Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Ingatkah Anda?

Ingatkah Anda?

Sudahkah anda membaca majalah-majalah Menara Pengawal yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

Apakah yang harus dilakukan oleh para saudara seperti penyelia litar dan penatua apabila mereka mendapat arahan daripada organisasi Tuhan?

Mereka harus menunjukkan ketaatan. Mereka boleh tanya diri, “Adakah saya membantu membina kerohanian orang di sekeliling saya? Adakah saya segera menerima dan mentaati arahan yang diberikan?”​—w16.11, ms. 11.

Bilakah orang Kristian sejati menjadi tawanan Babilon Besar?

Hal ini berlaku tidak lama selepas kematian para rasul. Golongan pemimpin gereja yang dibentuk bekerja rapat dengan kerajaan Roma untuk menyekat orang Kristian sejati. Menjelang tahun 1914, umat Tuhan yang diurapi mula melepaskan diri daripada Babilon Besar.​—w16.11, ms. 23-25.

Apakah perbezaan antara menumpukan fikiran kepada “keinginan tubuh” dengan menumpukan fikiran kepada “hal-hal yang selaras dengan daya aktif Tuhan”? (Rm. 8:4, 6)

Orang yang bertumpu kepada keinginan tubuh mengutamakan hal-hal yang diingininya. Perbuatan sedemikian mengakibatkan kematian. Orang yang bertumpu kepada hal-hal yang selaras dengan daya aktif Tuhan mengutamakan Tuhan dan fikiran-Nya. Haluan hidupnya dibimbing oleh daya aktif Tuhan dan membawa kehidupan serta kedamaian.​—w16.12, ms. 15-17.

Apakah beberapa langkah praktikal untuk mengurangkan kekhuatiran?

Mengenal pasti perkara-perkara yang lebih penting, mempunyai pandangan realistik, menetapkan masa untuk bersendirian, menikmati ciptaan Yehuwa, bergurau senda, bersenam secara tetap, dan mendapat tidur yang cukup.​—w16.12, ms. 22-23.

Bagaimanakah “Henokh dipindahkan supaya dia tidak menderita ketika dia mati”? (Ibr. 11:5)

Nampaknya, Yehuwa telah menyebabkan dia tidur dalam kematian secara beransur-ansur supaya dia tidak sedar bahawa dia sedang meninggal.​—wp17.1, ms. 12-13.

Mengapakah kerendahan hati penting?

Orang yang rendah hati menyedari keterbatasan sendiri. Mereka tidak menganggap diri terlalu penting dan mengambil kira perasaan orang lain.​—w17.01, ms. 18.

Apakah yang membuktikan bahawa Badan Pimpinan dibimbing oleh Tuhan pada abad pertama dan sekarang?

Daya aktif Tuhan telah membantu Badan Pimpinan untuk memahami kebenaran. Mereka dibantu oleh malaikat semasa menjaga kerja penyebaran sedunia. Mereka juga memberikan bimbingan berdasarkan Firman Tuhan.​—w17.02, ms. 26-28.

Apakah faktor yang menjadikan tebusan begitu bernilai?

Empat faktor itu ialah: Siapa pemberinya, sebab tebusan diberikan, apa yang dikorbankan, dan sebab kurniaan ini amat diperlukan. Kita harus merenungkan faktor-faktor ini.​—wp17.2, ms. 4-6.

Selepas membuat keputusan, patutkah orang Kristian mengubah fikiran?

Kita harus menepati janji, tetapi ada kalanya kita perlu mempertimbangkan semula sesetengah keputusan kerana terdapat perubahan dalam situasi atau maklumat yang baharu. Contohnya selepas orang Niniwe bertaubat, Tuhan mengubah keputusan-Nya untuk menghukum mereka.​—w17.03, ms. 16-17.

Mengapakah kata-kata negatif sangat bahaya?

Menyebarkan kata-kata negatif ibarat menambahkan minyak kepada api. Ingatlah, tidak kira kita berada di pihak yang betul atau salah, percakapan yang buruk hanya akan mengeruhkan keadaan.​—w17.04, ms. 21.