Ayub 27:1-23
27 Ayub terus berucap,
2 “Demi Tuhan Yang Maha Kuasa, Tuhan yang hidup,Yang enggan menegakkan keadilan bagiku+ dan yang telah memedihkan jiwaku,+
3 Aku bersumpah bahawa selagi Tuhan memberi aku nafas kehidupan,+Dan selagi aku masih bernyawa,
4 Bibirku tidak akan menyebut kata-kata yang jahat,Dan lidahku tidak akan mengucapkan kata-kata dusta.
5 Mustahil aku mengatakan kamu semua benar.
Sampai mati pun aku akan tetap setia kepada Tuhan!*+
6 Aku akan tetap berpaut pada apa yang benar.+Selagi aku hidup, hati nuraniku tidak akan menyalahkan aku.
7 Biarlah kesudahan musuhku menjadi seperti kesudahan orang jahat;Ya, biarlah kesudahan orang yang menyerang aku menjadi seperti kesudahan orang durjana.
8 Apakah harapan bagi orang murtad ketika mereka dibinasakan?+Apakah harapan bagi orang jahat semasa Tuhan menuntut nyawa mereka?
9 Apabila kesusahan menimpa mereka lalu mereka berseru kepada Tuhan,Adakah Tuhan akan mendengarkan seruan mereka?+
10 Adakah Tuhan akan menjadi sumber kegembiraan mereka?
Adakah mereka akan selalu berdoa kepada-Nya?
11 Biarlah aku mengajar kamu tentang kuasa Tuhan;*Aku tidak akan menyembunyikan apa-apa tentang Dia Yang Maha Kuasa.
12 Jika kamu semua mendapat penglihatan,Mengapa kata-kata kamu langsung tidak bererti?
13 Inilah hukuman Tuhan untuk orang jahat,+Inilah balasan daripada Dia Yang Maha Kuasa bagi orang kejam:
14 Jika anak mereka banyak, semuanya akan dibunuh dengan pedang,+Dan semua keturunan mereka akan kebuluran.
15 Mereka yang terselamat akan mati kerana wabak penyakit,Dan balu mereka tidak akan meratapi kematian mereka.
16 Meskipun perak orang jahat bertimbun-timbun seperti debu,Meskipun pakaian mereka berlonggok-longgok seperti tanah liat,
17 Dan meskipun mereka menyimpan semua itu,Akhirnya, orang yang baik akan memakai pakaian itu,+Dan orang yang tidak bersalah akan membahagi-bahagikan perak itu.
18 Rumah yang dibina mereka seperti kepompong rama-rama yang mudah dihancurkan,Dan seperti pondok+ sementara yang dibina oleh seorang pengawal.
19 Mereka masih kaya semasa mereka pergi tidur, tetapi kekayaan mereka tidak akan menghasilkan apa-apa;Apabila mereka membuka mata, segala kekayaan mereka sudah lenyap.
20 Seperti banjir yang melanda, rasa takut akan mencengkam mereka secara tiba-tiba,Dan ribut pada malam hari akan meniup mereka.+
21 Angin timur akan membawa mereka pergi, lalu mereka akan lenyap;Angin itu akan menyapu mereka dari tempat kediaman mereka.+
22 Semasa mereka mencuba melarikan diri,+Angin itu akan melanda mereka tanpa belas kasihan.+
23 Dari tempatnya, angin itu seolah-olah bertepuk tangan*Dan bersiul+ untuk mengejek mereka.
Nota Kaki
^ Atau “aku akan mengekalkan integritiku!”
^ Atau mungkin, “mengajar kamu dengan bantuan Tuhan.”
^ Atau mungkin, “Dari tempat tinggal masing-masing, orang akan bertepuk tangan.”