Kejadian 9:1-29
9 Tuhan memberkati Nuh dan anak-anak lelakinya lalu berfirman, “Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak dan penuhilah bumi.+
2 Semua makhluk yang hidup di darat, makhluk yang terbang di langit, binatang yang menjalar, dan ikan di laut akan takut kepada kamu. Kini semua itu di bawah kekuasaan kamu.+
3 Kamu boleh makan setiap binatang yang hidup. Aku memberikan semuanya kepada kamu untuk dimakan,+ sebagaimana Aku memberikan tumbuhan hijau kepada kamu.+
4 Tetapi kamu tidak boleh makan daging yang masih berdarah,+ kerana darah melambangkan nyawa.+
5 Selain itu, Aku akan menuntut pembalasan bagi darahmu. Jika seekor binatang membunuhmu, binatang itu haruslah mati. Jika seseorang membunuhmu, Aku akan menuntut nyawa orang itu.+
6 Sesiapa yang menumpahkan darah manusia, darahnya juga akan ditumpahkan oleh manusia lain,+ kerana Tuhan menciptakan manusia menurut gambaran-Nya.+
7 Hendaklah kamu mempunyai anak cucu yang banyak, dan hendaklah keturunan kamu bertambah banyak di bumi.”+
8 Kemudian Tuhan berfirman kepada Nuh dan anak-anak lelakinya,
9 “Sekarang Aku membuat perjanjian dengan kamu,+ keturunan kamu,
10 dan semua makhluk hidup yang keluar dari bahtera. Ya, Aku membuat perjanjian dengan semua makhluk hidup di bumi yang ada bersama kamu, iaitu burung, binatang ternakan, dan semua binatang liar di bumi.+
11 Inilah perjanjian Aku dengan kamu: Aku tidak akan memusnahkan semua makhluk hidup dengan banjir lagi. Banjir tidak akan memusnahkan bumi lagi.”+
12 Tuhan juga berfirman, “Inilah tanda untuk perjanjian yang telah Aku buat dengan kamu dan semua makhluk hidup yang ada bersama kamu serta semua keturunan pada masa depan:
13 Aku menempatkan pelangi-Ku di awan. Pelangi akan menjadi tanda perjanjian antara Aku dengan bumi.
14 Setiap kali Aku membawa awan ke atas bumi, pelangi pasti kelihatan di awan.
15 Aku tidak akan lupa perjanjian yang telah Aku buat dengan kamu dan dengan semua jenis makhluk hidup, bahawa banjir tidak akan membinasakan semua makhluk hidup lagi.+
16 Apabila pelangi itu kelihatan di awan, Aku akan melihatnya dan mengingat perjanjian abadi antara Aku dengan setiap jenis makhluk hidup di bumi.”
17 Sekali lagi Tuhan berfirman kepada Nuh, “Inilah tanda perjanjian yang telah Aku buat antara Aku dengan semua makhluk hidup di bumi.”+
18 Anak-anak Nuh yang keluar dari bahtera ialah Sem, Ham, dan Yafet.+ Kemudian Ham mendapat seorang anak lelaki bernama Kanaan.+
19 Ketiga-tiga orang anak Nuh menjadi nenek moyang kepada semua orang yang hidup di serata bumi.+
20 Nuh mula mengusahakan tanah dan dia menanam anggur.
21 Pernah sekali, dia minum wain lalu menjadi mabuk, dan dia berbaring telanjang di dalam khemahnya.
22 Ham, bapa Kanaan, melihat bapanya telanjang dan dia keluar lalu memberitahu Sem dan Yafet.
23 Maka Sem dan Yafet mengambil sehelai jubah, meletakkannya di bahu mereka, dan berjalan mundur ke dalam khemah. Mereka memalingkan muka semasa menyelimuti bapa mereka supaya tidak nampak bapa mereka yang bertelanjang.
24 Apabila Nuh sedar daripada mabuk dan mengetahui perbuatan anak bongsunya,
25 dia berkata,
“Terkutuklah Kanaan!+
Biarlah dia menjadi hamba yang paling hina bagi saudara-saudaranya.”+
26 Nuh berkata lagi,
“Terpujilah Yehuwa, Tuhan Sem!Biarlah Kanaan menjadi hamba kepada Sem.+
27 Semoga Tuhan mengurniakan kawasan yang luas kepada Yafet,Semoga Yafet tinggal di dalam khemah Sem.
Biarlah Kanaan menjadi hamba kepada Yafet juga.”
28 Selepas Banjir, Nuh terus hidup selama 350 tahun lagi.+
29 Jadi, Nuh hidup selama 950 tahun, lalu dia meninggal.