Lompat ke kandungan

KOREA SELATAN

Detik Bersejarah di Korea Selatan

Detik Bersejarah di Korea Selatan
  1. 18 OKTOBER 2016—Mahkamah Rayuan Gwangju buat kali pertama menyatakan keputusan tidak bersalah bagi ketiga-tiga Saksi yang menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani

    BACA LEBIH LANJUT

  2. 14 JANUARI 2015—Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CCPR) menyatakan bahawa Korea Selatan telah mencabuli hak 50 Saksi yang menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani dan memenjarakan mereka “tanpa alasan yang kukuh”

    BACA LEBIH LANJUT

  3. 25 OKTOBER 2012—Dalam kes yang melibatkan 388 Saksi yang menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani, CCPR mendapati bahawa hak kebebasan untuk mengikut hati nurani telah dicabuli

  4. 30 OGOS 2011—Mahkamah Perlembagaan sekali lagi mengesahkan bahawa adalah sah di sisi undang-undang untuk menghukum orang yang menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani

  5. 24 MAC 2011—Semasa meneliti dokumen mengenai 100 Saksi, CCPR mendapati bahawa keputusan untuk menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani merupakan hak asasi seseorang

  6. 23 MAC 2010—Dalam kes yang melibatkan 11 orang bukan Saksi yang menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani, CCPR mendapati bahawa hak kebebasan untuk mengikut hati nurani telah dicabuli

  7. 15 JANUARI 2009—Laporan presiden mengesahkan bahawa kerajaan bertanggungjawab atas kematian lima orang Saksi yang dipenjarakan dari 1975 hingga 1985. Mereka telah dipenjarakan kerana menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani

  8. 3 NOVEMBER 2006—CCPR menyatakan bahawa Korea Selatan telah mencabuli hak dua Saksi yang menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani

  9. 26 OGOS 2004—Mahkamah Perlembagaan mengesahkan bahawa adalah sah di sisi undang-undang untuk menghukum orang yang menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani

  10. 1975—Kerajaan mewajibkan khidmat tentera dan tidak mengizinkan sesiapa pun menolaknya atas sebarang alasan

  11. 1973—Kerajaan menyeksa Saksi-Saksi Yehuwa yang dipenjarakan. Situasi ini berterusan sehingga sekitar tahun 1995

  12. 1953—Kerajaan memenjarakan Saksi pertama yang menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani

  13. 30 OKTOBER 1952—Kerajaan mendaftarkan The Watch Tower Songso Chaekja Hyuphoi of Korea