Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

PELAJARAN 7

Tepat dan Meyakinkan

Tepat dan Meyakinkan

Lukas 1:3

RINGKASAN: Kemukakan bukti yang dapat dipercayai untuk membantu pendengar anda membuat kesimpulan yang betul.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Gunakan sumber yang dapat dipercayai. Jadikan Firman Tuhan dasar penyampaian anda dan bacakannya dengan sekerap yang mungkin. Jika anda menyebut fakta sains, laporan berita, pengalaman, atau bukti-bukti lain, pastikan bahawa anda mempunyai maklumat terkini daripada sumber yang dapat dipercayai.

  • Gunakan maklumat dengan sewajarnya. Jelaskan ayat Bible menurut konteksnya, mesej keseluruhan Bible, dan bahan bacaan “hamba yang setia dan bijaksana.” (Mat. 24:45) Jika anda menggunakan maklumat daripada sumber selain organisasi kita, pastikan anda menggunakannya mengikut konteks asal dan tujuan penulis.

  • Huraikan bukti. Selepas membaca ayat Bible atau merujuk kepada sumber maklumat tertentu, gunakan soalan, contoh, atau perumpamaan yang sesuai supaya pendengar dapat faham dan membuat kesimpulan sendiri.