Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

SIARAN JW

Mendengar Audio pada Roku

Mendengar Audio pada Roku

Bahagian Audio mengandungi beberapa koleksi audio, termasuk muzik, drama, dan pembacaan Bible yang dramatik.

(Perhatian: Alat kawalan Roku anda mungkin kelihatan berbeza daripada gambar rajah yang ditunjukkan dalam panduan ini.)

Pilih Audio dari laman utama untuk melihat koleksi audio yang ada. Ikut langkah-langkah di bawah untuk mencari dan mendengar program audio:

 Mendengar Program Audio

Setiap baris merupakan satu koleksi program audio. Nama koleksi ditunjukkan di atas baris itu.

  • Atas dan Bawah: Lihat koleksi yang berlainan.

  • Kiri dan Kanan: Lihat program audio dalam sebuah koleksi.

Tekan OK untuk memilih program yang disoroti dan membuka skrin Butiran Program Audio.

Pilih salah satu pilihan berikut:

  • Sambung: Pilihan ini hanya dipaparkan jika anda telah menghentikan program audio sebelum program itu tamat. Pilihan ini membolehkan anda sambung main program audio itu di tempat anda menghentikannya.

  • Main atau Main daripada Permulaan: Mainkan program audio daripada permulaan.

  • Mainkan Semua dalam Koleksi ini: Mainkan semua program audio dalam koleksi ini, bermula dengan program yang dipaparkan pada skrin. Pemain akan berhenti apabila semua program audio dalam koleksi telah dimainkan.

Baris di bawah skrin Butiran Program Audio menunjukkan program audio lain dalam koleksi yang dipaparkan pada skrin. Tekan Bawah untuk melihat baris koleksi, Atas untuk kembali ke skrin Butiran Program Audio.

 Mendengar Koleksi Audio

Selain mendengar program audio satu demi satu, anda juga boleh mendengar satu koleksi. Pergi ke koleksi audio yang ingin anda dengar, kemudian pilih salah satu pilihan berikut:

  • Mainkan Semua: Mainkan semua program audio dalam koleksi, bermula dengan program pertama.

  • Rombak: Mainkan semua program audio dalam koleksi secara rawak.

Pemain akan berhenti selepas semua program audio dalam koleksi telah dimainkan.

 Kawalan Audio

Semasa program audio dimainkan, anda dapat mengawalnya dengan alat kawalan seperti berikut:

  • Main/Jeda atau OK: Hentikan audio sebentar. Tekan butang yang sama sekali lagi untuk sambung.

  • Mara ke Depan: Mara beberapa saat ke hadapan. Tekan butang lebih lama untuk mara dengan cepat. Lepaskan butang untuk sambung main.

  • Mundur ke Belakang: Undur ke belakang beberapa saat. Tekan butang lebih lama untuk undur ke bahagian permulaan program audio. Lepaskan butang untuk sambung main.

  • Mundur: Kembali ke skrin Audio.