LAMPIRAN
“Jiwa” dan “Roh”—Apakah Maksud Sebenar Kedua-dua Perkataan Ini?
SEMASA anda mendengar perkataan “jiwa” atau “roh,” apakah yang anda fikirkan? Ramai orang percaya bahawa kedua-dua perkataan ini merujuk kepada sesuatu dalam tubuh manusia yang tidak boleh dilihat dan tidak boleh mati. Mereka berpendapat bahawa semasa seseorang mati, sesuatu dalam tubuhnya yang tidak dapat dilihat akan meninggalkan tubuh lalu terus hidup. Oleh sebab kepercayaan ini diterima secara meluas, ramai orang berasa terkejut untuk mempelajari bahawa ajaran ini bukanlah ajaran Bible. Maka menurut Firman Tuhan, apakah itu jiwa, dan apakah itu roh?
PERKATAAN “JIWA” SEPERTI YANG DIGUNAKAN DI DALAM BIBLE
Mula-mula, mari kita bincangkan mengenai “jiwa.” Anda mungkin ingat bahawa pada asalnya, sebahagian besar daripada Bible ditulis dalam bahasa Ibrani dan Yunani. Adakalanya, perkataan Ibrani neʹphesh atau perkataan Yunani psy·kheʹ yang digunakan di dalam Bible diterjemahkan ke dalam Alkitab Berita Baik bahasa Malaysia sebagai “jiwa.” Perkataan neʹphesh dan perkataan psy·kheʹ boleh dijumpai lebih daripada 800 kali dalam teks Bible yang asal, dan merujuk kepada (1) orang, (2) binatang, atau (3) nyawa seseorang atau seekor binatang. Mari kita mengkaji beberapa ayat Bible.
Orang. “Pada masa Nuh . . . hanya lapan orang [Yunani, psy·kheʹ] di bahtera itu, dan mereka diselamatkan.” (1 Petrus 3:20) Di dalam konteks ini, perkataan psy·kheʹ, atau “jiwa” diterjemahkan sebagai “orang” dan merujuk kepada Nuh, isterinya, tiga orang anak lelakinya, serta isteri anak-anaknya. Keluaran 16:16 (ABB) menyatakan arahan yang diberikan kepada orang Israel berkenaan pemungutan manna. Mereka diarahkan, ‘Yehuwa telah memberikan perintah supaya tiap-tiap orang mengumpulkan makanan itu seberapa banyak yang diperlukannya, iaitu sebanyak dua liter bagi setiap anggota [Ibrani, neʹphesh] keluarga.’ Maka jumlah manna yang dikumpulkan bergantung kepada bilangan orang dalam setiap keluarga. Contoh lain dalam Bible tentang penggunaan perkataan neʹphesh atau psy·kheʹ boleh didapati di Kejadian 46:18 (“enam belas orang”); Yosua 11:11 (“semua orang”); Kisah 27:37 (“bilangan orang”); dan Roma 13:1 (“setiap orang”).
Binatang. Dalam kisah penciptaan di dalam Bible, kita membaca, ‘Tuhan berfirman, “Hendaklah air dipenuhi berjenis-jenis makhluk hidup [neʹphesh], dan udara dipenuhi berjenis-jenis burung.” Kemudian Tuhan berfirman, “Hendaklah bumi mengeluarkan semua jenis binatang [neʹphesh] darat: binatang jinak, dan binatang liar yang besar mahupun yang kecil.” Lalu hal itu berlaku.’ (Kejadian 1:20, 24, ABB) Dalam ayat-ayat ini, perkataan Ibrani neʹphesh digunakan untuk merujuk kepada ikan, binatang jinak, dan binatang liar. Burung dan binatang lain juga dipanggil neʹphesh di Kejadian 9:10 (“semua makhluk hidup”); Imamat 11:46 (“segala sesuatu yang hidup”); dan Yehezkiel 47:9 (“segala jenis binatang dan ikan”).
Nyawa atau kehidupan manusia. Kadangkala perkataan Ibrani neʹphesh dan perkataan Yunani psy·kheʹ digunakan untuk merujuk kepada nyawa manusia. Yehuwa memberitahu Musa, “Semua orang yang hendak membunuh engkau [neʹphesh] sudah meninggal.” (Keluaran 4:19) Perhatikan juga kata-kata Yesus, “Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik mengorbankan nyawa [psy·kheʹ] untuk kawanan dombanya.” (Yohanes 10:11, ABB) Yesus menyerahkan jiwa, atau nyawanya, bagi umat manusia. Dalam kedua-dua ayat Bible ini, perkataan Ibrani neʹphesh dan perkataan Yunani psy·kheʹ dengan jelas sekali merujuk kepada nyawa atau kehidupan seseorang. Sila lihat juga Keluaran 21:23 (“nyawa ganti nyawa”); Matius 10:39 (“hidupnya”); dan Kisah 20:10 (“hidup”).
Pembelajaran lanjut tentang Firman Tuhan akan menunjukkan bahawa dalam Bible, ungkapan “tidak boleh mati” atau “kehidupan abadi” tidak mempunyai kaitan dengan perkataan neʹphesh atau psy·kheʹ. Sebaliknya, Bible menunjukkan bahawa neʹphesh dan psy·kheʹ, iaitu “jiwa,” boleh mati.—Yehezkiel 18:4, 20.
PERKATAAN “ROH” SEPERTI YANG DIGUNAKAN DI DALAM BIBLE
Sekarang, mari kita bincangkan penggunaan perkataan “roh” di dalam Bible. Sesetengah orang berasa bahawa “roh”
dan “jiwa” adalah sama. Tetapi, hal ini tidak benar. Bible jelas menunjukkan bahawa “roh” dan “jiwa” merujuk kepada dua perkara yang berbeza. Bible juga mengajarkan bahawa “roh” bukanlah sesuatu yang akan meninggalkan tubuh seseorang yang telah mati lalu terus hidup.Alkitab Berita Baik bahasa Malaysia kadangkala menterjemahkan perkataan Ibrani ruʹach atau perkataan Yunani pneuʹma sebagai “roh.” Sebagai contoh, ayat di Yakobus 2:26 menyatakan bahawa “tubuh tanpa roh [pneuʹma] adalah tubuh yang mati.” Apabila orang membaca ayat ini, mereka berfikir bahawa manusia mempunyai “roh” di dalam tubuh yang akan terus hidup selepas kematian. Tetapi, terjemahan yang lebih tepat bagi ayat ini ialah “tubuh tanpa nafas kehidupan atau daya kehidupan adalah tubuh yang mati.” Dalam Bible yang sama, adakalanya ungkapan yang digunakan bagi ruʹach atau pneuʹma ialah “nafas kehidupan.” Sebagai contoh, berkenaan kematian manusia, Pengkhutbah 12:7 (ABB) menyatakan, ‘Tubuh kita akan kembali menjadi debu di bumi. Nafas kehidupan [ruʹach] kita akan kembali kepada Tuhan yang memberikannya kepada kita.’ Satu lagi contoh boleh didapati di Ayub 34:14, 15 (ABB) yang menyatakan, ‘Jika Tuhan mengambil kembali nafas hidup [ruʹach] mereka, maka matilah semua orang yang bernyawa, dan manusia menjadi debu semula.’ Maka apabila daya hidup meninggalkan tubuh seseorang, tubuh menjadi tidak bernyawa dan akan kembali ke tempat asalnya, iaitu tanah. Hal ini tidak bermaksud bahawa daya hidup seseorang akan pergi ke syurga. Sebaliknya, hal ini menunjukkan bahawa jika seseorang telah mati, satu-satunya harapan bagi dia untuk hidup semula ada dalam tangan Tuhan Yehuwa. Maka ruʹach atau pneuʹma merujuk kepada daya tidak kelihatan yang menghidupkan semua makhluk yang bernyawa.
Mazmur 104:29, tanpa daya kehidupan ini, tubuh kita “binasa, dan kembali ke tanah, menjadi debu semula.” Hanya melalui kuasa Tuhan barulah daya hidup seseorang yang telah mati boleh dipulihkan agar dia dapat hidup semula.—Mazmur 36:10.
Sebagai contoh, fikirkanlah tentang sebuah radio. Jika anda memuatkan bateri ke dalam radio dan memasangkannya, tenaga elektrik dalam bateri akan menghidupkan radio. Walau bagaimanapun, tanpa bateri atau sumber elektrik, radio tidak akan berfungsi. Dalam cara yang sama, daya kehidupan yang menghidupkan tubuh kita adalah seperti tenaga elektrik. Daya kehidupan tidak mempunyai perasaan dan tidak boleh berfikir. Daya ini tidak dipengaruhi oleh perasaan atau bersifat peribadi. Seperti yang dinyatakan diTidakkah anda berasa lega hati kerana Tuhan akan membangkitkan mereka yang ada dalam ingatan-Nya? (Yohanes 5:28, 29) Semasa pembangkitan, Yehuwa akan menciptakan tubuh baru untuk mereka yang sedang tidur dalam kematian dan Dia akan menghidupkan mereka dengan memberikan daya kehidupan kepada mereka. Alangkah besarnya kegembiraan yang dapat mereka nikmati pada masa itu!
Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut tentang penggunaan perkataan “jiwa” dan “roh” dalam Bible, maklumat yang bernilai boleh didapati dalam brosur “Apabila Kita Meninggal” (What Happens to Us When We Die?) dan buku “Bertukar Fikiran” (Reasoning From the Scriptures), muka surat 375-384. Kedua-dua bahan bacaan ini diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa.