PELAJARAN 5
Apakah Tujuan Tuhan bagi Bumi?
1. Mengapakah Tuhan menciptakan bumi?
Yehuwa memberikan bumi kepada manusia. Bumi ialah rumah kita. Maka, pasangan manusia pertama, Adam dan Hawa, tidak diciptakan untuk hidup di syurga. Tuhan menciptakan malaikat untuk tinggal di syurga. (Ayub 38:4, 7) Sebaliknya, Tuhan menempatkan manusia pertama di sebuah firdaus cantik yang dinamakan Taman Eden. (Kejadian 2:15-17) Yehuwa memberikan harapan hidup abadi di bumi kepada Adam dan keturunannya.—Baca Mazmur 37:29; 115:16.
Pada asalnya, firdaus hanya merangkumi Taman Eden. Adam dan Hawa harus beranak cucu dan menduduki seluruh muka bumi. Secara beransur-ansur, mereka akan menjadikan bumi sebuah firdaus. (Kejadian 1:28) Bumi tidak sekali-kali akan dimusnahkan. Bumi akan sentiasa menjadi rumah manusia.—Baca Mazmur 104:5.
Tonton video Mengapakah Tuhan Menciptakan Bumi?
2. Mengapakah bumi bukan firdaus sekarang?
Adam dan Hawa mengingkari Yehuwa, jadi Dia mengusir mereka keluar dari Taman Eden. Akibatnya firdaus hilang, dan tiada orang yang dapat memulihkannya. Bible menyatakan, “Bumi telah diserahkan ke dalam tangan orang jahat.”—Ayub 9:24.—Baca Kejadian 3:23, 24.
Adakah Yehuwa berputus asa dan melupakan tujuan asal-Nya untuk manusia? Tidak! Dia Tuhan Yang Maha Kuasa. Dia tidak akan gagal. (Yesaya 45:18) Dia pasti mencapai tujuan asal-Nya bagi manusia.—Baca Mazmur 37:11, 34.
3. Bagaimanakah firdaus akan dipulihkan?
Bumi akan kembali menjadi firdaus semasa Yesus memerintah sebagai raja yang dilantik Tuhan. Dalam sebuah perang yang dipanggil Armagedon, Yesus akan memimpin malaikat-malaikat Wahyu 20:1-3; 21:3, 4.
Tuhan dan memusnahkan semua penentang Tuhan. Kemudian, Yesus akan mengurung Syaitan selama 1,000 tahun. Umat Tuhan akan selamat kerana Yesus akan memimpin dan melindungi mereka. Mereka akan hidup selama-lamanya di bumi firdaus.—Baca4. Bilakah penderitaan akan berakhir?
Bilakah Tuhan akan mengakhiri kejahatan di bumi? Yesus telah memberitahu kita “tanda” penghujung sistem ini. Keadaan dunia sekarang amat berbahaya, dan hal ini menunjukkan bahawa kita sedang hidup pada “penghujung sistem ini.”—Baca Matius 24:3, 7-14, 21, 22.
Semasa Yesus memerintah bumi dari syurga selama 1,000 tahun, dia akan mengakhiri semua penderitaan. (Yesaya 9:6, 7; 11:9) Selain itu, Yesus akan menjadi imam agung yang dapat menghapuskan dosa semua orang yang mengasihi Tuhan. Maka, menerusi Yesus, Tuhan akan melenyapkan penyakit, usia tua, dan kematian.—Baca Yesaya 25:8; 33:24.
5. Siapakah yang akan hidup di firdaus kelak?
Orang yang patuh kepada Tuhan akan hidup di firdaus. (1 Yohanes 2:17) Yesus mengutus para pengikutnya untuk mencari orang yang rendah hati dan mengajar mereka cara mendapat perkenan Tuhan. Hari ini, Yehuwa mengajar jutaan orang agar mereka dapat hidup di bumi firdaus kelak. (Zefanya 2:3) Di Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa, ramai orang mempelajari cara menjadi suami dan bapa, dan isteri dan ibu yang lebih baik. Anak dan ibu bapa yang menyembah Tuhan bersama-sama mendapat manfaat daripada berita baik dalam Bible.—Baca Mikha 4:1-4.