Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

SIARAN JW

Mendengar Program Audio pada Apple TV

Mendengar Program Audio pada Apple TV

Bahagian Audio mengandungi koleksi-koleksi audio, termasuk muzik, drama, dan pembacaan Bible yang dramatik.

(Perhatian: Alat kawalan anda mungkin kelihatan berbeza daripada gambar rajah alat kawalan Siri yang digunakan dalam panduan ini.)

Pilih Audio dari laman utama Siaran JW untuk melihat koleksi audio yang ada. Ikut langkah-langkah di bawah untuk mencari dan mendengar program audio:

 Mendengar Program Audio

Setiap baris merupakan satu koleksi audio. Nama koleksi dipaparkan di sebelah atas baris.

  • Luncur ke Atas atau ke Bawah pada permukaan Touch untuk melihat koleksi yang lain.

  • Luncur ke Kiri atau ke Kanan pada permukaan Touch untuk melihat program-program audio dalam sesebuah koleksi. Imej program audio yang dipilih kelihatan sedikit lebih besar daripada yang lain.

  • Tekan permukaan Touch untuk memilih program yang diserlahkan dan untuk memuatkan skrin Butiran Program Audio.

Pilih salah satu:

  • Main: Mainkan program audio dari mula.

  • Mainkan Semua: Mainkan semua program audio dalam koleksi yang disoroti, bermula dengan program yang ditunjukkan di skrin. Program akan berhenti apabila semua program dalam koleksi telah dimainkan.

  • Sambung (Resume): Sambung mendengar program audio yang dihentikan tadi.

Baris di bawah skrin Butiran Program Audio menunjukkan program audio lain dalam koleksi yang sedang ditonton. Luncur ke Bawah untuk memilih video daripada koleksi itu, ke Atas untuk kembali ke skrin Butiran Program Audio.

 Mendengar Koleksi Audio

Selain daripada mendengar program audio satu demi satu, anda juga dapat mendengar semua program dalam satu koleksi. Daripada skrin Audio, pilih koleksi yang ingin anda dengar, kemudian pilih salah satu daripada pilihan yang berikut:

  • Mainkan Semua: Mainkan semua program dalam koleksi, bermula dengan program yang pertama.

  • Rombak: Mainkan semua program dalam koleksi secara rawak.

Program akan berhenti apabila semua program dalam koleksi telah dimainkan.

 Kawalan Audio

Semasa program audio dimainkan, anda dapat mengawalnya dengan alat kawalan Siri dengan cara berikut:

  • Main/Jeda: Berhenti sebentar. Tekan butang yang sama sekali lagi untuk sambung. Anda juga boleh menekan permukaan Touch berdekatan bahagian tengah untuk main atau berhenti sebentar.

  • Main Semula: Luncur ke Kiri semasa program audio dihentikan sebentar untuk pergi ke arah permulaan program. Tekan Main/Jeda untuk sambung main.

  • Laju ke Depan: Luncur ke Kanan semasa program audio dihentikan sebentar untuk pergi ke arah bahagian akhir program. Tekan Main/Jeda untuk sambung main.

  • Mara ke Depan: Untuk mara 10 saat ke depan, letakkan jari anda pada bahagian kanan permukaan Touch.

  • Apabila anda melihat ikon Skip pada bar (audio progress bar) di bahagian bawah skrin, tekan permukaan Touch.

  • Mundur ke Belakang: Untuk mundur 10 saat ke belakang, letakkan jari anda pada bahagian kiri permukaan Touch.

  • Apabila anda melihat ikon Skip pada bar (audio progress bar) di bahagian bawah skrin, tekan permukaan Touch.

  • Menu: Kembali ke skrin Butiran Program Audio.