Yesaya 8:1-22
8 Yehuwa berfirman kepadaku, “Ambillah sekeping papan tulis yang besar+ dan tuliskanlah perkataan berikut dengan pena biasa: ‘Maher-shalal-hash-bas.’*
2 Panggillah dua orang yang dapat dipercayai, iaitu Imam Uria+ dan Zakharia anak Yeberekhia, untuk menjadi saksi-Ku.”*
3 Kemudian aku bersetubuh dengan isteriku, nabi wanita itu, lalu dia mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki.+ Selepas itu, Yehuwa berfirman kepadaku, “Namakanlah anak itu Maher-shalal-hash-bas,
4 kerana sebelum anak itu tahu menyebut ‘Mak’ dan ‘Ayah,’ semua harta kota Damsyik dan barang jarahan Samaria akan dibawa ke hadapan raja Assyria.”+
5 Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi,
6 “Oleh sebab bangsa ini telah menolak air dari Shiloah* yang mengalir dengan tenang,+Dan oleh sebab mereka bersukacita kerana Rezin dan anak lelaki Remalia,+
7 Lihatlah! Aku, Yehuwa, akan menghanyutkan merekaDengan air Sungai Efrat yang banyak dan deras.Aku akan memanggil raja Assyria,+
Dan dia akan datang dengan seluruh angkatan tenteranya.Sebagaimana air Sungai Efrat melimpahi tebingnya,
8 Dia akan mencerobohi kawasan Yehuda.
Dia akan menjadi seperti banjir yang setinggi paras leher.+Hai Imanuel,*+Dia akan membentangkan sayapnya dan menutupi seluruh negerimu!”
9 Hai bangsa-bangsa, cubalah menyakiti umat Tuhan. Kamu akan dihancurkan!
Dengarlah, hai kamu yang berada di hujung bumi!
Bersiap sedialah untuk berperang, tetapi kamu akan dihancurkan!+
Bersiaplah untuk bertempur, tetapi kamu akan dihancurkan!
10 Buatlah rancangan kamu, tetapi semuanya akan gagal!
Apa sahaja yang kamu katakan tidak akan berjaya,Kerana Tuhan menyertai kami!*+
11 Yehuwa tidak mahu aku mengikut haluan yang ditempuh oleh umat ini. Maka Dia mencurahkan kuasa-Nya yang besar ke atas aku dan berfirman,
12 “Apabila mereka berkata, ‘Marilah kita bersepakat!’ janganlah berkata, ‘Marilah kita bersepakat!’
Janganlah takut akan hal-hal yang ditakuti mereka;Janganlah gentar kerana hal-hal itu.
13 Ingatlah bahawa hanya Aku yang suci.+ Akulah Yehuwa, ketua angkatan syurga,Dan Akulah yang harus kamu takuti.Kamu harus gentar kepada Aku sahaja.”+
14 Tuhan akan menjadi seperti tempat suci,Tetapi bagi kedua-dua keluarga Israel,Dia akan menjadi seperti batu yang menyebabkan orang tersandung,Dan seperti batu besar yang membuat orang terjatuh.+Bagi penduduk Yerusalem,Dia akan menjadi seperti jerat dan perangkap.
15 Banyak antara mereka akan tersandung lalu jatuh dan cedera;Mereka akan terjerat dan terperangkap.
16 Simpanlah gulungan yang mengandungi pesanan bertulis* itu;Sembunyikanlah hukum* itu dalam kalangan pengikut-pengikutku!
17 Aku akan terus menantikan Yehuwa.+ Meskipun Dia memalingkan muka-Nya daripada keturunan Yakub,+ aku akan tetap berharap kepada-Nya.
18 Inilah aku bersama anak-anak yang diberikan oleh Yehuwa kepadaku.+ Yehuwa, ketua angkatan syurga, yang tinggal di Gunung Sion, telah memberikan kami sebagai tanda+ dan mukjizat kepada umat Israel.
19 Jika orang berkata kepada kamu, “Mintalah nasihat daripada bomoh dan tukang tilik yang berbisik-bisik dan bergumam,” haruskah kamu berbuat demikian? Bukankah kamu patut meminta nasihat daripada Tuhan kamu? Patutkah orang mati ditanya tentang hal-hal orang hidup?+
20 Bukankah kamu patut merujuk kepada hukum dan pesanan bertulis* itu?
Jika umat ini tidak bercakap menurut kata-kata itu, mereka tidak akan disinari cahaya.+
21 Mereka akan hidup melarat. Mereka akan merayau-rayau di negeri ini dalam keadaan yang lapar.+ Oleh sebab mereka lapar dan sangat marah, mereka akan memandang ke atas sambil mengutuk raja dan Tuhan mereka.
22 Apabila mereka memandang ke bawah, mereka hanya akan melihat kesusahan dan kegelapan, keperitan dan kesuraman, serta kekelaman dan keadaan yang gelap-gelita.
Nota Kaki
^ Mungkin bermaksud “Bergegas ke Barang Jarahan, Berlari untuk Merampas Harta.”
^ Atau “untuk mengesahkan hal itu.”
^ Nama sebuah saluran air.
^ Atau “kata-kata pengesahan.”
^ Atau “ajaran.”
^ Atau “kata-kata pengesahan.”