Mazmur 104:1-35

  • Memuji Tuhan kerana ciptaan-Nya yang menakjubkan

    • Bumi kekal selama-lamanya (5)

    • Wain dan roti untuk manusia (15)

    • “Betapa banyaknya perbuatan-Mu!” (24)

    • ‘Apabila nafas mereka diambil, mereka mati’ (29)

104  Pujilah Yehuwa, hai jiwaku.+ Ya Yehuwa, Tuhanku, Engkau sangat agung.+ Engkau berpakaian kemegahan dan kemuliaan.+  2  Engkau menyelubungi diri-Mu dengan cahaya+ seperti pakaian;Engkau membentangkan langit seperti membentangkan kain khemah.+  3  Dia meletakkan tiang-tiang bilik-Nya di atas air di langit.+Dia menjadikan awan-awan sebagai kereta kuda-Nya,+Dan Dia berjalan di atas angin.+  4  Dia menjadikan malaikat-Nya makhluk roh,Dan menjadikan hamba-hamba-Nya api yang berkobar-kobar.+  5  Dia telah mendirikan bumi kukuh pada asasnya;+Bumi tidak akan bergerak dari tempatnya buat selama-lamanya.+  6  Engkau menyelubungi bumi dengan lautan seperti menyelubunginya dengan sehelai pakaian.+ Air menutupi puncak gunung.  7  Air itu surut apabila Engkau menegurnya;+Air itu mengalir dengan deras apabila mendengar suara-Mu yang gemuruh.  8  Naiklah gunung-ganang!+ Turunlah lembah-lembah!Semuanya pergi ke tempat yang telah Engkau tetapkan.  9  Engkau menetapkan sempadan dan air tidak boleh melintasi sempadan itu,+Supaya air tidak menutupi bumi lagi. 10  Dia membuka mata air di lembah-lembah,*Dan air mengalir di antara gunung-ganang. 11  Air itu menjadi sumber minuman kepada semua binatang liar di padang;Keldai-keldai yang liar tidak lagi dahaga. 12  Berhampiran mata air itu, burung-burung membuat sarang,Dan berkicauan di antara pokok-pokok yang rimbun. 13  Dia mengairi pergunungan dari bilik-bilik-Nya.+ Bumi puas hati dengan hasil kerja tangan-Nya.+ 14  Dia membuat rumput bertumbuh untuk lembu,Dan tumbuh-tumbuhan untuk kegunaan manusia,+Supaya tanah menghasilkan makanan, 15  Wain yang membuat hati manusia gembira,+Minyak yang menyerikan wajah mereka,Dan roti yang menguatkan manusia.+ 16  Pokok-pokok Yehuwa telah dipuaskan.Ya, pokok-pokok sedar di Lebanon yang ditanam oleh-Nya telah dipuaskan. 17  Di sanalah burung-burung membuat sarang. Burung bangau+ membuat rumahnya di pokok juniper. 18  Kambing gunung tinggal di gunung yang tinggi;+Bukit batu menjadi tempat perlindungan tikus gunung.*+ 19  Dia telah menciptakan bulan untuk menandakan waktu;Matahari pun tahu waktunya untuk terbenam.+ 20  Engkau membawa kegelapan lalu hari menjadi malam,+Dan semua binatang liar di dalam hutan mula berkeliaran. 21  Singa-singa muda mengaum ketika mencari mangsa,+Dan mendapatkan makanan yang diberikan Tuhan.+ 22  Apabila matahari terbit,Singa-singa itu pulang dan berehat di sarang mereka. 23  Manusia keluar bekerja,Dan terus bekerja sehingga petang. 24  Betapa banyaknya perbuatan-Mu, ya Yehuwa!+ Engkau telah menciptakan semuanya dengan bijaksana.+ Bumi penuh dengan hasil karya-Mu. 25  Lihatlah laut yang luas terbentang,Sarat dengan makhluk hidup yang tidak terkira, baik kecil mahupun besar.+ 26  Di situ kapal-kapal belayar,Dan Lewiatan,*+ yang Engkau ciptakan, bermain-main. 27  Semuanya menantikan EngkauUntuk memberikan makanan pada waktunya.+ 28  Engkau memberikan makanan, dan mereka mengumpulkannya.+ Engkau membuka tangan-Mu, dan mereka dipuaskan dengan perkara-perkara yang baik.+ 29  Apabila Engkau berpaling daripada mereka, mereka berasa gelisah. Jika Engkau mengambil nafas mereka, mereka mati dan kembali ke tanah.+ 30  Jika Engkau mencurahkan kuasa suci-Mu, mereka diciptakan,+Dan Engkau memberikan kehidupan baharu kepada bumi. 31  Kemuliaan Yehuwa kekal selama-lamanya. Yehuwa bergembira kerana semua perbuatan-Nya.+ 32  Dia memandang bumi, bumi pun bergegar;Dia menyentuh gunung, gunung pun berasap.+ 33  Aku akan bernyanyi kepada Yehuwa+ seumur hidupku;Aku akan menyanyikan lagu pujian kepada* Tuhanku selagi aku hidup.+ 34  Semoga fikiranku* menyenangkan hati-Nya. Aku akan bersukacita kerana Yehuwa. 35  Orang yang berdosa akan lenyap dari muka bumi,Dan orang jahat tidak akan wujud lagi.+ Pujilah Yehuwa, hai jiwaku! Pujilah Yah!*

Nota Kaki

Atau “di wadi-wadi.”
Atau “hyrax.” Sejenis binatang yang tinggal di kawasan berbatu. Rupanya seperti tikus belanda yang besar.
Lihat Kamus.
Atau “bermain muzik untuk.”
Atau mungkin, “renunganku tentang-Nya.”
Atau “Halleluyah!” “Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.