Pertaubatan
Mengapakah semua manusia harus bertaubat daripada dosa mereka dan meminta pengampunan Yehuwa?
Lihat juga Kis 26:20
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Lu 18:9-14—Yesus memberikan perumpamaan untuk menekankan bahawa kita perlu mengakui dosa kita dan memohon bantuan Tuhan
-
Rm 7:15-25—Walaupun Paulus seorang rasul yang mempunyai iman yang teguh, dia rasa susah hati kerana masih perlu bergelut dengan kecenderungan yang berdosa
-
Apakah yang Bible kata tentang perasaan Yehuwa terhadap mereka yang bertaubat?
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Lu 15:1-10—Yesus menggunakan perumpamaan untuk menunjukkan bahawa Yehuwa dan para malaikat bersukacita semasa seorang pendosa bertaubat
-
Lu 19:1-10—Zakheus, seorang ketua pemungut cukai yang memeras orang, bertaubat dan mengubah haluan hidupnya; dia menerima pengampunan dan penyelamatan
-
Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa kita benar-benar bertaubat?
Yeh 18:21-23; Kis 3:19; Ef 4:17, 22-24; Kol 3:5-10
Lihat juga 1Pt 4:1-3
Mengapakah seseorang yang benar-benar bertaubat harus mendapat pengetahuan yang tepat?
Rm 12:2; Kol 3:9, 10; 2Ti 2:25
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
Kis 17:29-31—Paulus menjelaskan kepada orang Atena mengapa penyembahan berhala ialah perbuatan yang bodoh dan menggesa mereka untuk bertaubat
-
1Ti 1:12-15—Sebelum Paulus mempunyai pengetahuan yang tepat tentang Yesus Kristus, dia telah melakukan banyak dosa yang teruk
-
Mengapakah pertaubatan sangat penting?
Mengapakah kita dapat yakin bahawa apabila kita bertaubat, Yehuwa akan mengampuni kita biarpun kita telah melakukan banyak dosa?
Bagaimanakah Yehuwa memperlakukan mereka yang mengakui dosa dan mengubah haluan hidup mereka?
Lihat juga “Belas Kasihan”
Bagaimanakah kita tahu bahawa pertaubatan bukan sekadar berkata minta maaf atau berasa menyesal?
2Ta 7:14; Ams 28:13; Yeh 18:30, 31; 33:14-16; Mt 3:8; Kis 3:19; 26:20
-
Kisah Bible yang bantu kita:
-
2Ta 33:1-6, 10-16—Biarpun Raja Manasye telah melakukan banyak perkara jahat untuk masa yang lama, dia menunjukkan bahawa dia benar-benar bertaubat dengan merendahkan diri, terus berdoa, dan mengubah haluan hidupnya
-
Mz 32:1-6; 51:1-4, 17—Raja Daud menunjukkan pertaubatan dengan benar-benar menyesal atas dosanya terhadap Yehuwa, mengakuinya, dan berdoa
-
Apabila mereka yang berdosa terhadap kita telah bertaubat, mengapakah kita harus mengampuni mereka?
Mt 6:14, 15; 18:21, 22; Lu 17:3, 4
Lihat juga “Mengampuni”