Mazmur 37:1-40
-
Orang yang yakin kepada Yehuwa akan makmur
Mazmur yang digubah oleh Daud.
א [Alef]
37 Janganlah marah kerana orang jahat;Janganlah iri hati terhadap pendosa.+
2 Mereka akan segera lenyap seperti rumput,+Dan layu seperti tumbuhan hijau.
ב [Bet]
3 Yakinlah kepada Yehuwa dan buatlah apa yang baik;+Tinggallah di negeri* ini dan tunjukkanlah kesetiaanmu.+
4 Carilah kebahagiaan* yang datang daripada Yehuwa,Lalu Dia akan mengabulkan segala keinginan hatimu.
ג [Gimel]
5 Serahkanlah hidupmu kepada Yehuwa;+Bergantunglah pada-Nya, dan Dia akan bertindak bagi pihakmu.+
6 Dia akan menyebabkan kebaikanmu bersinar seperti cahaya pada waktu fajar,Dan Dia akan membuat keadilanmu bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.
ד [Dalet]
7 Nantikanlah Yehuwa dengan sabar,+Dan berdiam dirilah di hadapan-Nya.
Apabila rancangan orang jahat berjaya,Janganlah marah kerana hal itu.+
ה [He]
8 Singkirkanlah kemarahan dan keberangan daripada dirimu;+Janganlah menjadi panas hati dan janganlah berbuat jahat,*
9 Kerana orang jahat akan dilenyapkan.+Tetapi orang yang berharap kepada Yehuwa akan mewarisi bumi.+
ו [Waw]
10 Tidak lama lagi, orang jahat akan dibinasakan;+Kamu akan mencari mereka,Tetapi mereka tidak akan dijumpai.+
11 Orang yang rendah hati akan memiliki bumi,+Dan mereka akan menikmati kebahagiaan dan kedamaian yang berlimpah-limpah.+
ז [Zayin]
12 Orang jahat berkomplot menentang orang baik;+Mereka menggertakkan gigi kerana mereka marah terhadap orang baik.
13 Tetapi Yehuwa akan mentertawakan mereka,Kerana Dia tahu bahawa kesudahan mereka sudah dekat.+
ח [Het]
14 Orang jahat menghunus pedang dan melengkungkan busurUntuk menyerang orang yang miskin dan orang yang ditindas;Mereka ingin membunuh orang yang mengikut haluan yang benar.
15 Tetapi pedang mereka akan menembusi hati mereka sendiri,+Dan semua busur mereka akan dipatahkan.
ט [Tet]
16 Biarpun orang baik tidak mempunyai banyak harta,Keadaan mereka lebih baik daripada orang jahat yang hidup mewah,+
17 Kerana kuasa orang jahat akan dilenyapkan.Namun Yehuwa akan menyokong orang baik.
י [Yod]
18 Yehuwa sedar akan apa yang dialami oleh orang yang tidak bercela;Dia akan memberi mereka warisan yang kekal selama-lamanya.+
19 Mereka tidak akan dimalukan pada masa kesusahan;Mereka akan mempunyai makanan yang banyak pada waktu kebuluran.
כ [Kap]
20 Tetapi orang jahat akan dimusnahkan;+Biarpun musuh Yehuwa seperti padang rumput yang indah,Mereka semua akan lenyap dan hilang seperti asap.
ל [Lamed]
21 Orang jahat meminjam dan tidak membayar balik,Tetapi orang baik murah hati dan berbelas kasihan.+
22 Orang yang diberkati Tuhan akan mewarisi bumi,Tetapi orang yang dikutuk oleh-Nya akan dihapuskan.+
מ [Mem]
23 Apabila Yehuwa berasa senang hati dengan haluan hidup seseorang,+Dia akan membimbing setiap langkahnya.+
24 Walaupun orang itu tersandung, dia tidak akan jatuh tertiarap di atas tanah,+Kerana Yehuwa akan menyokong dan memegang tangannya.+
נ [Nun]
25 Dahulu aku muda dan sekarang aku sudah tua,Tetapi aku tidak pernah melihat orang yang berbuat benar ditinggalkan Tuhan,+
Ataupun anak-anak mereka meminta-minta makanan.+
26 Mereka selalu memberikan pinjaman dengan murah hati.+Maka anak-anak mereka akan diberkati oleh Tuhan.
ס [Samek]
27 Berpalinglah daripada apa yang jahat dan buatlah apa yang baik;+Maka kamu akan tinggal di bumi buat selama-lamanya.
28 Yehuwa mencintai keadilan,Dan Dia tidak akan meninggalkan umat-Nya yang setia.+
ע [Ayin]
Mereka akan selalu dilindungi,+Tetapi keturunan orang jahat akan dilenyapkan.+
29 Orang yang melakukan apa yang benar akan memiliki bumi,+Dan mereka akan mendiaminya selama-lamanya.+
פ [Pe]
30 Mulut orang baik menyampaikan kata-kata yang bijaksana,Dan lidah mereka mengucapkan apa yang adil dan benar.+
31 Mereka menyimpan Hukum Tuhan dalam hati mereka;+Mereka tidak akan tersandung sama sekali.+
צ [Tsade]
32 Orang jahat memperhatikan orang baikDan mencari peluang untuk membunuh mereka.
33 Tetapi Yehuwa tidak akan menyerahkan mereka ke dalam tangan orang jahat;+Dia tidak akan membiarkan mereka didapati bersalah semasa diadili.+
ק [Qof]
34 Berharaplah kepada Yehuwa dan ikutlah haluan-Nya.Maka Dia akan memuliakan kamu, dan kamu akan mewarisi bumi.
Ketika orang jahat dimusnahkan,+ kamu akan menyaksikannya.+
ר [Res]
35 Aku pernah melihat orang jahat yang tidak berhati perut menjadi makmurSeperti pokok subur yang ditanam di tanahnya sendiri.+
36 Tetapi dia lenyap dengan tiba-tiba;+Aku mencari-carinya, namun aku tidak menjumpainya.+
ש [Syin]
37 Perhatikanlah orang yang tidak bercela,*Dan pandanglah orang yang tulus hati,+Kerana orang sebegitu akan menikmati kedamaian.+
38 Tetapi semua orang yang berdosa akan dibinasakan,Dan semua orang yang jahat akan dihapuskan.+
ת [Taw]
39 Penyelamatan orang yang berbuat benar datang daripada Yehuwa;+Dia ialah kubu mereka pada masa kesusahan.+
40 Yehuwa akan membantu dan menyelamatkan mereka.+
Dia akan membebaskan mereka daripada orang jahat,Kerana mereka berlindung kepada-Nya.+
Nota Kaki
^ Atau “bumi.”
^ Atau “sukacita yang melimpah.”
^ Atau mungkin, “Janganlah menjadi panas hati kerana hal itu hanya mendatangkan kecelakaan.”
^ Atau “yang berintegriti.”