BAB 4
Siapakah Yesus Kristus?
1, 2. (a) Jika anda hanya tahu nama seseorang, adakah itu bermaksud anda betul-betul mengenalinya? Jelaskan. (b) Apakah yang dikatakan orang tentang Yesus?
TERDAPAT banyak orang yang terkenal di dunia ini. Anda mungkin tahu nama seseorang yang terkenal, tetapi anda tidak semestinya mengenalinya dengan baik. Contohnya, anda mungkin tidak tahu tentang kehidupannya atau sifat-sifatnya secara terperinci.
2 Anda mungkin pernah mendengar tentang Yesus Kristus, seorang yang hidup di bumi kira-kira 2,000 tahun lalu. Tetapi ramai orang tidak mengenali sifat-sifatnya. Ada yang berkata dia orang baik, yang lain berkata dia seorang nabi, dan ada juga yang percaya bahawa dia ialah Tuhan. Bagaimana pula dengan anda?—Lihat Penjelasan 12.
3. Mengapakah anda perlu mengenali Tuhan Yehuwa dan Yesus Kristus?
3 Mengapakah anda perlu mengetahui kebenaran tentang Yesus? Bible berkata, “Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang Engkau utus, maka mereka mendapat kehidupan kekal.” (Yohanes 17:3) Ya, jika anda mempelajari kebenaran tentang Yehuwa dan Yesus, anda dapat hidup selama-lamanya di bumi firdaus. (Yohanes 14:6) Cara Yesus hidup dan melayan orang juga ialah teladan yang terbaik bagi kita. (Yohanes 13:34, 35) Dalam Bab 1, kita sudah mempelajari kebenaran tentang Tuhan. Sekarang, mari kita melihat ajaran Bible tentang Yesus.
KAMI SUDAH MENJUMPAI MESIAS!
4. Apakah maksud perkataan “Mesias” dan “Kristus”?
4 Lama sebelum Yesus lahir, Yehuwa sudah berjanji untuk mengutus Mesias, atau Kristus. “Mesias” ialah perkataan bahasa Ibrani, dan “Kristus” ialah perkataan bahasa Yunani. Dua gelaran itu merujuk kepada orang yang dipilih oleh Tuhan dan diberi kedudukan yang istimewa. Mesias akan membuat semua janji Tuhan berlaku. Jadi, sebelum Yesus lahir, banyak orang bertanya, “Siapakah Mesias?”
5. Adakah murid-murid Yesus percaya bahawa dia ialah Mesias?
5 Murid-murid Yesus yakin bahawa dialah Mesias yang dijanjikan. (Yohanes 1:41) Contohnya, Simon Petrus berkata kepada Yesus, “Guru ialah Kristus.” (Matius 16:16) Mengapakah kita yakin bahawa Yesus ialah Mesias?
6. Bagaimanakah Yehuwa membantu orang yang rendah hati untuk mengenal pasti Mesias?
6 Lama sebelum Yesus lahir, nabi-nabi Tuhan sudah mencatatkan banyak maklumat untuk membantu orang mengenal pasti Mesias. Fikirkan contoh ini: Anda diminta pergi ke stesen bas yang sesak untuk menyambut seseorang yang tidak pernah anda jumpa. Jika anda diberi gambaran yang terperinci tentang orang itu, anda dapat mencarinya. Begitu juga, Yehuwa menyuruh nabi-nabi-Nya menulis apa yang akan dilakukan Mesias dan apa yang akan terjadi kepadanya. Apabila semua nubuat itu berlaku, orang yang rendah hati sedar bahawa Yesus ialah Mesias.
7. Sebutkan dua nubuat yang membuktikan bahawa Yesus ialah Mesias.
Mikha 5:2) Itulah tempat lahir Yesus! (Matius 2:1, 3-9) Kedua, Nabi Daniel menubuatkan bahawa Mesias akan muncul pada tahun 29 M. (Daniel 9:25) Ada banyak lagi nubuat yang membuktikan bahawa Yesus memang ialah Mesias.—Lihat Penjelasan 13.
7 Mari kita melihat dua nubuat tentang Mesias. Pertama, 700 tahun sebelum Yesus lahir, Nabi Mikha berkata bahawa Mesias akan lahir di Betlehem, sebuah pekan yang kecil. (8, 9. Semasa Yesus dibaptis, apakah yang membuktikan bahawa dia ialah Mesias?
8 Yehuwa menyatakan dengan jelas bahawa Yesus ialah Mesias. Tuhan berjanji untuk memberi Yohanes Pembaptis suatu tanda supaya dia tahu siapa ialah Mesias. Apabila Yesus berjumpa dengan Yohanes untuk dibaptis di Sungai Yordan pada tahun 29 M, Yohanes nampak tanda itu. Bible berkata, “Selepas Yesus dibaptis, dia segera keluar dari air. Tiba-tiba, langit terbuka, dan Yohanes nampak kuasa suci Tuhan turun seperti burung merpati ke atasnya. Kemudian kedengaran suara dari langit yang berkata, ‘Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Aku berkenan kepadanya.’” (Matius 3:16, 17) Sewaktu Yohanes nampak tanda itu, dia tahu bahawa Yesus ialah Mesias. (Yohanes 1:32-34) Pada hari Yehuwa mencurahkan kuasa suci-Nya ke atas Yesus, dia , orang yang dilantik oleh Tuhan sebagai Pemimpin dan Raja.— menjadi MesiasYesaya 55:4.
9 Nubuat Bible, kata-kata Yehuwa, dan tanda daripada-Nya semasa Yesus dibaptis, membuktikan bahawa Yesus ialah Mesias. Namun, Yesus berasal dari mana? Apakah sifat-sifatnya? Mari kita melihat kata-kata Bible.
YESUS BERASAL DARI MANA?
10. Apakah yang dikatakan Bible tentang kehidupan Yesus sebelum dia datang ke bumi?
10 Bible mengatakan bahawa Yesus telah hidup sangat lama di syurga sebelum datang ke bumi. Mikha berkata bahawa Mesias berasal dari “zaman purba.” (Mikha 5:2) Yesus sendiri juga sering berkata bahawa dia sudah hidup di syurga sebelum dilahirkan sebagai manusia. (Baca Yohanes 3:13; 6:38, 62; 17:4, 5.) Sebelum datang ke bumi, Yesus sudah ada hubungan yang istimewa dengan Yehuwa.
11. Mengapakah Yehuwa begitu mengasihi Yesus?
11 Yehuwa sangat mengasihi Yesus. Mengapa? Sebab Yesus ialah ciptaan pertama Tuhan. Yesus dipanggil “anak sulung antara semua ciptaan.” * (Kolose 1:15) Yesus juga berharga bagi Yehuwa kerana dialah satu-satunya anak yang diciptakan Yehuwa sendiri. Itulah sebabnya dia dipanggil “Anak tunggal-Nya.” (Yohanes 3:16) Hanya Yesus yang digunakan Yehuwa untuk menciptakan semua benda yang lain. (Kolose 1:16) Yesus sahaja yang dipanggil “Firman,” sebab Yehuwa menggunakan dia untuk menyampaikan pesanan dan arahan kepada malaikat dan manusia.—Yohanes 1:14.
12. Bagaimanakah kita tahu Yesus bukan Tuhan?
12 Ada orang percaya bahawa Yesus ialah Tuhan, tetapi itu bukan ajaran Bible. Menurut Bible, Yesus diciptakan. Maksudnya dia ada permulaan. Tetapi Yehuwa ialah Pencipta dan tidak ada permulaan. (Mazmur ) Sebagai Anak Tuhan, Yesus tidak pernah berfikir untuk menjadi sama seperti Tuhan. Bible menyatakan dengan jelas bahawa Bapa lebih besar daripada Anak. (Baca 90:2Yohanes 14:28; 1 Korintus 11:3.) Yehuwalah satu-satunya “Tuhan Yang Maha Kuasa.” (Kejadian 17:1) Dialah yang terbesar dan paling berkuasa di alam semesta.—Lihat Penjelasan 14.
13. Mengapakah Bible berkata bahawa Yesus ialah “gambaran kepada Tuhan yang tidak kelihatan”?
13 Yehuwa dan Anak-Nya Yesus bekerjasama selama berbilion-bilion tahun sebelum langit dan bumi diciptakan. Mereka pasti sangat mengasihi satu sama lain! (Yohanes 3:35; 14:31) Yesus meniru sifat-sifat bapanya dengan begitu baik, sehingga Bible berkata bahawa dia ialah “gambaran kepada Tuhan yang tidak kelihatan.”—Kolose 1:15.
14. Bagaimanakah Anak Yehuwa dilahirkan sebagai manusia?
14 Anak kesayangan Yehuwa rela meninggalkan syurga dan dilahirkan sebagai manusia di bumi. Bagaimanakah hal itu berlaku? Yehuwa memindahkan nyawa Anak-Nya dari syurga ke dalam rahim seorang anak dara yang bernama Maria. Dengan mukjizat itu, Yesus tidak perlu ada bapa di bumi. Maria telah melahirkan seorang anak yang sempurna, yang dinamakan Yesus.—Lukas 1:30-35.
APAKAH SIFAT-SIFAT YESUS?
15. Bagaimanakah anda dapat mengenali Yehuwa dengan lebih baik?
15 Anda dapat belajar tentang Yesus, kehidupannya, dan sifat-sifatnya dengan membaca buku Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes. Yesus meniru Bapanya dengan sempurna, maka apabila anda semakin Yohanes 14:9.
mengenali Yesus, anda juga akan semakin mengenali Yehuwa. Itulah sebabnya Yesus berkata, “Sesiapa yang sudah melihat aku sudah melihat Bapa juga.”—16. Apakah yang diajarkan oleh Yesus? Ajaran Yesus berasal daripada siapa?
16 Banyak orang memanggil Yesus “Guru.” (Yohanes 1:38; 13:13) Salah satu ajaran Yesus yang terpenting ialah “berita baik tentang Kerajaan Tuhan.” Kerajaan itu terletak di syurga dan akan memerintah seluruh bumi, serta akan membawa berkat kepada orang yang taat kepada Tuhan. (Matius 4:23) Semua ajaran Yesus berasal daripada Yehuwa. Yesus berkata, “Apa yang aku ajarkan bukanlah ajaranku, tetapi ajaran Dia yang mengutus aku.” (Yohanes 7:16) Yesus tahu bahawa Yehuwa ingin orang mendengar berita baik itu.
17. Di manakah Yesus mengajar? Mengapakah dia begitu rajin mengajar orang?
17 Di manakah Yesus mengajar? Di semua tempat yang ada orang. Dia mengajar di pekan, kota, kampung, pasar, rumah ibadat, dan di rumah orang. Dia akan mencari orang dan bukannya menunggu orang datang kepadanya. (Markus 6:56; Lukas 19:5, 6) Yesus sangat rajin. Dia menggunakan banyak masa dan tenaga untuk mengajar orang. Mengapa? Kerana itulah kehendak Tuhan, dan Yesus sentiasa taat kepada Bapanya. (Yohanes 8:28, 29) Yesus juga menginjil kerana dia berasa kasihan terhadap orang lain. (Baca Matius 9:35, 36.) Dia tahu para pemimpin agama tidak mengajar orang kebenaran tentang Tuhan dan Kerajaan-Nya. Jadi, Yesus ingin membantu seberapa banyak orang yang mungkin untuk mendengar berita baik.
18. Apakah sifat-sifat Yesus yang paling anda suka?
Markus 10:13-16) Yesus selalu adil. Dia membenci perbuatan yang tidak jujur dan tidak adil. (Matius 21:12, 13) Pada zamannya, wanita tidak diberi banyak hak dan tidak dihormati. Tetapi Yesus sentiasa menghormati mereka dan melayan mereka dengan baik. (Yohanes 4:9, 27) Yesus juga rendah hati. Pernah sekali, dia membasuh kaki para rasulnya, meskipun kerja itu biasanya dibuat oleh hamba.—Yohanes 13:2-5, 12-17.
18 Yesus penyayang dan mengambil berat tentang orang lain. Dia baik hati dan mudah dihampiri. Kanak-kanak pun suka bersamanya. (19. Bagaimanakah kita tahu bahawa Yesus memahami keperluan orang dan ingin membantu mereka?
19 Yesus mengetahui keperluan orang, dan dia ingin membantu mereka. Jadi, dia menggunakan kuasa daripada Tuhan untuk menyembuhkan orang secara mukjizat. (Matius 14:14) Pernah sekali, seorang pesakit kusta datang kepada Yesus dan berkata, “Jika Tuan rela, Tuan dapat menyembuhkan aku.” Hati Yesus tersentuh semasa melihat lelaki yang menderita itu. Dia berasa kasihan terhadapnya dan ingin membantunya. Jadi Yesus menghulurkan tangannya, menyentuh lelaki itu, dan berkata, “Aku rela. Sembuhlah!” Lalu lelaki itu pun sembuh! (Markus 1:40-42) Dapatkah anda bayangkan perasaan lelaki itu?
TETAP SETIA KEPADA BAPANYA
20, 21. Bagaimanakah Yesus menunjukkan bahawa dia sentiasa taat dan setia kepada Tuhan?
20 Yesus ialah teladan yang terbaik bagi kita. Dia sentiasa taat dan setia kepada Bapanya, tidak kira apa yang berlaku atau bagaimana dia dilayan musuh. Matius 4:1-11) Ada ahli keluarga Yesus tidak percaya bahawa dia ialah Mesias dan bahkan mengatakan bahawa “dia sudah gila,” tetapi Yesus tetap melakukan kehendak Tuhan. (Markus 3:21) Semasa dilayan dengan kejam, Yesus tetap setia kepada Tuhan dan tidak pernah membalas kejahatan musuhnya.—1 Petrus 2:21-23.
Contohnya, Yesus tidak berdosa semasa digoda Syaitan. (21 Yesus setia kepada Yehuwa bahkan semasa dia diseksa sehingga mati. (Baca Filipi 2:8.) Fikirkan apa yang berlaku pada hari dia dibunuh. Dia ditangkap dan saksi palsu menuduhnya menghina Tuhan. Kemudian, dia diadili oleh hakim-hakim yang berat sebelah dan diejek oleh orang ramai. Akhirnya dia diseksa oleh askar dan dipakukan pada tiang. Apabila dia hampir mati, dia berseru, “Sudah selesai!” (Yohanes 19:30) Tiga hari selepas Yesus mati, Yehuwa membangkitkannya dan memberinya tubuh roh. (1 Petrus 3:18) Beberapa minggu kemudian, Yesus kembali ke syurga, “duduk di sebelah kanan Tuhan,” dan menunggu masanya dia dilantik sebagai Raja.—Ibrani 10:12, 13.
22. Apakah peluang yang kita ada kerana Yesus setia kepada Bapanya?
22 Kerana Yesus tetap setia kepada Bapanya, kita berpeluang hidup selama-lamanya di bumi firdaus. Dalam bab seterusnya, kita akan belajar bagaimana kematian Yesus membolehkan kita hidup selama-lamanya, seperti yang dikehendaki Tuhan.
^ per. 11 Yehuwa dipanggil Bapa kerana Dia ialah Pencipta. (Yesaya 64:8) Yesus dipanggil Anak Tuhan kerana dia diciptakan oleh Yehuwa. Malaikat dan Adam juga dipanggil anak Tuhan.—Ayub 1:6; Lukas 3:38.