BAB LIMA BELAS
Menghormati Ibu Bapa yang Tua
1. Mengapakah kita terhutang budi dengan ibu bapa kita? Jadi, apakah sepatutnya perasaan dan tindakan kita terhadap mereka?
SEORANG lelaki yang arif menasihati, “Dengarkanlah nasihat bapamu, kerana tanpa dia, kamu tidak ada. Ketika ibumu tua, tunjukkanlah penghargaanmu kepadanya.” (Amsal 23:22, ABB) Anda mungkin berkata, “Saya memang menghargai ibu bapa saya.” Ya, kebanyakan daripada kita sangat mengasihi ibu bapa dan banyak terhutang budi dengan mereka. Pertama sekali, mereka memberi kita nyawa. Memang, Yehuwa ialah Sumber segala kehidupan, tetapi tanpa ibu bapa kita tidak akan wujud. Apa sahaja yang kita berikan kepada mereka tidak boleh dibandingkan dengan kehidupan yang kita terima. Fikirlah juga tentang pengorbanan, penjagaan, perbelanjaan, dan perhatian yang diberikan untuk membantu anak membesar dari bayi menjadi dewasa. Maka, wajarlah Firman Tuhan menasihati kita: “Hormatilah ibu bapamu . . . supaya kamu hidup bahagia dan berumur panjang di bumi”!—Efesus 6:2, 3.
PEKA TERHADAP KEPERLUAN EMOSI
2. Bagaimanakah anak dewasa boleh “membalas budi” ibu bapa?
2 Rasul Paulus menulis bahawa anak dan cucu ‘harus terlebih dahulu menjalankan kewajipan 1 Timotius 5:4) Anak dewasa “membalas budi” dengan menunjukkan penghargaan terhadap ibu bapa dan datuk nenek yang telah mencurahkan kasih, usaha, dan keprihatinan selama bertahun-tahun. Anak-anak harus sedar bahawa seperti orang lain, orang tua sangat memerlukan kasih dan sokongan. Mereka perlu berasa diri mereka dihargai dan hidup mereka tidak sia-sia.
agama terhadap kaum keluarga sendiri. Dengan cara itu mereka membalas budi ibu bapa, nenek, dan datuk. Perbuatan ini menyenangkan hati Tuhan.’ (3. Bagaimanakah kita dapat menghormati ibu bapa dan datuk nenek?
3 Jadi kita boleh menghormati ibu bapa dan datuk nenek kita dengan menunjukkan kasih kepada mereka. (1 Korintus 16:14) Kita boleh menghubungi mereka jika mereka tidak tinggal bersama kita. Mereka tentu gembira dan menghargainya jika kita menulis surat yang menggalakkan, menelefon, atau melawat mereka. Miyo yang tinggal di Jepun, berusia 82 tahun. Dia menulis, “Anak perempuan saya [yang suaminya seorang penyelia lawatan] berkata, ‘Mak, tolonglah “lawat” sidang-sidang bersama kami.’ Dia menghantar jadual lawatan mereka dan nombor telefon tempat tinggal setiap minggu. Saya boleh buka peta dan berkata, ‘Sekarang mereka di sini!’ Saya selalu bersyukur kepada Yehuwa kerana memberkati saya dengan anak ini.”
MENGHULURKAN BANTUAN KEBENDAAN
4. Bagaimanakah tradisi agama Yahudi menggalakkan orang untuk menghina ibu bapa?
4 Adakah hormat pada ibu bapa bererti kita Matius 15:3-6) Mereka memang tidak berhati perut! Pemimpin agama tidak membantu orang untuk menghormati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menggalakkan orang untuk mementingkan diri, serta menghina dan tidak memenuhi keperluan ibu bapa. Semoga kita tidak berbuat begitu!—Ulangan 27:16.
perlu menjaga keperluan kebendaan mereka juga? Ya. Pada zaman Yesus, pemimpin agama Yahudi berpegang pada tradisi bahawa seseorang tidak perlu menggunakan wang atau hartanya untuk menjaga ibu bapa jika dia sudah ‘mempersembahkannya kepada Tuhan.’ (5. Biarpun kerajaan menyediakan keperluan kebendaan, mengapakah anak masih perlu memenuhi keperluan ibu bapa?
5 Hari ini, banyak kerajaan menganjurkan program kebajikan untuk membantu orang tua, contohnya dari segi makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Selain itu, golongan tua mungkin mempunyai wang simpanan sendiri. Tetapi jika wang dan bantuan kebendaan kehabisan atau tidak mencukupi, anak-anak perlu berusaha memenuhi keperluan ibu bapa. Sebenarnya, anak yang menjaga keperluan ibu bapa membuktikan bahawa dia takut akan Tuhan Yehuwa, Pengasas aturan keluarga.
KASIH DAN PENGORBANAN
6. Apakah aturan yang dibuat oleh sesetengah orang agar dapat menjaga keperluan ibu bapa?
6 Ramai anak dewasa menunjukkan kasih dan rela berkorban agar dapat memenuhi keperluan ibu bapa yang uzur. Ada yang meminta ibu bapa untuk tinggal bersama mereka atau mereka tinggal
di rumah ibu bapa. Yang lain pula berpindah agar dapat tinggal lebih dekat dengan ibu bapa. Selalunya, aturan sebegini membawa berkat kepada ibu bapa dan anak-anak.7. Mengapakah kita tidak patut terburu-buru semasa membuat keputusan yang melibatkan ibu bapa yang tua?
7 Walau bagaimanapun, aturan sebegini tidak selalu membuahkan hasil yang baik. Mengapa? Mungkin kerana keputusan dibuat secara terburu-buru atau mengikut gerak hati. Bible berkata, “Orang bijak melangkah dengan hati-hati.” (Amsal 14:15) Misalnya, katakan ibu anda yang tua mengalami kesusahan kerana tinggal bersendirian. Anda berfikir lebih baik dia tinggal bersama anda. Semasa memikirkan langkah yang wajar diambil, tanyalah diri: Apakah keperluannya yang sebenar? Apakah bantuan yang disediakan oleh kerajaan atau pihak swasta? Adakah dia mahu berpindah? Jika ya, apakah kesannya ke atas kehidupannya? Adakah dia harus meninggalkan kawan-kawannya? Bagaimanakah hal ini mempengaruhinya secara emosi? Sudahkah anda berbincang dengannya? Apakah kesannya ke atas anda, pasangan anda, anak-anak anda? Jika ibu anda memerlukan jagaan, siapakah yang akan memberikannya? Bolehkah ahli keluarga membantu memikul tanggungjawab? Sudahkah anda berbincang dengan mereka?
8. Anda boleh meminta pandangan siapa semasa membuat keputusan mengenai ibu bapa yang tua?
8 Semua anak dalam keluarga bertanggungjawab menjaga ibu bapa. Jadi, adalah bijak untuk mengadakan perbincangan keluarga agar semua Amsal 15:22, ABB.
dapat membuat keputusan bersama-sama. Anda juga boleh berbincang dengan penatua sidang Kristian atau sahabat yang menghadapi situasi yang sama. Bible berkata, “Rancangan berjaya jika disertai banyak nasihat; rancangan gagal jika tidak disertai pertimbangan.”—MENYELAMI DAN MEMAHAMI PERASAAN IBU BAPA
9, 10. (a) Bagaimanakah seseorang boleh menyelami dan memahami perasaan ibu bapa yang tua? (b) Tidak kira apa pun yang dibuat oleh anak untuk ibu bapa, apakah nasihat yang harus diingati?
9 Seseorang yang menghormati ibu bapa tua perlu menyelami dan memahami perasaan mereka. Seraya usia ibu bapa meningkat tua, mereka mungkin sukar berjalan atau makan, dan hilang daya ingatan. Mereka mungkin memerlukan bantuan. Biasanya anak terlalu risau tentang keselamatan mereka dan mahu memberikan bimbingan. Tetapi orang tua bukannya kanak-kanak; mereka memiliki banyak pengalaman dan hikmat. Selama ini, mereka mampu menjaga diri dan membuat keputusan sendiri. Peranan mereka sebagai ibu bapa dan orang dewasa mungkin membantu membina keperibadian dan harga diri mereka. Ibu bapa yang berasa bahawa anak-anak sedang mengawal hidup mereka mungkin naik marah atau tawar hati. Ada yang menentang usaha anak yang seakan-akan merampas kebebasan mereka.
10 Masalah sebegini tidak mempunyai jalan penyelesaian yang mudah. Namun, adalah baik untuk membenarkan ibu bapa menjaga diri dan Imamat 19:32.
membuat keputusan sendiri selagi mereka mampu. Janganlah membuat keputusan tanpa berbincang dengan mereka. Mereka telah menanggung banyak kerugian akibat usia tua. Jadi, janganlah mengekang kebebasan mereka. Jika anda tidak terlalu mengawal kehidupan mereka, hubungan anda dengan mereka pasti bertambah baik. Mereka akan berasa lebih gembira, begitu juga dengan anda. Biarpun ada kalanya anda perlu tegas demi kebaikan mereka, anda mesti memuliakan dan menghormati mereka. Firman Tuhan menasihati, “Seganilah dan hormatilah orang yang sudah tua.”—MENGEKALKAN PANDANGAN YANG BETUL
11-13. Bagaimanakah anak dapat menjaga ibu bapa yang tua jika hubungannya dengan ibu bapa tidak baik pada masa dahulu?
11 Kadangkala anak dewasa tidak dapat menghormati ibu bapa yang tua kerana dahulu hubungannya dengan ibu bapa tidak baik. Mungkin ayah anda bersikap dingin dan tidak menunjukkan kasih; mungkin ibu anda suka mengawal dan bengis. Barangkali anda masih geram, marah, atau terluka kerana mereka bukanlah ibu bapa yang anda inginkan. Dapatkah anda mengatasi perasaan sebegini? *
12 Seorang lelaki yang bernama Basse menceritakan, “Ayah tiri saya pernah bertugas sebagai pegawai Nazi di Jerman. Dia panas baran lalu bertindak dengan ganas. Banyak kali dia memukuli ibu di depan saya. Pernah sekali semasa dia marah dengan saya, dia menghentam muka saya dengan kancing tali pinggangnya sehingga saya jatuh tergolek dari katil.”
13 Namun, ayahnya ada sifat yang baik juga. Basse berkata, “Dia bekerja keras dan tak pernah gagal menampung keperluan keluarga. Dia tak pernah menunjukkan kasih sayang seorang bapa, tapi saya tahu bahawa hatinya terhiris. Ibunya mengusirnya dari rumah semasa dia masih kecil. Dia banyak bergaduh semasa membesar dan menyertai perang pada usia yang muda. Saya sedikit sebanyak dapat memahaminya dan
tak menyalahkannya. Apabila ayah jatuh sakit, saya mahu bantunya. Memang tak mudah, tapi saya berusaha sedaya upaya sehingga dia meninggal. Rasanya dia terima saya sebagai anak yang baik.”14. Apakah ayat Bible yang boleh diterapkan oleh anak yang harus menjaga ibu bapa tua?
14 Seperti dengan hal lain, nasihat Bible ini juga sesuai diterapkan dalam keluarga: “Kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar. Hendaklah kamu saling bersabar dan saling mengampuni apabila ada yang menaruh dendam terhadap orang lain. Kamu harus saling mengampuni sebagaimana Tuhan sudah mengampuni kamu.”—Kolose 3:12, 13, ABB.
MEREKA YANG MENJAGA ORANG TUA PERLU SEIMBANG
15. Mengapakah anak yang menjaga ibu bapa kadangkala menderita?
15 Banyak usaha, tugas, tanggungjawab, dan masa diperlukan untuk menjaga ibu bapa yang uzur. Tetapi cabaran terbesar selalunya berkaitan dengan emosi. Sungguh sedih melihat ibu bapa jatuh sakit, hilang daya ingatan, dan terpaksa bergantung pada orang lain. Sandy berkata: “Mak saya ialah teras keluarga kami. Keadaannya amat menyayat hati. Mula-mula dia berjalan tempang; selepas tu dia perlukan tongkat, kemudian alat bantu jalan, dan akhirnya kerusi roda. Kemudian, keadaannya bertambah teruk sehingga dia meninggal. Dia menghidap kanser tulang dan perlukan jagaan rapi siang dan malam. Kami mandikan, menyuap,
dan membaca kepadanya. Saya menderita terutamanya secara emosi. Apabila saya sedar bahawa mak akan meninggal, saya menangis sebab saya amat menyayanginya.”16, 17. Apakah nasihat yang dapat membantu seseorang bersikap seimbang semasa menjaga ibu bapa yang uzur?
16 Jika anda berada dalam keadaan sebegini, apakah yang dapat anda lakukan? Dengarlah kata-kata Yehuwa dengan membaca Bible dan bercakaplah dengan-Nya melalui doa. (Filipi 4:6, 7) Jagalah kesihatan emosi dan fizikal dengan memakan makanan yang seimbang dan mendapatkan tidur yang cukup. Dengan itu, anda dapat menjaga ibu bapa dengan lebih baik. Mungkin anda boleh berehat daripada rutin harian. Biarpun anda tidak dapat mengambil cuti, jadualkan masa untuk bersantai. Anda boleh mengaturkan supaya orang lain menjaga ibu bapa yang uzur buat sementara.
17 Sering kali, orang dewasa yang menjaga ibu bapa tua tidak bersikap munasabah terhadap diri sendiri. Anda mungkin tidak dapat melakukan sesetengah perkara, tetapi janganlah rasa bersalah. Adakala anda mungkin perlu menempatkan orang yang dikasihi di rumah penjagaan. Jadi, pastikan anda bersikap munasabah. Anda mesti seimbang semasa memenuhi keperluan ibu bapa, anak-anak, pasangan hidup, dan diri sendiri.
KEKUATAN DARIPADA TUHAN
18, 19. Apakah bantuan yang dijanjikan Yehuwa? Apakah pengalaman yang membuktikan bahawa Yehuwa menepati janji-Nya?
18 Menerusi Bible, Yehuwa memberikan bimbingan Mazmur 145:18, 19.
yang boleh membantu kita menjaga ibu bapa tua. Tetapi bukan itu sahaja. ‘Yehuwa dekat dengan orang yang berseru kepada-Nya,’ tulis pemazmur. “Dia mendengar seruan mereka dan menyelamatkan mereka.” Yehuwa akan menyelamatkan, atau memelihara, umat-Nya yang setia meskipun mereka terpaksa mengharungi keadaan yang sangat susah.—19 Myrna dari Filipina, merasai kebenaran kata-kata ini semasa dia menjaga ibunya yang lumpuh kerana diserang strok. “Tiada apa-apa yang lebih memedihkan hati daripada melihat orang tersayang menderita dan tidak berupaya memberitahu anda perasaannya,” tulis Myrna. “Saya seolah-olah melihat ibu lemas sedikit demi sedikit, tapi saya tak mampu buat apa-apa. Banyak kali saya melutut dan memberitahu Yehuwa betapa letihnya saya. Seperti Daud, saya merayu Yehuwa untuk melihat penderitaan saya dan mengingati saya. [Mazmur 56:9] Seperti yang dijanjikan, Yehuwa memberi saya kekuatan dan sokongan yang saya perlukan.”—Mazmur 18:19.
20. Apakah janji-janji Bible yang dapat membantu kita berpandangan positif biarpun ibu bapa yang kita jaga meninggal?
20 Ada yang berkata bahawa menjaga ibu bapa tua bagaikan “kisah dengan kesudahan yang sedih.” Meskipun kita berusaha sekuat tenaga untuk menjaga ibu bapa, mereka mungkin meninggal akhirnya, seperti ibu Myrna. Tetapi mereka yang yakin pada Yehuwa tahu bahawa kematian bukan akhir segala-galanya. Rasul Paulus berkata, ‘Saya berharap kepada Tuhan bahawa Kisah 24:15) Mereka yang kehilangan ibu bapa tua boleh mendapatkan kelegaan hati daripada harapan pembangkitan serta janji Tuhan tentang dunia baru di mana “kematian akan tiada lagi.”—Wahyu 21:4.
semua orang akan dibangkitkan daripada kematian—orang baik, mahupun orang jahat!’ (21. Apakah hasil baik yang dituai oleh mereka yang menghormati ibu bapa yang tua?
21 Hamba-hamba Tuhan sangat menghormati ibu bapa meskipun ibu bapa sudah tua. (Amsal 23:22-24) Mereka merasakan kebenaran kata-kata Bible, ‘Ibu bapamu [akan] bangga terhadapmu. Ibu yang melahirkan kamu [akan] bersukacita.’ (Amsal 23:25) Yang terpenting, mereka yang menghormati ibu bapa tua juga menghormati dan menyenangkan hati Tuhan Yehuwa.
^ per. 11 Kami tidak membincangkan situasi yang mana ibu bapa menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan sehingga boleh disabitkan sebagai penjenayah.