Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JW LANGUAGE

Ciri-Ciri JW Language

Ciri-Ciri JW Language

Terdapat dalam Bahasa

Arab, Benggali, Cina Kantonis (Tradisional), Cina Mandarin (Ringkas), Hindi, Indonesia, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Low German, Melayu, Myanmar, Perancis, Portugis, Rusia, Sepanyol, Swahili, Tagalog, Thai, Turki, Vietnam.

 

Maklumat Khas untuk Aktiviti Penyebaran

JW Language mengandungi kosa kata Bible dan perkataan serta frasa yang khas untuk digunakan semasa menginjil dan mengajar. Juga terdapat beberapa risalah yang membolehkan anda membuat perbandingan antara bahasa utama dengan bahasa yang anda ingin pelajari.

Ciri-Ciri Pembelajaran

  • Baca perkataan dan frasa dalam bahasa utama dan bahasa yang ingin anda pelajari yang dipaparkan bersama

  • Dengar seseorang membaca perkataan, frasa, atau bahan bacaan dalam bahasa ibundanya

  • Tonton video yang berkaitan dengan kerja penyebaran dalam bahasa yang ingin anda pelajari

  • Belajar dengan menggunakan gambar

  • Perhatikan bagaimana perkataan yang berlainan mempengaruhi struktur ayat dengan menggunakan ciri Tatabahasa

  • Buat latihan menggunakan aktiviti

    • Lihat: Pilih terjemahan untuk apa yang dilihat

    • Padankan: Pilih pasangan yang sepadan

    • Dengar: Pilih terjemahan bagi apa yang didengar

    • Kad Imbas: Teka terjemahan yang dilihat

    • Pelajaran Audio: Dengar pembacaan koleksi yang mempunyai jeda untuk berlatih

Sesuaikan Paparan Koleksi

  • Simpan gambar dan frasa kepada koleksi supaya dapat dirujuk dengan cepat

  • Tukar tetapan kelajuan audio

  • Pilih sama ada ingin lihat huruf Rumi

  • Muat turun bahan untuk digunakan tanpa sambungan Internet

  • Muat turun video beresolusi rendah untuk mengurangkan penggunaan memori dalam alat mudah alih anda

Perumian

Bagi bahasa yang tidak menggunakan perumian, penulisan untuk bahasa tersebut boleh didapati dalam bentuk abjad.

Sokongan

Jika anda menghadapi masalah dengan JW Language, sila isikan dan hantar borang bantuan dalam talian kami.