29 JANUARI 2021
ERITREA
Pihak Berkuasa Eritrea Membebaskan Seorang Lagi Saksi-Saksi Yehuwa dari Penjara
Pada 29 Januari 2021, seorang lagi saudara telah dibebaskan setelah dipenjarakan lebih daripada 12 tahun kerana imannya. Sebelum itu, 28 orang Saksi lain telah pun dibebaskan pada 4 Disember 2020. Kita bersukacita atas perkembangan baik ini. Kita akan terus berdoa bagi 23 orang saudara saudari yang masih dipenjarakan di Eritrea.—Ibrani 13:3.