Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

SIARAN JW

Memasang Aplikasi Siaran JW pada Amazon Fire TV

Memasang Aplikasi Siaran JW pada Amazon Fire TV

Sebelum anda dapat menonton Siaran JW pada Amazon Fire TV anda, anda perlu mempersiapkan pemain Fire TV anda dan memasang aplikasi Siaran JW. Ikut langkah-langkah berikut:

 Mempersiapkan Amazon Fire TV Anda

Amazon Fire TV anda mempunyai arahan untuk mempersiapkan pemain anda dan menyambungnya ke Internet. Setelah Amazon Fire TV anda disambungkan ke Internet, ikutlah arahan yang tertera pada skrin untuk menyelesaikan persiapan anda. Anda mungkin diminta mendaftarkan Amazon Fire TV anda dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan akaun Amazon anda.

Perhatian: Anda perlu mengakses Internet melalui komputer atau alat mudah alih untuk melihat arahan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila tonton video Amazon Fire TV yang menunjukkan caranya.

 Memasang Siaran JW pada Amazon Fire TV

Pergi ke laman utama Amazon Fire TV, kemudian pasang Siaran JW dengan mengikut langkah-langkah berikut:

  • Tekan Atas or Bawah pada alat kawalan Amazon Fire TV anda sehingga bahagian Search (Carian) diserlahkan.

  • Tekan Select (Pilih).

Antara muka Search Fire TV akan mencari wayang, rancangan televisyen, pelakon, pengarah, aplikasi, permainan, dan saluran yang sepadan dengan carian anda. Cari Siaran JW di bawah hasil carian Enter Apps & Games. Masukkan perkataan siaran jw atau jw broadcasting.

Semasa Siaran JW muncul di senarai hasil carian, tekan anak panah Bawah untuk menyerlahkan Siaran JW dalam hasil carian, kemudian tekan Select (Pilih). Tekan anak panah Kanan sehingga anda dapat menyerlahkan aplikasi itu, kemudian tekan Select. Pilih butang Get (Dapatkan) untuk memuat turun aplikasi itu pada Amazon Fire TV anda. Setelah aplikasi itu dimuat turun, butang Get akan bertukar menjadi butang Open (Buka).

Untuk menonton Siaran JW, pilih Open, atau kembali ke halaman utama Amazon Fire TV dan cari Siaran JW di bawah Apps (Aplikasi). Lihat di bahagian Your Apps Library (Perpustakaan Aplikasi Anda).