Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PROJEK PEMBELAJARAN

Menunjukkan Keberanian semasa Menghadapi Tekanan

Menunjukkan Keberanian semasa Menghadapi Tekanan

Baca Yeremia 38:​1-13 untuk belajar daripada keberanian Nabi Yeremia dan sida-sida yang bernama Ebed-melekh.

Kajilah konteksnya dengan lebih mendalam. Bagaimanakah Yeremia menunjukkan keberanian semasa menyebarkan perkhabaran daripada Yehuwa? (Yer. 27:​12-14; 28:​15-17; 37:​6-10) Apakah reaksi orang ramai?​—Yer. 37:​15, 16.

Kajilah butirannya dengan lebih mendalam. Apakah tekanan yang dihadapi oleh Yeremia? (jr-IN 26-27 ¶20-22) Kajilah bagaimana perigi pada zaman Bible digunakan dan apa bentuknya. (it-2-IN 470) Apakah mungkin perasaan Yeremia semasa dia berada di dalam perigi yang berlumpur? Apakah yang mungkin membuat Ebed-melekh berasa takut?​—w12-IN 1/5 31 ¶2-3.

Kenal pasti pengajarannya. Tanyalah diri:

  • “Bagaimanakah kisah ini mengajar saya tentang cara Yehuwa melindungi umat-Nya yang setia?” (Mzm. 97:10; Yer. 39:​15-18)

  • “Bilakah saya perlu menunjukkan keberanian?”

  • “Bagaimanakah saya dapat menjadi lebih berani untuk melakukan apa yang betul semasa menghadapi tekanan?”(w11-IN 1/3 30) a

a Untuk maklumat lanjut tentang projek pembelajaran, lihat “Tip Pembelajaran” dalam majalah Menara Pengawal terbitan Julai 2023.