Habakuk 2:1-20
2 Aku akan tetap berdiri di menara pengawal.+Aku akan berada di atas tembok kota.
Aku akan tetap berjaga-jaga agar dapat mengetahui apa yang akan difirmankan oleh Tuhan menerusi aku,Dan agar aku dapat mengetahui apa yang akan aku katakan semasa ditegur.
2 Yehuwa berfirman kepadaku,
“Tuliskanlah apa yang dinyatakan dalam penglihatan ini, dan catatkannya dengan jelas pada batu* tulis,+Supaya orang yang membacanya dengan suara lantang dapat membacanya dengan mudah.*+
3 Segala perkara yang dinyatakan dalam penglihatan ini akan berlaku pada masa yang ditentukan.Masa itu akan segera tiba, dan segala yang dinyatakan dalam penglihatan ini benar-benar akan berlaku.+
Biarpun masa itu lambat datang,* teruslah menantikannya dengan bersungguh-sungguh!
Hal ini demikian kerana penglihatan ini pasti menjadi kenyataan
Dan tidak akan ditangguhkan!
4 Lihatlah orang yang sombong!Orang itu tidak jujur.
Tetapi orang yang melakukan apa yang benar akan hidup kerana kesetiaannya.*+
5 Sesungguhnya, wain menyebabkan orang sombong bertindak bodoh.Itulah sebabnya dia tidak akan berjaya
Walaupun keinginannya besar seperti Kuburan.*Seperti maut, dia tidak pernah puas.
Dia asyik mengumpulkan semua bangsa,Dan dia mengumpulkan semua orang untuk menjadi miliknya sendiri.+
6 Tidakkah semua orang itu akan menggunakan peribahasa, kata-kata kiasan, dan sindiran, untuk bercakap tentangnya?+
Mereka akan berkata,
‘Berapa lama lagi hal ini akan berterusan?Sampai bilakah engkau akan terus mengambil barang yang bukan milikmu?Malanglah engkau, kerana engkau hanya menyebabkan dirimu berhutang keliling pinggang!
7 Orang yang meminjamkan wang kepadamu akan tiba-tiba bangkit.
Mereka akan bangkit lalu menggoncangmu dengan kuat,Dan mereka akan merampas harta milikmu.+
8 Engkau telah menumpahkan darah banyak orang.Engkau telah melakukan keganasan terhadap bumi,+Terhadap kota-kota, dan terhadap penduduknya.Engkau telah merampas harta milik banyak bangsa.Oleh itu, bangsa-bangsa lain akan merampas harta milikmu.+
9 Malanglah orang yang memperoleh keuntungan untuk keluarganya dengan cara yang tidak jujur.Orang itu membina rumahnya di tempat yang tinggiUntuk menyelamatkan diri daripada genggaman malapetaka!
10 Engkau telah memalukan keluargamu dengan rancanganmu.
Engkau telah berdosa kerana memusnahkan banyak bangsa.+
11 Batu di tembok akan berseru,Dan kayu di bumbung akan menggemakan seruan itu.
12 Malanglah orang yang membina sebuah kota dengan menumpahkan darah,Dan malanglah orang yang membangunkan sebuah pekan dengan melakukan kejahatan!
13 Lihatlah! Orang telah bekerja keras tetapi segala sesuatu yang diusahakan oleh mereka habis dijilat api,Dan bangsa-bangsa bekerja sekuat tenaga tetapi usaha mereka sia-sia. Bukankah Yehuwa, ketua angkatan syurga, yang menyebabkan hal-hal itu berlaku?+
14 Sebagaimana lautan penuh dengan air,Bumi juga akan penuh dengan pengetahuan tentang kemuliaan Yehuwa.+
15 Malanglah orang yang marah dan berang,Yang memberi sahabat-sahabatnya sesuatu untuk diminum sehingga mabukkerana ingin melihat keadaan mereka yang telanjang!
16 Engkau akan kenyang dengan kehinaan dan bukannya kemuliaan.
Engkau juga harus minum dan mendedahkan keadaanmu yang tidak bersunat.*
Akan tiba giliranmu untuk minum daripada cawan di tangan kanan Yehuwa,+Lalu kemuliaanmu akan diselubungi dengan kehinaan.
17 Keganasan yang engkau lakukan terhadap Lebanon akan menimpamu,Dan kemusnahan yang menakutkan binatang-binatang di situ juga akan menimpamu.Hal ini demikian kerana engkau telah menumpahkan darah banyak orang,Dan engkau telah melakukan keganasan terhadap bumi,Terhadap kota-kota, dan terhadap penduduknya.+
18 Manusia percaya kepada patung berhalaYang diperbuat daripada kayu, batu, dan besi.
Berhala-berhala ini tidak dapat bersuara,Jadi apa gunanya berhala bagi orang yang membuatnya?Segala sesuatu yang engkau dapat daripadanya hanyalah tipu belaka.+
19 Malanglah orang yang berkata kepada sekeping kayu, “Bangunlah!”
Atau kepada sebuah batu yang tidak dapat bercakap, “Bangunlah! Ajarlah kami!”
Lihatlah! Berhala-berhala itu disaluti dengan emas dan perak,+Tetapi tidak bernyawa sama sekali.+
20 Namun, Yehuwa berada di dalam Rumah-Nya yang suci.+
Berdiam dirilah di hadapan-Nya, hai semua penduduk bumi!’”+
Nota Kaki
^ Atau “papan.”
^ Atau “lancar.”
^ Atau “masa itu nampaknya lambat datang.”
^ Atau mungkin, “imannya; kepercayaannya.”
^ Atau mungkin, “dan berjalan terhuyung-hayang.”