Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Yehuwa

Yehuwa

Nama-Nya

Nama Yehuwa bermaksud “Dia Menyebabkan Menjadi”

Untuk menjaga umat-Nya, apakah peranan yang dimainkan Yehuwa atau Dia dapat menyebabkan diri-Nya menjadi apa?

Mengapakah penyucian nama Tuhan ialah hal yang terpenting?

Mengapakah Yehuwa, Pemerintah Alam Semesta Yang Berdaulat, layak menerima kepatuhan kita?

Sesetengah gelaran Yehuwa

Bapa—Mt 6:9; Yoh 5:21

Gunung Batu—Ul 32:4; Yes 26:4

Pendidik Agung—Yes 30:20

Raja yang kekal—1Ti 1:17; Why 15:3

Tuhan Yang Agung—Ibr 1:3; 8:1

Tuhan Yang Berdaulat—Yes 25:8; Amo 3:7

Tuhan Yang Maha Kuasa—Kej 17:1; Why 19:6

Tuhan Yang Maha Tinggi—Kej 14:​18-22; Mz 7:17

Yehuwa, ketua angkatan syurga—1Sa 1:11

Sesetengah sifat Yehuwa yang mengagumkan

Bagaimanakah Yehuwa menekankan kesucian-Nya, dan bagaimanakah hal itu sepatutnya mempengaruhi penyembah-Nya?

Kel 28:36; Im 19:2; 2Ko 7:1; 1Pt 1:​13-16

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Yes 6:​1-8—Semasa Yesaya melihat penglihatan yang menonjolkan kesucian Yehuwa, dia berasa tidak layak kerana dia tahu dia manusia berdosa. Namun, malaikat mengingatkannya bahawa manusia tidak sempurna pun dapat menjadi bersih di mata Tuhan

    • Rm 6:​12-23; 12:​1, 2—Rasul Paulus menjelaskan bagaimana kita dapat melawan kecenderungan yang berdosa dan menjalani “kehidupan yang suci”

Seberapa hebatkah kuasa Yehuwa, dan apakah beberapa cara Dia menggunakan kuasa-Nya?

Kel 15:​3-6; 2Ta 16:9; Yes 40:​22, 25, 26, 28-31

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ul 8:​12-18—Musa memberitahu orang Israel bahawa mereka menikmati banyak hal baik kerana Yehuwa menggunakan kuasa-Nya untuk memberkati mereka

    • 1Ra 19:​9-14—Yehuwa menunjukkan kuasa-Nya kepada Elia untuk menggalakkan nabi yang tertekan ini

Mengapakah keadilan Yehuwa adalah yang terbaik?

Ul 32:4; Ayb 34:10; 37:23; Mz 37:28; Yes 33:22

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ul 24:​16-22—Seperti yang ditunjukkan dalam Hukum Musa, keadilan Yehuwa selaras dengan belas kasihan dan kasih-Nya

    • 2Ta 19:​4-7—Raja Yehosafat mengingatkan para hakim yang dilantiknya bahawa mereka harus melaksanakan penghakiman Yehuwa, bukan mana-mana manusia

Apakah yang menunjukkan bahawa Yehuwalah yang maha bijaksana?

Mz 104:24; Ams 2:​1-8; Yer 10:12; Rm 11:33; 16:27

Lihat juga Mz 139:14; Yer 17:10

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 1Ra 4:​29-34—Yehuwa memberi Raja Salomo kebijaksanaan yang hebat berbanding semua manusia yang hidup pada zamannya

    • Lu 11:31; Yoh 7:​14-18—Yesus jauh lebih bijaksana daripada Salomo; namun, Yesus dengan rendah hati mengakui Sumber kebijaksanaannya

Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan bahawa kasih ialah sifat-Nya yang terutama?

Yoh 3:16; Rm 8:32; 1Yo 4:​8-10, 19

Lihat juga Zef 3:17; Yoh 3:35

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mt 10:​29-31—Yesus memberikan perumpamaan tentang burung pipit untuk menunjukkan bahawa Yehuwa sangat mengasihi dan menghargai setiap hamba-Nya di bumi

    • Mr 1:​9-11—Yehuwa memberitahu Yesus bahawa Dia mengasihinya dan bangga menjadi Bapanya. Ini contoh baik bagi ibu bapa kerana semua anak ingin mendengar kata-kata itu daripada ibu bapa mereka

Apakah sebab lain yang membuat kita tertarik kepada Yehuwa? Bible menyebut banyak sifat Yehuwa yang mengagumkan, antaranya ialah . . .

Adil dan benar—Mz 7:9

Baik hati—Lu 6:35; Rm 2:4

Berbelas kasihan—Kel 34:6; Yes 49:15; 63:9; Za 2:8

Damai—Flp 4:9

Dia melihat segala sesuatu—2Ta 16:9; Ams 15:3

Gembira—1Ti 1:11

Kekal; tiada permulaan atau akhir—Mz 90:2; 93:2

Mulia; agung—Mz 8:1; 148:13; Why 4:​1-6

Murah hati—Mz 104:​13-15; 145:16

Rendah hati—Mz 18:35

Sabar—Yes 30:18; 2Pt 3:9

Setia—Why 15:4

Tidak berubah; dapat diharapkan—Mal 3:6; Yak 1:17

Apakah hasilnya jika kita mengenali Yehuwa dengan lebih dalam?

Cara menyembah Yehuwa

Apakah yang menunjukkan bahawa Yehuwa tidak meminta kita melakukan sesuatu yang di luar kemampuan kita?

Ul 10:12; Mi 6:8; 1Yo 5:3

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Ul 30:​11-14—Hukum yang diberikan melalui Nabi Musa tidak terlalu susah untuk dipatuhi orang Israel

    • Mt 11:​28-30—Yesus, yang mencerminkan Bapanya, meyakinkan pengikutnya bahawa dia Tuan yang baik

Mengapakan kita patut memuji Yehuwa?

Mz 105:​1, 2; Yes 43:​10-12, 21

Lihat juga Yer 20:9; Lu 6:45; Kis 4:​19, 20

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • Mz 104:​1, 2, 10-20, 33, 34—Apabila melihat ciptaan Yehuwa, pemazmur mendapat banyak sebab untuk memuji-Nya

    • Mz 148:​1-14—Segala ciptaan Yehuwa, termasuk para malaikat, membawa pujian kepada Yehuwa, jadi kita juga patut berbuat demikian

Bagaimanakah kelakuan kita dapat memberikan kesaksian tentang Yehuwa?

Mengapakah kita patut menghampiri Yehuwa?

Bagaimanakah kerendahan hati membantu kita mendekat kepada Tuhan?

Mengapakah pembacaan Bible dan perenungan penting untuk mendekat kepada Yehuwa?

Mengapakah penting untuk hidup selaras dengan apa yang kita pelajari tentang Yehuwa?

Mengapakah kita tidak patut cuba menyembunyikan apa-apa pun daripada Yehuwa?

Ayb 34:22; Ams 28:13; Yer 23:24; 1Ti 5:​24, 25

  • Kisah Bible yang bantu kita:

    • 2Ra 5:​20-27—Gehazi cuba menyembunyikan dosanya, namun Yehuwa membolehkan Elisa mengetahui apa yang telah dilakukannya

    • Kis 5:​1-11—Ananias dan Safira cuba berbohong kepada kuasa suci Tuhan, namun Yehuwa mendedahkan perbuatan mereka dan menghukum mereka