Cara Mengatasi Perasaan Tidak Yakin
SEORANG bayi yang baru lahir tidak berdaya. Apabila lahir, kita bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa. Sewaktu mula berjalan, kita berasa takut apabila melihat orang dewasa yang tidak dikenali. Tetapi semasa memegang tangan ibu atau bapa, kita berasa selamat.
Semasa kecil, perkembangan kita bergantung pada kasih dan galakan daripada ibu bapa. Apabila ibu bapa mengasihi kita, kita berasa lebih yakin. Kita membuat kemajuan apabila dipuji oleh mereka.
Semasa remaja, sahabat karib membuat kita berasa selamat. Kita berasa selesa bersama mereka dan tidak terlalu takut semasa di sekolah.
Semua ini ialah apa yang kita inginkan semasa muda. Namun tidak ramai remaja yang mempunyai kawan rapat, dan mereka tidak mendapat sokongan ibu bapa. Melissa * berkata, “Apabila saya melihat gambar sebuah keluarga yang melakukan aktiviti bersama-sama, saya berharap bahawa saya juga mempunyai pengalaman yang serupa semasa kecil.” Adakah anda juga berasa begitu?
MASALAH SEMASA DIBESARKAN
Semasa membesar, anda mungkin berasa kurang yakin. Anda mungkin tidak menerima kasih dan galakan yang secukupnya. Atau anda terkenang kembali pergaduhan antara ibu bapa sehingga mereka bercerai. Anda mungkin menyalahkan diri atas perceraian itu. Lebih teruk lagi, ibu atau bapa anda mungkin pernah mendera anda secara fizikal atau melalui kata-kata.
Apakah yang dilakukan oleh anak yang mengalami tragedi sebegini? Ada yang mengambil dadah atau minum alkohol secara berlebihan. Yang lain pula menyertai kumpulan gengster kerana ingin diterima orang. Sesetengah remaja terburu-buru menjalin hubungan romantik kerana ingin dikasihi. Namun, hubungan sedemikian biasanya tidak tahan lama dan menyebabkan hati mereka lebih terganggu.
Remaja yang mengelakkan bahaya sedemikian masih menghadapi masalah harga diri. Ana berkata, “Saya berasa diri saya tidak berguna kerana ibu berulang kali memberitahu saya hal itu. Seingat saya, dia tidak pernah memuji atau mengasihi saya.”
Cara kita dibesarkan bukanlah satu-satunya sebab kita berasa tidak yakin. Kita mungkin berasa sedemikian kerana mengalami perceraian, cabaran lanjut usia, atau risau akan penampilan. Tidak kira apa sebabnya, hal ini mengancam kebahagiaan dan menjejaskan hubungan kita dengan orang lain. Bagaimanakah kita dapat mengatasi perasaan itu?
TUHAN MENGAMBIL BERAT TENTANG KITA
Kita perlu sedar bahawa kita boleh dibantu. Ada satu individu yang dapat dan ingin membantu kita, iaitu Tuhan.
Melalui nabi Yesaya, Tuhan berkata, ‘Jangan cemas kerana Akulah Tuhan kamu. Aku akan menguatkan dan menolong kamu; Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu.’ (Yesaya 41:10, 13) Betapa leganya kerana Tuhan seolah-olah ingin memegang tangan kita! Kita tidak perlu berasa risau!
Bible menceritakan tentang umat Tuhan yang berasa risau tetapi kemudiannya belajar untuk bergantung pada Tuhan. Hana berasa dirinya tidak berguna kerana tidak dapat melahirkan anak. Dia selalu diejek kerana dia mandul. Akibatnya, Hana hilang selera makan dan selalu menangis. (1 Samuel 1:6, 8) Tetapi selepas meluahkan perasaannya kepada Tuhan, dia tidak lagi berasa sedih.—1 Samuel 1:18.
Pemazmur Daud juga pernah berasa kurang yakin. Selama bertahun-tahun, Raja Saul mengejarnya dan ingin membunuhnya. Walaupun Daud selamat, masalahnya menyebabkan dia berasa tidak berdaya. (Mazmur 55:4-6; 69:2) Namun, dia berkata, ‘Aku berbaring dan tidur dengan tenteram; Engkau sahaja, ya Yehuwa, yang memelihara aku dengan aman.’—Mazmur 4:9.
Hana dan Daud meluahkan kekhuatiran mereka kepada Yehuwa, dan Dia telah membantu mereka. (Mazmur 55:23) Bagaimanakah kita dapat meniru mereka?
TIGA CARA UNTUK BERASA TENTERAM
1. Bergantung pada Bapa Yehuwa.
Yesus menggalakkan kita untuk mengenali Bapanya, iaitu “satu-satunya Tuhan yang benar.” (Yohanes ) Rasul Paulus berkata, “Dia sebenarnya tidak jauh daripada kita masing-masing.” ( 17:3Kisah 17:27) Yakobus menulis, “Hampirilah Tuhan dan Dia pun akan menghampiri kamu.”—Yakobus 4:8.
Kita harus sedar bahawa Bapa yang di syurga mengasihi dan peduli terhadap kita. Hal ini merupakan langkah penting untuk mengatasi perasaan risau. Memang, masa diperlukan untuk bergantung pada Yehuwa. Namun, banyak orang mendapat manfaat kerana melakukannya. Caroline berkata, “Apabila saya menerima Yehuwa sebagai Bapa, saya akhirnya dapat meluahkan isi hati kepada-Nya. Saya berasa sangat lega!”
Rachel berkata, “Yehuwalah yang membantu saya untuk berasa selamat apabila ditinggalkan berseorangan tanpa ibu bapa. Saya dapat bercakap kepada-Nya dan memohon bantuan-Nya. Dia telah membantu saya.” *
2. Mendapatkan keluarga rohani.
Yesus mengajar pengikutnya untuk melayan satu sama lain sebagai saudara saudari. Dia berkata, “Kamu semua bersaudara.” (Matius 23:8) Dia ingin semua pengikutnya mengasihi satu sama lain dan menjadi sebuah keluarga rohani yang besar.—Matius 12:48-50; Yohanes 13:35.
Sidang Saksi-Saksi Yehuwa berusaha mewujudkan sebuah keluarga rohani yang ramah dan melegakan. (Ibrani 10:24, 25) Banyak orang mendapati bahawa perjumpaan di sidang bagaikan ubat yang menyembuhkan luka emosi.
Eva berkata, “Saya ada seorang sahabat karib dalam sidang. Dia memahami keperitan saya. Dia mendengarkan saya, membacakan ayat-ayat Bible kepada saya, dan berdoa bersama saya. Dia memastikan saya tidak berseorangan. Kami berbincang tentang perkara yang saya hadapi dan hal ini mengurangkan beban saya. Sokongannya membantu saya berasa lebih yakin.” Rachel berkata, “Saya telah menemui ‘ibu bapa’ dalam sidang. Saya berasa dikasihi dan selamat di sidang.”
3. Tunjukkan kasih dan kebaikan.
Jika kita menunjukkan kasih dan kebaikan kepada orang, kita dapat membina persahabatan yang kekal. Yesus berkata, “Lebih berbahagia Kisah 20:35) Semakin kerap kita menunjukkan kasih, semakin kerap kita menerimanya. Yesus memberitahu pengikutnya: “Amalkanlah tabiat memberi dan orang lain juga akan memberi kepada kamu.”—Lukas 6:38.
memberi daripada menerima.” (Kita akan berasa lebih yakin dengan menunjukkan dan menerima kasih. Bible menyatakan, “Kasih itu abadi.” (1 Korintus 13:8) María berkata, “Saya tahu bahawa fikiran negatif tentang diri saya itu tidak benar. Saya dapat mengatasi fikiran negatif dengan membantu orang lain dan tidak bertumpu kepada diri sendiri. Saya sentiasa berasa puas apabila saya melakukan sesuatu bagi orang lain.”
KETENANGAN MINDA BAGI SEMUA
Tiga langkah di atas bukanlah “formula ajaib” untuk mendapatkan kelegaan yang segera dan kekal. Namun langkah tersebut dapat membawa perubahan yang besar. Caroline berkata, “Saya masih berasa kurang yakin. Namun kini saya ada harga diri. Saya tahu Tuhan peduli tentang saya, dan saya ada banyak kawan baik yang menghargai saya.” Rachel berkata, “Ada kalanya, perasaan pilu menyelubungi hati saya. Tetapi saya boleh mendapatkan nasihat daripada saudara saudari rohani. Mereka membantu saya berfikiran positif. Yang paling penting, saya boleh bercakap dengan Bapa di syurga setiap hari. Hal ini banyak membantu saya.”
Bible menyebut tentang dunia baru. Di sana, setiap orang akan berasa selamat
Bible berkata bahawa segala masalah akan diselesaikan di dunia baru. Di sana, setiap orang akan berasa selamat. Bible berjanji, “Semua orang akan hidup aman di ladang anggur dan kebun ara mereka; tiada sesiapa pun akan menakutkan mereka.” (Mikha 4:4) Pada masa itu, tiada sesiapa pun yang akan menyakiti kita. Trauma masa lalu “akan dilupakan sama sekali.” (Yesaya 65:17, 25) Tuhan dan Anak-Nya, Yesus, akan membawa dunia baru di mana semua “orang melakukan apa yang benar.” Keadaan di sana “akan menjadi aman dan tenteram selama-lamanya.”—Yesaya 32:17.
^ per. 5 Semua nama telah diubah.
^ per. 21 Saksi-Saksi Yehuwa menawarkan pembelajaran Bible yang percuma kepada mereka yang ingin mendekat kepada Tuhan.