DUNIA YANG PENUH MASALAH
3 | Kuatkan Hubungan dengan Orang Tersayang
MENGAPA PENTING
Apabila masalah dunia bertambah, hal itu membuat banyak orang runsing. Tanpa disedari, mereka mungkin menjauhkan diri daripada orang tersayang.
-
Orang mengasingkan diri daripada kawan-kawan.
-
Suami isteri lebih sering melayan satu sama lain dengan buruk.
-
Ibu bapa jarang atau langsung tidak memberikan perhatian kepada masalah anak mereka.
Apa yang Perlu Anda Tahu
-
Sahabat penting kerana mereka dapat bantu kita menjaga kesihatan fizikal dan emosi, terutamanya pada masa yang susah.
-
Masalah di dunia boleh menimbulkan cabaran yang tidak dijangkakan dalam keluarga anda.
-
Laporan berita yang buruk dapat membuat anak-anak berasa lebih takut.
Apa yang Dapat Anda Lakukan Sekarang
Bible kata: “Sahabat sejati sentiasa menunjukkan kasih; sahabat sejati bagaikan saudara kandung yang dapat diharapkan pada masa kesusahan.”—Amsal 17:17.
Sahabat kita dapat menyokong kita dan memberi kita nasihat yang baik. Jika anda tahu bahawa ada orang ambil berat tentang anda, hal itu pun dapat menguatkan tekad anda untuk menghadapi cabaran seharian.