Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Tunjukkan Kasih

Tunjukkan Kasih

Masalahnya

Sebagaimana masa dan usaha diperlukan untuk menyembuhkan penyakit, masa dan usaha juga diperlukan untuk membuang sikap prasangka. Bagaimanakah anda dapat mencabut sikap prasangka dari hati anda?

Prinsip Bible

“Hendaklah kamu mengenakan kasih, kerana kasih ialah ikatan yang menyatupadukan orang dengan sempurna.”​—KOLOSE 3:14.

Apakah maksudnya? Apabila kita berbuat baik kepada seseorang, kita akan menjadi lebih rapat dengannya. Apabila kasih kita terhadap orang lain semakin bertambah, sikap prasangka dan rasa benci kita terhadap mereka akan semakin berkurang.

Apa yang Dapat Anda Lakukan

Jika anda berpandangan buruk terhadap golongan tertentu, fikirkan bagaimana anda dapat menunjukkan kasih terhadap mereka dalam hal-hal yang kecil seperti:

Setiap kali anda berusaha menunjukkan kasih biarpun dalam hal yang kecil, anda sedang mencabut sikap prasangka dari hati anda

  • Bersikap sopan terhadap mereka dengan membuka pintu untuk mereka atau dengan memberi mereka tempat duduk semasa menaiki pengangkutan awam.

  • Berbual dengan mereka tentang hal seharian, biarpun mereka tidak fasih menuturkan bahasa anda.

  • Bersabar apabila anda tidak memahami mengapa mereka bertindak dalam cara tertentu.

  • Bersimpati terhadap mereka apabila mereka bercakap tentang masalah mereka.