Ingatkah Anda?
Ingatkah Anda?
Sudahkah anda membaca isu-isu majalah pembelajaran yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:
Bagaimanakah contoh Raja Salomo boleh menjadi amaran bagi kita?
Tuhan telah memberkati Raja Salomo dan memberinya banyak tanggungjawab. Namun, Raja Salomo mula menyimpang daripada nasihat yang diberikan oleh Tuhan Yehuwa. Raja Salomo berkahwin dengan puteri raja Mesir yang menyembah berhala, dia telah menjadikan banyak wanita bangsa asing isterinya, dan mereka kemudiannya beransur-ansur menyebabkan Raja Salomo menyembah berhala. Kita perlu berwaspada agar sikap atau kecenderungan buruk tidak berakar dalam diri kita. (Ul. 7:1-4; 17:17; 1 Raj. 11:4-8)—12/15, muka 10-12.
Apakah yang menunjukkan bahawa sejak abad pertama, sentiasa ada orang Kristian terurap yang sejati di bumi?
Dalam perumpamaan Yesus tentang “gandum” dan “lalang,” “benih yang baik” melambangkan Kristian terurap sejati. (Mat. 13:24-30, 38) Lalang akan tumbuh bersama gandum sehingga masa menuai. Meskipun kita tidak pasti siapa yang pernah terangkum dalam golongan gandum, namun kita pasti bahawa golongan gandum wujud sejak abad pertama sehingga zaman kita.—1/15, muka 7.
Bagaimanakah kita dapat mengatasi kecenderungan untuk berasa iri hati?
Langkah-langkah berikut boleh membantu kita: Berusaha memupuk kasih sesama saudara, bergaul dengan penyembah Tuhan, berikhtiar berbuat baik, dan “bersukacitalah dengan mereka yang bersukacita.” (Rm. 12:15)—2/15, muka 16-17.
Apakah prinsip-prinsip yang harus kita ingat semasa memberikan nasihat?
Kita perlu memahami keadaan yang sebenar. Jangan menjawab dengan terburu-buru. Dengan rendah hati, terapkan Firman Tuhan. Gunakan bahan bacaan yang ada. Elakkan daripada membuat keputusan bagi orang lain.—3/15, muka 7-9.