Mazmur 31:1-24
Untuk pengarah muzik. Lagu yang digubah oleh Daud.
31 Ya Yehuwa, aku berlindung kepada-Mu.+
Semoga aku tidak dimalukan.+
Selamatkanlah aku kerana Engkau Tuhan yang adil dan benar.+
2 Dengarlah* seruanku dengan teliti,
Dan selamatkanlah aku dengan segera.+
Jadilah gunung batu yang kukuh bagiku,Dan jadilah kubu perlindungan untuk menyelamatkan aku.+
3 Engkaulah batu perlindunganku dan bentengku.+Engkau membimbing dan memimpin+ aku demi nama-Mu.+
4 Engkaulah kubu pertahanan bagiku.+Engkau membebaskan aku daripada jerat yang dipasang untukku.+
5 Ya Tuhan, aku menyerahkan nyawaku ke dalam tangan-Mu.+
Ya Yehuwa, Engkaulah sumber kebenaran,* dan Engkaulah yang telah menebus nyawaku.+
6 Aku membenci orang yang menyembah berhala yang tidak berguna,Tetapi aku percaya kepada-Mu, ya Yehuwa.
7 Aku akan bergembira dan bersukacita kerana kasih setia-Mu.Engkau telah melihat penderitaanku,+Dan Engkau mengetahui kesengsaraanku.
8 Engkau tidak menyerahkan aku kepada musuh.Sebaliknya Engkau membolehkan aku berdiri teguh di tempat yang selamat.*
9 Ya Yehuwa, kasihanilah aku kerana aku dalam kesusahan.
Jiwa ragaku merana+ dan penglihatanku menjadi kabur kerana keresahan hatiku.+
10 Kedukaan telah menyingkatkan hidupku,+Dan rintihan telah memendekkan usiaku.+
Aku semakin lemah kerana kesalahanku,Dan tulang-tulangku menjadi semakin rapuh.+
11 Aku dihina oleh semua musuhku,+Terutamanya oleh jiran-jiranku.
Orang yang mengenal aku takut untuk mendekati aku;Mereka lari apabila nampak aku di jalan.+
12 Aku menjadi seperti orang yang sudah mati dan seperti bekas yang sudah pecah;Aku telah dilupakan dan tidak dikenang sama sekali.
13 Aku telah mendengar banyak fitnah tentangku,Dan aku dicengkam ketakutan.+
Musuh-musuhku berkomplot untuk menentang aku;Mereka merancang untuk meragut nyawaku.+
14 Namun aku tetap percaya kepada-Mu, ya Yehuwa.+
Aku berkata, “Engkaulah Tuhanku!”+
15 Nyawaku ada dalam tangan-Mu.
Selamatkanlah aku daripada musuhku dan daripada orang yang menganiaya aku.+
16 Semoga rahmat-Mu menyinari hamba-Mu ini.+
Selamatkanlah aku kerana kasih setia-Mu.
17 Ya Yehuwa, semoga aku tidak dimalukan apabila aku berseru kepada-Mu.+
Biarlah orang jahat yang dimalukan;+Biarlah mulut mereka dibungkam di Kuburan.*+
18 Biarlah mulut penipu dan bibir orang yang angkuh ditutup;+Biarlah orang yang suka bercakap besar terdiam; biarlah mereka yang menghina orang baik menjadi kelu.
19 Ya Tuhan, kebaikan-Mu begitu melimpah!+
Engkau menyediakan banyak berkat untuk orang yang takut kepada-Mu;+Di hadapan semua orang, Engkau menunjukkan kebaikan-Mu demi orang yang berlindung kepada-Mu.+
20 Engkau menyembunyikan mereka di tempat rahsia-Mu+Agar mereka selamat daripada rancangan orang yang jahat.Engkau melindungi mereka di tempat naungan-MuAgar mereka bebas daripada serangan* orang yang kejam.+
21 Ya Yehuwa, semoga Engkau dipuji!Ketika aku berada di dalam kota yang dikepung,+ Engkau menunjukkan kasih setia-Mu kepadaku dengan cara yang menakjubkan.+
22 Aku berasa cemas dan berkata,
“Aku pasti akan lenyap dari hadirat-Mu.”+
Tetapi Engkau mendengarkan seruanku meminta tolong.+
23 Kasihilah Yehuwa, hai umat-Nya yang setia!+
Yehuwa melindungi orang yang setia,+Tetapi Dia akan menghukum orang yang angkuh dengan seberat-beratnya.+
24 Jadilah berani dan teguhkanlah hati kamu,+Hai kamu semua yang berharap kepada Yehuwa.*+
Nota Kaki
^ Atau “Bongkokkanlah badan-Mu dan dengarlah.”
^ Atau “Engkaulah Tuhan yang setia.”
^ Atau “luas.”
^ Atau “hinaan.”
^ Atau “yang sabar menantikan Yehuwa.”