Mazmur 83:1-18
Lagu yang digubah oleh Asaf.+ Sebuah mazmur.
83 Ya Tuhan, janganlah membisu;+Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, janganlah senyap atau berdiam diri.
2 Lihatlah! Musuh-musuh-Mu sedang menimbulkan kekecohan;+Orang yang membenci-Mu bertindak dengan angkuh.
3 Secara diam-diam, mereka membuat rancangan yang licik untuk melawan umat-Mu;Mereka berkomplot untuk menentang umat-Mu yang berharga bagi-Mu.
4 Mereka berkata, “Marilah kita lenyapkan seluruh bangsa ini,+Supaya nama Israel dilupakan sama sekali.”
5 Mereka telah berpakat dan bersatu hati;Mereka telah bersekutu* untuk menentang-Mu.+
6 Mereka ialah orang Edom dan orang Ismael,* orang Hagri+ dan Moab,+
7 Orang Gebal, orang Ammon,+ dan orang Amalek,Orang Filistin+ dan penduduk Tirus.+
8 Orang Assyria+ juga menyertai mereka;Mereka menyokong keturunan Lot.+ (Selah)
9 Perlakukanlah mereka sepertimana Engkau telah memperlakukan orang Midian,+Sepertimana Engkau memperlakukan Sisera dan Yabin di anak sungai* di Kison.+
10 Mereka telah dilenyapkan di En-dor;+Mayat mereka dibiarkan di atas permukaan tanah seperti baja.
11 Biarlah golongan bangsawan mereka menjadi seperti Oreb dan Zeeb,+Dan para pemimpin mereka menjadi seperti Zebah dan Salmuna,+
12 Kerana mereka pernah berkata, “Marilah kita rampas tanah yang menjadi tempat kediaman Tuhan.”
13 Ya Tuhanku, biarlah mereka menjadi seperti tumbuhan berduri yang berterbangan,+Seperti jerami yang ditiup angin.
14 Sebagaimana api membakar hutan,Sebagaimana nyala api menghanguskan gunung-ganang,+
15 Demikian juga Engkau akan mengejar mereka dengan angin ribut-Mu+Dan menakutkan mereka dengan badai-Mu.+
16 Penuhilah wajah mereka dengan kehinaan,Supaya mereka akan mencari nama-Mu, ya Yehuwa.
17 Biarlah mereka dimalukan dan berasa takut buat selama-lamanya;Biarlah mereka dihina dan dibinasakan;
18 Hendaklah orang tahu bahawa Engkau, yang bernama Yehuwa,+Ialah satu-satunya Tuhan Yang Maha Tinggi di seluruh bumi.+
Nota Kaki
^ Atau “telah membuat perjanjian.”
^ Harfiah, “khemah-khemah Edom dan Ismael.”
^ Atau “wadi.”