SIARAN JW
Mencari Audio dan Video pada Roku
Cari audio dan video di Siaran JW dengan menggunakan ciri Cari.
Pergi ke bahagian Cari di laman utama dan tekan butang OK untuk paparkan kotak Cari.
Di kotak Cari, gunakan papan kekunci di skrin untuk masukkan perkataan bagi mencari apa yang anda ingini. Contohnya, masukkan sebahagian daripada tajuk atau nama watak utama atau peristiwa dalam program. Semasa anda berbuat demikian, program yang mengandungi ciri-ciri tersebut akan dipaparkan. Gunakan butang Atas, Bawah, Kiri, dan Kanan pada alat kawalan untuk melihat program-program yang ada. Soroti gambar atau tajuk program yang anda cari dan tekan OK.
Untuk mencari frasa spesifik dalam tajuk program, masukkan frasa dalam tanda pengikat kata.
Hasil carian akan memaparkan kedua-dua program audio dan video. Untuk mendapatkan hasil yang lebih spesifik, pilih butang Video untuk menunjukkan video sahaja atau butang Audio untuk menunjukkan program audio sahaja.
Hasil carian memaparkan 24 bahan utama yang mengandungi ciri yang anda taipkan. Jumlah hasil carian dipaparkan (misalnya, “Menunjukkan 24 daripada 28 hasil carian”).
Jika anda tidak melihat bahan yang sedang anda cari, masukkan perkataan yang lebih spesifik. Contohnya, jika anda mencari siaran bulan tertentu dan anda taipkan “siaran” dalam kotak carian, tambahkan nama bulan dan tahun, nama saudara yang menjadi pengacara program, atau topik utama bulan itu.