Apakah Manfaat Berdoa?
Pamela yang menghidap kanser telah berusaha mendapatkan rawatan perubatan. Pada masa yang sama, dia juga memohon agar Tuhan meneguhkannya. Adakah doanya dijawab?
“Semasa menjalani rawatan kanser, saya rasa sangat takut dan risau,” kata Pamela. “Tetapi, semasa saya berdoa kepada Tuhan Yehuwa, saya rasa sangat tenang dan dapat berfikir dengan jelas. Memang saya masih rasa sakit, tapi doa membantu saya bersikap positif. Semasa orang tanya khabar, saya akan jawab, ‘Saya tidak sihat, tapi semangat saya masih kuat!’”
Kita tidak perlu tunggu sehingga nyawa kita terancam untuk berdoa. Tidak kira kita menghadapi cabaran yang besar mahupun kecil, kita pasti menghargai bantuan untuk menanganinya. Dapatkah doa membantu kita?
Bible kata, “Serahkanlah bebanmu kepada Yehuwa, dan Dia akan memeliharamu. Dia tidak sekali-kali membiarkan orang yang baik jatuh.” (Mazmur 55:22) Kata-kata itu sungguh menyentuh hati, bukan? Semasa anda berdoa kepada Tuhan dalam cara yang betul, Dia akan membantu anda menangani cabaran hidup.—Lihat kotak “ Manfaat Doa.”