Apakah Ajaran Bible?
Siapakah atau apakah itu Iblis?
ADAKAH IBLIS . . .
Makhluk roh?
Lambang kejahatan dalam diri seseorang?
Wujud dalam imaginasi orang?
JAWAPAN BIBLE
Iblis bercakap dengan Yesus dan “menggodanya.” (Matius 4:1-4) Jadi, Iblis bukan hanya rekaan semata-mata atau melambangkan kejahatan. Dia ialah makhluk roh yang jahat.
HAL LAIN YANG KITA PELAJARI DARIPADA BIBLE
Pada asalnya, Iblis ialah malaikat yang suci. Namun, “dia tidak berpegang teguh pada kebenaran.” (Yohanes 8:44) Dia mula menipu dan menentang Tuhan.
Malaikat lain menyertai pemberontakan Syaitan.—Wahyu 12:9.
Iblis membuat orang percaya bahawa dia tidak wujud.—2 Korintus 4:4.
Dapatkah Iblis mengawal orang?
SESETENGAH ORANG BERKATA mustahil kita dikawal oleh Iblis. Ada pula berasa takut dirasuk oleh roh jahat. Apakah pendapat anda?
JAWAPAN BIBLE
“Seluruh dunia berada di bawah kuasa Si Jahat.” (1 Yohanes 5:19) Syaitan memang dapat mempengaruhi manusia, tetapi dia tidak mengawal setiap orang.
HAL LAIN YANG KITA PELAJARI DARIPADA BIBLE
Iblis menggunakan tipu muslihat untuk mempengaruhi orang.—2 Korintus 11:14.
Roh jahat kadangkala merasuk orang.—Matius 12:22.
Dengan bantuan Tuhan, anda akan berjaya ‘melawan Iblis.’—Yakobus 4:7.