16.
[Nota kaki]
^ per. 13 Nama telah diubah.
[Soalan Pembelajaran]
[Gambar pada muka surat 26]
Cinta akan kebendaan boleh membantutkan kerohanian anda. Jangan izinkan hal ini berlaku
[Gambar pada muka surat 29]
Bermain cinta, atau melayan orang yang berbuat demikian, boleh menjurus ke haluan zina