SUAMI ISTERI
1: Komitmen
MAKSUDNYA
Suami isteri yang memiliki komitmen akan menganggap perkahwinan sebagai ikatan yang kekal. Sikap sebegitu membuat kedua-dua pihak berasa selamat kerana mereka yakin bahawa pasangan mereka akan tetap setia, bahkan semasa kesusahan melanda.
Sesetengah pasangan tetap bersama kerana tekanan daripada keluarga atau masyarakat. Namun, komitmen yang berdasarkan kasih dan hormat jauh lebih baik.
PRINSIP BIBLE: ‘Seorang suami tidak patut meninggalkan isterinya.’—1 Korintus 7:11.
“Jika kamu ada komitmen dalam perkahwinan, kamu tidak akan cepat tersinggung. Kamu akan cepat memaafkan dan cepat meminta maaf. Kamu akan pandang masalah sebagai halangan, bukan penamat perkahwinan.”—Micah.
MENGAPA PENTING
Semasa masalah timbul, pasangan yang tiada komitmen akan berfikir, “Kami tidak serasi,” dan akan mula cari jalan untuk mengakhiri perkahwinan mereka.
“Ramai orang yang melangkah ke alam perkahwinan berfikir bahawa mereka boleh bercerai jika perkahwinan mereka tidak berjaya. Fikiran sebegini menunjukkan bahawa mereka kurang komitmen dari awal lagi.”—Jean.
LANGKAH-LANGKAH
UJILAH DIRI
Semasa tengah bertengkar . . .
-
Adakah anda menyesal kerana berkahwin dengan pasangan anda?
-
Adakah anda berangan-angan hendak hidup bersama orang lain?
-
Adakah anda mengucapkan kata-kata seperti, “Saya akan tinggalkanmu” atau “Saya akan cari orang lain yang hargai saya”?
Jika anda menjawab “ya” kepada mana-mana soalan tadi, sekaranglah masanya untuk menguatkan komitmen anda.
BINCANGLAH DENGAN PASANGAN ANDA
-
Adakah komitmen dalam perkahwinan kita berkurang? Jika ya, mengapa?
-
Apakah yang dapat kita lakukan sekarang untuk menguatkan komitmen kita?
TIP
-
Dari masa ke masa, tuliskan nota cinta kepada pasangan anda
-
Tunjukkan komitmen anda: Paparkan gambar pasangan anda di meja tempat kerja
-
Semasa di tempat kerja atau berjauhan, hubungilah pasangan anda setiap hari
PRINSIP BIBLE: “Mereka yang telah disatukan oleh Tuhan tidak boleh dipisahkan oleh manusia.”—Matius 19:6.