BAB DUA BELAS
Amalkan Cara Hidup yang Menyenangkan Hati Tuhan
-
Bagaimanakah anda dapat menjadi sahabat Tuhan?
-
Bagaimanakah cabaran Syaitan melibatkan anda?
-
Apakah tingkah laku yang tidak menyenangkan hati Yehuwa?
-
Bagaimanakah anda dapat mengamalkan cara hidup yang menyenangkan hati Tuhan?
1, 2. Namakan beberapa orang yang dianggap oleh Yehuwa sebagai sahabat karib-Nya.
SIAPAKAH yang akan anda pilih sebagai sahabat anda? Kemungkinan besar anda akan berkawan dengan orang yang mempunyai pendapat, minat, dan nilai-nilai yang sama dengan anda. Anda akan tertarik kepada orang yang mempunyai sifat-sifat murni seperti kejujuran dan kebaikan hati.
2 Sepanjang sejarah manusia, Tuhan telah memilih sesetengah manusia untuk menjadi sahabat karib-Nya. Sebagai contoh, Yehuwa memanggil Abraham sahabat-Nya. (Yesaya 41:8; Yakobus 2:23) Tuhan merujuk kepada Daud sebagai seorang lelaki “yang menyenangkan hati-Ku” kerana dia memiliki sifat-sifat yang disukai oleh Yehuwa. (Kisah 13:22) Yehuwa juga “sangat mengasihi” penubuat Daniel.—Daniel 9:23.
3. Mengapakah Yehuwa memilih sesetengah orang untuk menjadi sahabat-Nya?
3 Mengapakah Yehuwa menganggap Abraham, Daud, dan Daniel sebagai sahabat-Nya? Dia memberitahu Abraham, “Engkau sudah mentaati perintah-Ku.” (Kejadian 22:18) Maka, Yehuwa mendekati mereka yang menurut perintah-Nya dengan rendah hati. Yehuwa berkata kepada orang Israel, ‘Taatilah Aku supaya Aku menjadi Tuhanmu, dan engkau menjadi umat-Ku.’ (Yeremia 7:23) Ya, jika anda mematuhi Yehuwa, anda juga boleh menjadi sahabat-Nya!
YEHUWA MENGUATKAN SAHABATNYA
4, 5. Bagaimanakah Yehuwa “memberikan kekuatan kepada mereka yang setia kepada-Nya”?
4 Fikirkan tentang manfaat menjadi sahabat Tuhan. Bible menunjukkan bahawa Yehuwa sedang mencari peluang untuk “memberikan kekuatan kepada mereka yang setia kepada-Nya.” (2 Tawarikh 16:9) Bagaimanakah Yehuwa dapat memberikan kekuatan kepada anda? Satu cara ditunjukkan di Mazmur 32:8 (ABB). Ayat ini menyatakan, “Aku [Yehuwa] akan menunjukkan jalan yang harus kauikuti. Engkau akan Kubimbing dan Kunasihati.”
5 Tidakkah kata-kata ini menyentuh hati anda? Yehuwa memperlihatkan kasih sayang-Nya dengan memberi anda bimbingan serta perlindungan yang diperlukan seraya anda mengamalkan nasihat-Nya. Tuhan mahu membantu anda mengharungi cubaan dan dugaan hidup dengan berjaya. (Mazmur 55:23) Maka, jika anda menyembah Yehuwa dengan sepenuh hati, anda boleh mempunyai keyakinan seperti penulis mazmur yang berkata, ‘Aku sentiasa sedar akan hadirat Yehuwa; Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku.’ (Mazmur 16:8, ABB; 63:9) Ya, Yehuwa dapat membantu anda untuk mengamalkan cara hidup yang menyenangkan hati-Nya. Tetapi, seperti yang anda tahu, musuh Tuhan ingin menghalang anda daripada berbuat demikian.
CABARAN SYAITAN
6. Apakah dakwaan Syaitan berkenaan manusia?
6 Bab 11 di dalam buku ini menjelaskan bagaimana Syaitan Si Iblis telah mencabar kedaulatan Tuhan. Syaitan mendakwa bahawa Yehuwa telah berdusta dan Dia tidak saksama kerana tidak memberi peluang kepada Adam dan Hawa untuk memutuskan sendiri apa yang betul dan apa yang salah. Selepas Adam dan Hawa berdosa dan bumi mula dipenuhi dengan keturunan mereka, Syaitan mempersoalkan niat semua manusia. “Manusia menyembah Tuhan bukan kerana mereka mengasihi-Nya,” dakwa Syaitan. “Berikanlah aku peluang, dan aku boleh menyebabkan sesiapa pun menentang Tuhan.” Kisah hidup seorang lelaki yang bernama Ayub menunjukkan bahawa Syaitan yakin dia dapat membuktikan dakwaannya. Siapakah Ayub, dan bagaimanakah dia terlibat dalam cabaran yang dibuat oleh Syaitan?
7, 8. (a) Mengapakah Ayub seorang lelaki yang istimewa jika dibandingkan dengan manusia yang hidup sezaman dengannya? (b) Bagaimanakah Syaitan mempersoalkan niat Ayub?
7 Ayub hidup kira-kira 3,600 tahun dahulu. Dia seorang lelaki yang baik. Yehuwa telah berkata tentangnya, ‘Di seluruh bumi tiada orang yang begitu setia dan baik seperti dia. Dia menyembah-Ku dan sungguh berhati-hati supaya tidak berbuat jahat.’ (Ayub 1:8) Ayub menyenangkan hati Tuhan.
8 Syaitan mempersoalkan niat atau tujuan Ayub menyembah Tuhan. Si Iblis berkata kepada Yehuwa, “Engkau selalu melindungi dia [Ayub] serta keluarganya dan segala miliknya. Engkau menjayakan segala usahanya, dan Engkau memberi dia banyak ternakan sehingga memenuhi seluruh negeri. Tetapi, seandainya Engkau mengambil segala miliknya, tentu dia akan mengutuk Engkau secara terang-terang.”—Ayub 1:10, 11, ABB.
9. Bagaimanakah Yehuwa menyambut cabaran Syaitan, dan mengapa?
9 Maka, Syaitan mendakwa bahawa Ayub menyembah Tuhan semata-mata untuk mendapatkan berkat. Si Iblis juga mendakwa bahawa Ayub akan meninggalkan Tuhan jika dia diuji. Bagaimanakah Yehuwa menyambut cabaran Syaitan? Oleh sebab isu ini melibatkan niat hati Ayub, Yehuwa mengizinkan Syaitan untuk menguji Ayub. Dengan demikian, Ayub dapat menunjukkan sama ada dia benar-benar mengasihi Tuhan atau tidak.
AYUB DIUJI
10. Apakah cubaan yang menimpa Ayub, dan apakah reaksinya?
10 Tidak lama kemudian, Syaitan mula menguji Ayub. Sesetengah binatang peliharaan Ayub dicuri, dan yang lain pula dibunuh. Kebanyakan hambanya dibunuh juga. Hal ini telah membawa masalah kewangan kepada Ayub. Musibah tambahan menimpa Ayub apabila kesemua sepuluh orang anaknya terkorban dalam sebuah ribut. Meskipun Ayub terpaksa menempuh peristiwa-peristiwa yang dahsyat ini, ‘Ayub tidak berdosa dan tidak menyalahkan Tuhan.’—Ayub 1:22.
11. (a) Apakah tuduhan kedua yang dilontarkan oleh Syaitan mengenai Ayub, dan apakah yang dilakukan oleh Yehuwa? (b) Meskipun Ayub menderita sejenis penyakit yang menyakitkan, apakah reaksinya?
11 Tetapi, Syaitan tidak berputus asa. Mungkin dia berfikir, “Walaupun Ayub bertabah hati selepas kehilangan harta benda, hamba-hamba, serta anak-anaknya, dia tentu akan meninggalkan Tuhan jika dia jatuh sakit.” Maka Yehuwa mengizinkan Syaitan untuk menyebabkan Ayub menderita sejenis penyakit yang menjijikkan dan menyakitkan. Namun, hal ini juga tidak menggoncang kepercayaan Ayub kepada Tuhan. Sebaliknya, ‘walaupun Ayub menderita, dia tidak mengucapkan kata-kata yang menentang Tuhan.’—Ayub 2:10.
12. Bagaimanakah Ayub menjawab cabaran Si Iblis?
12 Ayub tidak sedar bahawa Syaitan merupakan dalang di sebalik semua musibah yang menimpanya. Oleh sebab Ayub tidak mengetahui butiran tentang cabaran Si Iblis ke atas kedaulatan Yehuwa, Ayub menduga bahawa Tuhan merupakan sumber masalahnya. (Ayub 6:4; 16:11-14) Namun begitu, dia mengekalkan integriti dan kesetiaannya kepada Yehuwa. Maka dakwaan Syaitan bahawa Ayub menyembah Tuhan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri terbukti palsu!
13. Apakah yang berlaku kerana Ayub setia kepada Tuhan?
13 Cabaran Syaitan telah menghina Yehuwa. Tetapi kesetiaan Ayub membantu Yehuwa menjawab cabaran Syaitan yang merupakan tamparan hebat kepadanya. Ayub membuktikan Ayub 42:12-17.
dirinya sebagai sahabat Yehuwa, dan Tuhan memberkati Ayub atas kesetiaannya.—BAGAIMANA ANDA TERLIBAT
14, 15. Mengapakah kita boleh mengatakan bahawa cabaran Syaitan yang melibatkan Ayub melibatkan semua manusia?
14 Isu integriti kepada Tuhan yang diungkit oleh Syaitan tidak melibatkan Ayub sahaja. Anda juga terlibat. Hal ini ditunjukkan di Amsal 27:11 (ABB). Firman Yehuwa menyatakan, “Hai anakku, hendaklah kamu bijak, supaya aku gembira dan dapat menjawab jika dicela.” Kata-kata ini ditulis ratusan tahun selepas kematian Ayub dan menunjukkan bahawa Syaitan masih sedang mencemuh dan mencela Tuhan dan hamba-hamba-Nya. Jika kita hidup selaras dengan kehendak Yehuwa, kita sebenarnya sedang membantu menyangkal tuduhan Syaitan yang palsu. Dengan berbuat demikian, kita dapat menggembirakan hati Tuhan. Tidakkah anda ingin menggembirakan hati Yehuwa? Walaupun anda perlu membuat perubahan dalam kehidupan, tidakkah anda berasa bahawa usaha anda untuk menyangkal tuduhan Si Iblis adalah berbaloi?
15 Syaitan menyatakan bahawa “manusia rela mengorbankan segala milik mereka supaya dapat terus hidup.” (Ayub 2:4) Perhatikan bahawa Syaitan menggunakan perkataan “manusia.” Maka, Syaitan menunjukkan dengan jelas bahawa dakwaannya tidak ditujukan kepada Ayub sahaja tetapi kepada semua manusia. Hal ini sangat penting. Mengapa? Kerana Syaitan juga mempersoalkan integriti anda kepada Tuhan. Si Iblis sangat ingin melihat anda mengingkari Tuhan dan mengabaikan haluan hidup yang adil benar apabila timbulnya kesusahan. Bagaimanakah Syaitan mencuba melaksanakan hal ini?
16. (a) Apakah muslihat-muslihat yang digunakan oleh Syaitan untuk menyebabkan orang meninggalkan Tuhan? (b) Bagaimanakah Si Iblis boleh menggunakan muslihat-muslihat ini untuk menyebabkan anda meninggalkan Tuhan?
16 Seperti yang telah dipelajari di Bab 10, Syaitan menggunakan pelbagai muslihat untuk menyebabkan orang meninggalkan Tuhan. Salah satu muslihat yang digunakannya ialah serangan “seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa.” (1 Petrus 5:8) Maka, pengaruh Syaitan dapat dilihat semasa kawan-kawan, sanak saudara, atau orang lain menentang usaha anda untuk menimba ilmu daripada Bible serta mengamalkan apa yang dipelajari dalam kehidupan anda. * (Yohanes 15:19, 20) Selain itu, Syaitan juga “menyamar seperti malaikat yang gilang-gemilang.” (2 Korintus 11:14) Si Iblis boleh menggunakan kaedah yang licik untuk memperdaya dan mengumpan anda supaya mengabaikan haluan hidup yang menyenangkan hati Tuhan. Dia juga boleh menyebabkan anda berasa tawar hati. Mungkin dia menyebabkan anda berfikir bahawa anda tidak dapat menyenangkan hati Tuhan. Tidak kira sama ada Syaitan menyerang “seperti singa yang mengaum” atau menyamar “seperti malaikat yang gilang-gemilang,” cabaran yang telah diungkit olehnya adalah sama. Dia mendakwa bahawa jika anda menghadapi cubaan atau godaan, anda akan berhenti menyembah Tuhan. Seperti Ayub, bagaimanakah anda dapat menyangkal dakwaannya dan membuktikan integriti anda kepada Tuhan?
PATUHI PERINTAH YEHUWA
17. Apakah sebab utama yang mendorong anda untuk mematuhi perintah Yehuwa?
17 Anda dapat menyangkal dakwaan Syaitan dengan menjalani kehidupan yang menyenangkan hati Tuhan. Bagaimana? Bible menyatakan, ‘Kasihilah Yehuwa, Tuhan kamu dengan segenap hati, segenap jiwa, dan segenap kekuatan kamu.’ (Ulangan 6:5, ABB, nota kaki) Semakin mendalam kasih anda untuk Tuhan, semakin kuat hasrat anda untuk melakukan apa yang dikehendaki-Nya. Hawari Yohanes telah menulis, ‘Apabila kita mentaati perintah Tuhan, maka kita mengasihi Tuhan.’ Jika anda mengasihi Yehuwa dengan sepenuh hati, “perintah-Nya pun tidak terlalu susah” untuk dipatuhi.—1 Yohanes 5:3.
18, 19. (a) Namakan beberapa perintah yang diberikan oleh Yehuwa. (Lihat kotak yang bertajuk “Jauhi Apa yang Dibenci oleh Yehuwa.”) (b) Bagaimanakah kita tahu bahawa Tuhan tidak meminta lebih daripada apa yang dapat kita lakukan?
18 Apakah perintah-perintah Yehuwa? Sesetengah perintah kotak yang bertajuk “Jauhi Apa yang Dibenci oleh Yehuwa.” Di dalam kotak itu terdapat senarai tingkah laku yang dikutuk oleh Tuhan. Jika dilihat sekali imbas, sesetengah amalan yang disenaraikan mungkin tidak kelihatan begitu buruk. Namun, selepas merenung ayat Bible yang tertera, anda akan melihat hikmat yang terkandung dalam hukum-hukum Yehuwa. Mungkin agak susah bagi anda untuk mengubah tingkah laku anda. Namun, jika anda menjalani kehidupan yang menyenangkan hati Tuhan, anda akan mendapat kepuasan hati dan kebahagiaan. (Yesaya 48:17, 18) Anda boleh yakin bahawa hal ini tidak mustahil untuk dilakukan. Mengapa?
Tuhan melibatkan tingkah laku yang mesti dihindari. Sebagai contoh, sila lihat19 Yehuwa tidak meminta lebih daripada apa yang dapat kita lakukan. (Ulangan 30:11-14) Dia sahaja yang benar-benar mengetahui batas dan kemampuan kita. (Mazmur 103:14) Tambahan lagi, Yehuwa dapat memberi kita kekuatan untuk mematuhi-Nya. Hawari Paulus menulis, ‘Tuhan setia kepada janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung. Pada waktu kamu ditimpa cubaan, Dia akan memberikan jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan untuk menanggungnya.’ (1 Korintus 10:13) Untuk membantu anda bertahan, Yehuwa boleh memberi anda ‘kekuasaan tertinggi yang dimiliki oleh-Nya.’—2 Korintus 4:7.
PUPUKLAH SIFAT-SIFAT YANG MENYENANGKAN HATI TUHAN
20. Apakah sifat-sifat yang disenangi Tuhan, dan mengapakah penting untuk memupuk sifat-sifat ini?
20 Jika anda ingin menyenangkan hati Yehuwa, sekadar menghindari apa yang dibenci oleh-Nya tidak mencukupi. Anda juga perlu cinta akan apa yang dicintai-Nya. (Roma 12:9) Tidakkah anda tertarik kepada mereka yang mempunyai pandangan, minat, dan nilai-nilai yang sama dengan anda? Begitu juga dengan Yehuwa. Maka, untuk menjadi sahabat Tuhan, anda perlu mencintai perkara-perkara yang dicintai oleh Yehuwa. Beberapa perkara yang dimaksudkan ini dicatatkan di Mazmur 15:1-5. Sahabat-sahabat Yehuwa memperlihatkan buah daya aktif Tuhan yang merangkumi sifat-sifat seperti “kasih, sukacita, kedamaian, kepanjangsabaran, kebaikan hati, kebaikan, kepercayaan, kelemahlembutan, kawalan diri.”—Galatia 5:22, 23, NW.
21. Apakah yang akan membantu anda untuk memupuk sifat-sifat yang menyenangkan hati Tuhan?
21 Dengan membaca dan mempelajari Bible secara tetap, Yesaya 30:20, 21) Seraya kasih anda untuk Yehuwa menjadi semakin kuat, keinginan anda untuk hidup selaras dengan kehendak-Nya juga akan menjadi semakin kuat.
anda akan dibantu untuk memupuk sifat-sifat yang disenangi Yehuwa. Tambahan lagi, anda akan belajar tentang kehendak Tuhan lalu dibantu untuk menyelaraskan fikiran anda dengan fikiran Tuhan. (22. Apakah manfaatnya jika anda menjalani kehidupan yang menyenangkan hati Tuhan?
22 Untuk menjalani kehidupan yang menyenangkan hati Yehuwa, usaha harus dicurahkan. Bible menyatakan bahawa membuat perubahan dalam kehidupan adalah seperti “membuang hidup yang lama dengan semua sifatnya” dan “menjadi manusia baru.” (Kolose 3:9, 10) Namun, penulis mazmur telah menulis mengenai perintah Yehuwa, “Pahala tersedia untuk orang yang mentaatinya.” (Mazmur 19:12) Jika anda mengamalkan cara hidup yang menyenangkan hati Tuhan, anda akan mendapat banyak berkat. Anda juga akan menyangkal dakwaan Syaitan serta menggembirakan hati Yehuwa!
^ per. 16 Hal ini tidak bererti bahawa mereka yang menentang anda dikawal oleh Syaitan. Tetapi, Syaitan ialah tuhan dunia ini, dan seluruh dunia berada di bawah kuasanya. (2 Korintus 4:4; 1 Yohanes 5:19) Maka kita dapat menduga bahawa cara hidup yang menyenangkan hati Tuhan tidak digemari ramai, dan sesetengah orang akan menentang anda.