Mazmur 115:1-18
115 Bukan kami, ya Yehuwa, bukan kami,Tetapi nama-Mu sahajalah yang harus dimuliakan,+Kerana kasih-Mu* dan kerana kesetiaan-Mu.+
2 Mengapakah bangsa-bangsa bertanya,
“Di manakah Tuhan mereka?”+
3 Tuhan kami ada di syurga;Dia melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.
4 Patung berhala mereka diperbuat daripada perak dan emas,Dihasilkan oleh tangan manusia.+
5 Berhala ada mulut tetapi tidak dapat bercakap,+Ada mata tetapi tidak dapat melihat,
6 Ada telinga tetapi tidak dapat mendengar,Ada hidung tetapi tidak dapat menghidu,
7 Ada tangan tetapi tidak dapat meraba,Ada kaki tetapi tidak dapat berjalan,+Dan ada kerongkong tetapi tidak dapat bersuara.+
8 Orang yang membuat berhala akan menjadi seperti berhala,+Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang percaya kepada berhala.+
9 Hai Israel, percayalah kepada Yehuwa.+Dia akan membantumu dan menjadi seperti perisai bagimu.+
10 Hai keturunan Harun,+ percayalah kepada Yehuwa.Dia akan membantu kamu dan menjadi seperti perisai bagi kamu.
11 Hai orang yang takut akan Yehuwa, percayalah kepada Yehuwa.+Dia akan membantu kamu dan menjadi seperti perisai bagi kamu.+
12 Yehuwa mengingati kita dan akan memberkati kita.Dia akan memberkati bangsa Israel;+Dia akan memberkati keturunan Harun.
13 Yehuwa akan memberkati orang yang takut kepada-Nya,Baik yang tua mahupun yang muda.*
14 Yehuwa akan menyebabkan jumlah kamu bertambahDan meningkatkan bilangan keturunan kamu.+
15 Semoga kamu diberkati Yehuwa;+Dialah Pencipta langit dan bumi.+
16 Syurga ialah kepunyaan Yehuwa,+Tetapi Dia telah memberikan bumi kepada manusia.+
17 Orang mati tidak dapat memuji Yah,+Begitu juga dengan sesiapa yang turun ke kuburan.*+
18 Tetapi kita akan memuji Yah,Sekarang dan selama-lamanya.
Pujilah Yah!*
Nota Kaki
^ Atau “kasih setia-Mu.”
^ Atau “yang dianggap penting mahupun yang dianggap tidak penting.”
^ Atau “tempat yang sunyi.”
^ Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.